Secantik Bunga Semanis Madu, Jauh Melangkah Ingat Pesan Ibu, Sekeras Kerikil Semangat Harus JITU... MAWAR KASTURI BIDADARI SYURGA terus melangkah selagi mengerti arah sendiri....
About Me
Halaman
"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"
Jumaat, 19 Julai 2024
ZIKRULLAH JALAN IMAN
ZIKRULLAH JALAN IMAN
Antara tanda-tanda zikrullah jalan iman ada peningkatan ialah hati akan ada ketika berzikir sendiri tanpa diprogramkan untuk berzikir.
Terasa semakin kusyuk bila berzikir, masa lalai dari berzikir semakin berkurang, maksudnya dalam 24 jam sehari semalam, waktu yang diisi dengan zikrullah semakin bertambah dan waktu lalai semakin berkurang.
Hati semakin kuat bergantung kepada Allah terutama dalam hal rezeki, hati semakin bertambah kesabarannya ketika menghadapi qada qadar yang buruk, sabar yang bukan di fikir-fikir, tapi sabar yang secara semulajadi, iaitu hati itu tumbuh padanya rasa sabar.
Minat semakin meningkat pada zikrullah dengan hati sambil berdiri, duduk dan berbaring, kerana hati bertambah rasa tenangnya apabila zikrullah, sehingga zikrullah terasa seperti ubat stress yang paling mujarab, sehingga dengan zikrullah stress hilang begitu saja.
Hati mula merasa nikmat dengan zikrullah, satu rasa nikmat yang tidak dapat diceritakan. jika sudah mencapai keadaan ini, biasanya para pemburu iman akan bertambah tekun zikrullah bil qolbu sambil berdiri duduk dan berbaring.
Level seterusnya zikrullah, hati berzikir sendiri tanpa henti, hal ini dialami secara terang oleh diri, dirinya benar-benar mendengar hatinya terus berzikir tanpa henti, apabila keadaan ini berkekalan maka iman akan masuk ke dalam hati dan memenuhi hati, hati akan menjadi yakin seyakin-yakinnya kepada Allah dan pada semua rukun iman. tidak ada lagi nifaq walau sebesar zarah.
Akan tumbuh dihatinya rasa kasih kepada Allah dan rasulullah. Rasa kasih ini akan terus membesar, apabila rasa kasih ini mencapai tingkat sempurna, diri akan bangkit memperjuangkan agama Allah bermula pada dirinya, keluarganya, masyrakatnya dan alam sejagat dengan sepenuh hati. mereka mengorbankan jiwa dan raga mereka pada perjuangan, mereka akan menjadi singa-singa Allah yang akan terus bertempur di medan juang tanpa henti dan rasa letih.
Semakin mereka berjuang semakin membesar rasa kasih mereka kepada Allah, kepada malikat, kepada kitab, kepada rasul, kepada hari kiamat dan pada qada qadar Allah. Allah dan RasulNya pun mengasihi mereka, begitu juga para malaikat dan seluruh makhluk di langit dan di bumi turut mengasihi mereka.
Inilah kejayaan yang gemilang dan perjuangan mereka dibantu dengan jayanya.
@mohmadabdullah
@R@tnaRatu
Langgan:
Catatan (Atom)