Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Ahad, 6 Oktober 2024

PRO DAN KONTRA ISU GISBH

PRO DAN KONTRA ISU GISBH

Assalamualaikum w.w.
Tulisan ini sebagai pandangan peribadi saya sahaja.

Isu ini pada saya ada pro dan kontranya, atau ada sisi positif dan negatifnya. 

Saya nampak seperti ada perancangan jahat yang lebih besar dari musuh ASWJ Malaysia untuk melumpuhkan kekuatan ASWJ dalam kes ini, iaitu Wahabi kususnya Wahabi Malaysia.

Seperti yang kita tahu akhir-akhir ini berlaku gelombang serangan yang kuat dari pejuang-pejuang ASWJ khusus memerangi kesesatan Wahabi dalam medsos.

Antara kesan kebangkitan itu timbulnya usul RUU mufti wilayah wajib dari ASWJ, sesuai ketetapan negara oleh majlis raja-raja aliran ASWJ adalah aliran resmi negara.

Berbalik kes Gisbh, saya tidak nafikan adanya kelemahan-kelemahan dan amalan-amalan yang bertentangan dengan syariat seperti yang didedahkan dari hasil siasatan, itu semua wajib di hentikan dan wajib dibawa ke mahkamah untuk diadili dan diputuskan. 

Jika kes jenayah bawa kemahkamah sivil, jika kes amalan yang bertentangan dengan syariaat bawalah ke mahkamah syariah untuk diadili dan dijatuhkan hukuman. Pada saya ini yang sepatutnya dilakukan oleh pihak berwajib.

Seseorang atau sebuah syarikat atau satu-satu kumpulan tidak boleh dikatakan bersalah atau sesat jika tidak diputuskan oleh mahkamah sivil atau mahkamah syariah. 

Fatwa sesat sahaja belum boleh dikuatkuasakan jika tidak diputuskan oleh mahkamah syariah. Pada saya adalah satu kesalahan menguatkuasakan satu fatwa yang tidak disahkan oleh mahkamah syariah. Ini adalah di atas prinsip bernegara kita iaitu prinsip  kedaulatan undang-undang.
Apapun tuduhan ke atas Gisbh wajib melalui proses undang-undang, apakah melalui mahkamah sivil atau mahkamah syariah. Tapi pada saya oleh kerana Gisbh ini syarikat milik orang Islam dan mangsa -mangsa yang terlibat juga orang Islam adalah wajib mereka dirujuk ke mahkamah syariah.

Untuk apa negara ini ada mahkamah syariah jika kes-kes yang melibatkan orang Islam tidak dirujuk ke mahkamah syariah. Sudah masanya reform penuh dilakukan pada sistem perundangan syariah negara yang kita cintai ini.

Isu kes Gisbh pada saya adalah isu yang ditunggang oleh musuh ASWJ Malaysia iaitu Wahabi Malaysia. Kelemahan yang ada dalam Gisbh diguna sebagai senjata untuk menyerang pentadbiran JAKIM, kerana Gisbh dibawah pemantauan JAKIM, matlamat serangan ialah mereka mahu menguasai JAKIM.

Point yang lebih besar dalam kes ini ialah serangan balas yang berniat menjatuhkan pengaruh Aswj Malaysia. Gisbh walau pun mungkin ada amalan mereka yang bertentangan dengan syariat tetapi aqidah mereka masih kukuh dengan aqidah ASWJ, sebahagian besar syariaat yang mereka amalkan adalah syariaat ASWJ, dan tasawuf yang mereka awalkan juga tasawuf ASWJ.

Wahabi sudah kita tahu, mereka menolak manhaj Aswj, malah mensyirikan aliran ASWJ dan umat Islam dari aliran ASWJ. Kes Gisbh ini bagi saya adalah sengaja ditunagang oleh puak wahabi Malaysia untuk mereka bangkit menyerang balas ASWJ Malaysia. 

Itu adalah perkara yang penting diperhatikan dan diambil perhatian terutama para pejuang ASWJ Malaysia dan umumnya umat islam ASWJ Malaysia. Kita kena bersatu untuk terus menentang kebatilan wahabi sampai aliran wahabi hilang musnah dari negara Malaysia yang kita sama-sama cintai ini  negara Malaysia negara ASWJ.

#mohmadbinabdullah