Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Isnin, 16 Ogos 2010

Keajaiban Air

Dua hari cuti memang best. Rasa seperti banyak waktu. Waktu-waktu inilah yang digunakan untuk membaca semula buku-buku yang telah dijadikan hiasan dalam kotak.

Keajaiban air

Biasa kita dengar perlu minum air 8 gelas sehari. Tetapi setelah membaca sebenarnya 8 gelas air hanya purata sahaja kerana keperluan air adalah berbeza-beza mengikut anatomi (struktur badan) individu. Tapi yang 8 gelas tu nda termasuk coca cola, teh tarik..etc tau...air kosong saja.

1) kajian dari America Journal Of Epidemology, wanita yang minum lebih daripad 5 gelas air sehari berjaya menurunkan 41% risiko kematian akibat serangan jantung berbanding wanita yang minum kurang daripada 2 gelas air sehari. See...

2) Wanita yang minum air lebih daripada 5 gelas air sehari, menurunkan 45% risiko mendapat kanser usus berbanding wanita yang minum 2 gelas atau kurang dalam jangka masa sehari. Penting ni...

3) Wanita yang minum lebih daripada 5 gelas air sehari berjaya mengurangkan 50% risiko penyakit buah pinggang kerana air akan bertindak melarutkan kalsium dalam urin dan mengurangkan risiko terbentuknya batu karang. Ingat tu...

4) Wanita yang mengambiil lebih daripada 5 gelas air sehari akan menikmati 80% peluang mengurangkan risiko menghidap sakit belakang dan sendi. Baru aku tau....

Hebat bukan? Tapi tahukah anda banyak minum air juga menyeksakan. Tahu kenapa? Kerana terpaksa pergi tandas berulangkali. Penat ooo.... hehehehe... anda punya badan anda buat pilihan!

*kekuraangan air akan menyebabkan sel lemak sukar dimamah metaolisme dan menjadikan berat tidak berkurangan. Air juga membantu membina otot, membantu sendi untuk membentuk cecair sinovia (pelincir di anatara sendi).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou