Semalam berakhirnya drama 'father and son' yang bersiaran di ntv7 setiap hari isnin hingga rabu pukul 11.00 malam. Bererti berakhir juga saya tidur lewat malam. Selepas ini saya akan tumpukan kepada pengisian bulan Ramadhan al-Mubarak. Saya mahu mencuba lagi. Saya mahu mencuba untuk solat sunat terawih 20 rakaat. Ramadhan lalu saya hanya sempat sekali saja. Bukan apa...sebab nda tahan ba. Mutok-tutok konogi. Insya-Allah. Seperkara lagi saya nak khatam al-Quran (sendirian). Dah banyak kali kandas... Tunggu dan lihat adakah ia akan tercapai? SITI JIENAH pasti boleh kerana saya ialah SITI JIENAH. Anak Encik Liyor atau nama muslimnya Ahmad yang dikandungkan dan dilahirkan oleh Puan Kipa Kaurus atau lebih sinonim dengan nama muslimnya Latifah.
Father and Son. Sebuah drama yang mengharukan. Penuh dengan sifat kekeluargaan. Apabila seorang ayah melakukan kesilapan, apabila seorang ayah melukakan hati ahli keluarganya pasti ada sebabnya. Namun ia selalu disalahertikan kerana tidak semua orang spesimis terhadapnya. (include me...) Apabila kita telah memiliki sesuatu kita pasti berasa bangga. Maka kita akan terus teruja untuk memiliki yang lain tanpa kita sedari kita telah mengabaikannya dan sekaligus telah mengguris perasaannya. Namun setelah kita gagal memiliki yang lain mengapa mesti kembali kepada yang telah dilukai? Apabila kita terlalu mengagung-agungkan orang yang kita sayang, terlalu menyanjung tinggi dan menyayanginya, ketika dia memutuskan harapan itu apa yang harus anda lakukan? Apabila kita ingin menyayangi dan mencintai seseorang perlukah kita fikir akan akibatnya? Adakah bahagia atau sebaliknya?
Ya!...kita berhak untuk berlagak dengan apa yang kita miliki kerana kita telah berusaha untuk memilikinya. Peduli apa orang kata. Setiap orang ada pandangannya sendiri. Insan normal insan biasa jika memiliki sesuatu pasti ada yang disingkirkan. Pasti ada perasaan yang terluka. Tapi peduli apa kan? Kerana kita yang akan bertanggungjawab dengan apa yang kita pilih. Berani buat berani tanggung. Kata-kata motivasi 'kita perlu mencuba dan harus mencuba. Kalau kita tidak mencuba kita tak akan tahu kita boleh atau tidak'. Apa yang kita ingin capai atau ingin buat, kita harus mencuba untuk mendapatkannya. Beza setiap insan adalah tahap keberanian dan keyakinan mereka. Huhuhu...sebut pasal itu i'm surrender....kerana saya tidak cukup kejam untuk melakukannya. Kata pakar motivasi 'tingkap kecil'. Macam mana nak besarkan tingkap tu?
'Orang yang jutawan bukan dipandang kerana wang dan hartanya tetapi kerana berapa ramai kawan dan ahli keluarga yang ada disisinya.' Harta paling bernilai bagi saya adalah kesihatan. Biarlah keluarga hidup tak mewah asalkan kesihatan terjamin. I choose that. I'm so scared if my mum sick. Na'uzubillah.
Suka atau tidak saya belajar menghargai orang-orang di sekeliling saya. Susah atau senang saya cuba untuk sentiasa berfikiran positif. Saya mesti cuba menghargai dengan seikhlasnya. Because in my mind, too many scared... Sekurang-kurangnya saya tidak akan rasa kesal walaupun tidak dapat berbuat apa-apa untuk mereka kelak. Banyak perkara yang kita lakukan perlu ada batasan dan landasan. Satu perkara yang tiada batasan iaitu 'menghargai'. Anda pasti menyesal jika anda tidak sempat untuk menghargai kerana anda hanya akan merasainya setelah anda kehilangannya.
MKBS - dulu-dulu zaman sekolah saya selalu jadi imam solat dekat asrama. Sekian lama ditinggalkan, sekarang saya mau menghidupkan kembali suasana itu bersama dengan adik-adik perempuan saya with my mum. Saya mau praktik balik kampung nanti. Insya-Allah.
SO - berjaya atau tidak misi SITI JIENAH di bulan Ramadhan ni kita tunggu...hehehee...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou