Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Selasa, 3 Ogos 2010

Hari ni macam mana?


Jalan Kimanis...berembun macam dekat oversea...i can't wait to back Sabah....


'Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang jelas tentang arah tuju hidupnya tanpa menyimpang...' saya dengar dekat radio muzik tadi. Huhuh! Hanya mereka yang pernah mengalami kegagalan maha dahsyat tahu jawapannya... Hari ini rasa penat sangat padahal duduk makan saja di Sidang Utama. Mungkin penat ketawa dan mungkin juga penat makan. Naziran naziran naziran. Semua orang mesti sudah bosan dengannya tapi apakan daya. Kalau tak buat tak tau silap tang mana. Cop mengecop yang senang pun saya boleh terlepas belum tengok yang terlepas pandang. Aiyo.... Tapi benci-benci pun ada sukanya iaitu dapat menambah hari berkursus dan yang penting juga dapat makan percuma. Tak perlu fikir nak makan kat mana dan tak perlu keluar awal risau terlalu ramai orang... Alamak lagu Ziana Zain 'kemarau di muara kasih' potong trip betul. Lama tak karoke lagu ni... Tunggu saya stress dulu la. Hehee.... Saya amat berharap naziran siri 6 tidak akan menemukan kesilapan untuk unit S. Tapi kuiri banyak pula. Astaghfirullah. Apa sudah jadi geng? Kata Datin Madinah 'terlupa' dan 'terlepas pandang' adalah alasan yang tidak boleh diterima. So? Kesimpulannya, suka atau tidak tetap kena buat.... Sebelum orang luar kuiri, kuiri diri sendiri dulu. Mantap kata si Amoi. Mata ni buat hal pula. Nak terlelap siut. Jam menunjukkan pukul 7.20 petang. Kejap lagi nak maghrib. Nak mandi dulu la. Barbai....aik sebelum tu, fikir-fikirkan teka teki ini. 'Dalam banyak-banyak siput, siput apa yang bertelur dan beranak...' kalau dapat jawab saya bagi hadiah...


Mkbs ~ sekali pandang En. Zaki dengan En. Kamaruzzaman macam adik beradik. Hehee....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou