Salam takziah buat sepupu katrisyia di atas pemergian ayahandanya buat selama-lamanya pada 31 julai 2010 pukul 8 pagi di hospital Besar Keningau. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT. Insya-Allah. Semoga Kat dan adik beradik tabah menghadapinya. Apa taknya ibunya pergi selepas aidilfitri tahun lalu dan kini giliran ayahnya pula.
Dari cerita mereka, arwah sempat berjalan dan melawat kubur isterinya cuma tak mampu bercakap. Dengarnya arwah juga ada berjumpa dengan Hj Basir. Arwah menangis katanya. Mungkin ada penyesalan di hatinya. Namun apakan daya Allah beri kesempatan setakat itu sahaja. Sekurang-kurangnya telah terbit rasa keinsafan biarpun tak sempat berbuat apa-apa. Mungkin doa anak-anak dapat membantu.
Setiap perbuatan ada balasan. Setiap pembalasan setimpal dengan perbuatan. Berusahalah selagi ada waktu bertaubatlah selagi diberi kesempatan. Mengejar impian duniawi kita boleh lengah-lengahkan tetapi mempersiapkan diri menghadapi alam kematian jangan leka walau sesaat. Walaupun kekadang ada waktu kita terleka cepat-cepatlah kembali. Insya-Allah.
Mkbs~pepatah melayu mengatakan 'kita hanya merancang tuhan menentukan'. Saya terlalu banyak merancang dan seringkali kandas. Namun kali ini saya telah jauh merancang dan alhamdulillah ia telah menjadi kenyataan. Namun perkara yang amat merisaukan saya adalah sekiranya perancangan yang telah bermula itu tidak berakhir dengan sempurna malah menyusahkan orang lain.....
SO~saya merancang untuk sambung belajar tapi kandas, saya bercita-cita untuk menyimpan duit banyak tapi kandas juga...macam-macam perancangan kandas dan terus kandas. Cuma satu saja yang tiada dalam perancangan saya iaitu 'kahwin'. Saya berharap apabila saya merancang ke arahnya nanti kandas bukan jawapannya. Amiin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou