Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Sabtu, 28 September 2013

Walk For Health 2013 - MPIC

Huuuuu.....hari ni pagi tadi 28.09.2013, saya dengan kawan-kawan join aktiviti Walk For Health 2013 anjuran Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) Selangor. VIP, VVIP termasuk Menteri pun datang. Pengacaranya Helmi Gimik. Pecah perut dengar celotehnya. Dia memang versitile serba boleh. Boleh berbahasa cina dan tamil (bahasa orang india......). Bukan boleh bercakap saja malah boleh menyanyi dalam bahasa tersebut. Saya juga suka apabila dia berbahasa inggeris. Sedap didengar....bukan broken english.... Helmi Gimik umumkan akan ada persembahan artis luar negara - tup tup dia sendiri yang menyanyi lagu Micheal Jackson, you not alone dan bill jean. Bukan saja meniru suara gaya penyampaian penyanyi asal tapi dengan pakaian-pakaian sekali. Kalau kamu tidak tahu dia yang bercakap kamu akan fikir dia memang orang chinese. Lidahnya memang hebat. Memang kelakar. Patut pun dia dipilih Menteri MPIC orang chinese rupanya. Saya paling suka part dia menyanyi lagu you not alone. Dia ada selitkan kata-kata nasihat.......terutamanya kepada adik-adik yang masih bersekolah - jangan terlibat dengan dadah. Artis jemputan Ezlyn dan sebuah band D'aja...lebih kurang. Tak ingat nama group tu. Tapi best dorang nyanyi lagu Gentlemen. Yang penyanyi lelaki sajalah....yang dua orang perempuan tu bikin geli.. Katanya mereka ni penyanyi hotel 5 bintang. Yang tak bestnya Ezlyn...aiyyooo....saya tak suka dengan nyanyiannya. Eiishhh....tak best!. Emmm...biarlah si Ezlyn tu.... Tapi sedihnya....selalu saja tak bertuah. Saya berharap betul dapat cabutan bertuah handphone......telefon saya kan suda rusak....nda payah la beli baru....bajet nda cukup ba mo beli abis mo buat spek lagi.... Tup tup kawan yang dapat. Iri hati lah.... Nda apa lah. Memang tak bertuah. Yang penting dapat join jalan kaki sejauh 4.5KM - dapatlah keluarkan peluh. Sihat sekejap. (kecewa kunun....heheheee....). Lagipun join free jer....kalau bayar tu bolehlah kecewa kan?.... Ok la.... Just it. Sekarang ni suasana bising sana sini. Maklumlah ada game bola sepak SIME vs SRWK dan Selangor vs Singapore.


Welcome to Celcom MMS
An MMS has been sent to you containing the following attachement(s)

Sabtu, 21 September 2013

Frust!!!!.....

Assalamualaikum..... Awal bulan ini saya sungguh gembira kerana nama telah tersenarai untuk bertukar keluar dari JPA. Walaupun agak kecewa apabila bahagian service kata tiada kekosongan di Sabah. (entah betul tidak tu jawapan dan alasan durang....tahun 2007 lagi sy mohon nda dapat. Lepas tu khidmat pengurusan suruh isi borang bagi sesiapa yang mahu keluar JPA....tiada kabar berita....lepas tu katanya kena buat permohonan baru melalui HRMIS hujung tahun 2011...sampai sekarang tiada....takkan mo tunggu sy pi melutut merayu menangis mengamuk dulu baru mo jalan tu kerja....paling nda bulih bla hotline tu cakap nama belum masuk senarai Q.... Apa maksudnya?...penjelasan pun tiada... Takkan beribu-ribu ptq yang minta balik Sabah....penipu saja. Kalau jawapan yang kamu bagi tu betul dan sahih sy terima seadanya tapi kalau niat kamu buat kerja setakat melepaskan batuk di tangga...kamu pasti dapat balasannya.... Ingat itu!!!!....). Namun kegembiraan cuma sekejap saja. Gembira tak sampai seminggu pun. Kasihan dia.... Mula-mula kata tarikh pindah 17/9/2013. Bila telefon ditunda ke 23/9/2013. Selepas tu ada cakap-cakap yang kata 1/10/2013. Ada pula yang kata ptq hold dulu.... Ohhhh.... Tup tup nama kawan seorang naik untuk bertukar 1/10/2013. Ini tidak adil!!!!..... Tinggallah saya dan Ila. Wowww..... Sudah bagi harapan lepas tu ....... Hati saya sudah berbunga-bunga mo keluar JPA terutamanya BMI... Ya Allah.... Rasa-rasanya sampai bila mo kena hold tu?.... Satu bulan dua bulan tiga bulan empat bulan lima bulan satu tahun dua tahun.... Alamat berkaratlah saya di sini....( Kalau dapat naik pangkat inda apa juga....). Saya cuba berfikiran positif...mungkin hold untuk penyusunan semula dan keputusannya saya akan berjaya pindah bertukar balik negeri.... Angan-anganlah.... Cuma saya gerigitan baitu tulun-tulun yang mingguli mongudiyo soira mindah.... Kotogod ginawo. Sibuk ne ngawi....ingga no surat kenegi mongudiyo po...moki umpok ngawi.... Om nokuro no mala hiti-hiti oku no gisom?....palui!!!!..... Ada yang cakap pertukaran besar-besaran pegawai JPA dibekukan sementara atas arahan KSN. Ya ka?..... Transformasi KPPA Malaysia ni.....fuh!!!....maha hebat!.... Katanya mahu meningkatkan daya saing penjawat awam. Apalah daya saing yang kerani-kerani ni dapat buat.....kerja kuli-kuli saja....kerja ikut arahan....bos selalu betul kan?... Nak bersaing dengan siapa?. Kerani-kerani ni ada kuasa buat keputusan ke? Kalau kata nak luaskan minda bagi kerja baru....mungkin lah kot.... Persekitaran baru kawan baru peraturan baru.....bos baru.... KPPA tu asyik-asyik bangga diri. Makin lama makin banyak cerita negatif tentangnya yang saya dengar. Mula-mula cut cost kursus. Kursus di luar tiba-tiba bertukar tempat di auditorium JPA. Hahahaaa.....kesian. Lepas tu lift VIP siap ada karpet lagi. Bukan karpet biasa tau....karpet ada perkataan ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT....(mungkin sabtu ahad pun ada..). Setiap hari warna berlainan pula tu.... Setiap pagi sebelum pukul 7 pagi ada staff yang datang sembur wangian dalam lift VIP. Mula-mula tak percaya tapi bila nampak lift VIP terbuka ooooo.....percaya sudah. Kenapa karpet lift perlu ada perkataan ISNIN SELASA bagai....KPPA tak kenal hari ke? Dah nyanyuk ka?.... Ada pula yang kata pegawai khasnya berlagak sangat.... Timbalan-timbalan pengarah dimarahnya. Beraninya dia?.... Kena shoot baru tau. Banyak lagilah rungutan orang....tapi malas mo ambil port sangat... Tapi yang ni sangat menarik. Ada cerita mengatakan set pinggan makannya sahaja berharga tiga belas ribu. Wowww.... KPPA memang ada diperuntukkan perbelanjaan sebegitu ke?.... Hari-hari ke dia guna pinggan tiga belas ribu tu..... Teringin pula nak makan guna set pinggan mahal tu.... Tan Sri KPPA boleh kasih pinjam saya ka?.... Bukan apa mo rasa ba...macam mana perasaan dia....hahahaaa..... Audit tak check ke?.... Atau audit takut?.... Ceh! Helaian baucar bayaran yang tertinggal cop telah bayar boleh kecoh satu bahagian kenapa orang atas goyang kaki ja.... Tan Sri KPPA tu mo berlagak kuku besi like Dr. M kali....tapi zaman sekarang awak jangan buat gitu.... Tak sesuai u. Pak Lah boleh ditendang inikan pula KPPA ja.... KSN sila ambil perhatian! Senyuman KSN masa Forum Perdana Ehwal Islam khamis lalu amat manis. Hehehe....memuji kunun.Apa-apa pun setakat ini saya belum terdesak lagi mo pindah bertugas di Sabah ba. Masih ok lagi. Jadi apa pun dasar, peraturan KPPA tu terima saja. Sudah memang kerja kan.... Nanti tiada kerja macam mana mo cari makan... Itu saja kerja yang saya mampu buat....kan? Heheheheheeee...... Teruskan kerja.... Duduklah BMI sehingga arahan keluar. Tapi harus diingat, when i need to transfer and you still say not in q yet.....u have to ready service. Maybe i can do you sick really... Oklah lupakan cerita pertukaran palsu itu.... Sabtu depan saya and the geng akan join aktiviti Walk For Health 2013 anjuran MICCOS di MAEPS. Dapat baju t-shirt warna hijau.... I like... Saya tak pernah lagi jalan-jalan di sana. So, dapatlah menghirup udara segar....(harap-harap segarlah....). Ok....tiada cerita sudah.... Doaku semoga semua ahli keluargaku di kampung sihat dan berada di bawah lembayung lindungan Allah SWT. Insya-Allah. Adik-adikku study smart and study hard ya...nda lama lagi mo exam sudaitu. Akhir kata, "BERMIMPILAH TENTANG APA YANG INGIN KAMU IMPIKAN, PERGILAH KE TEMPAT-TEMPAT YANG KAMU INGIN PERGI, JADILAH SEPERTI YANG KAMU INGINKAN, KERANA KAMU HANYA MEMILIKI SATU KEHIDUPAN DAN SATU KESEMPATAN UNTUK MELAKUKAN HAL-HAL YANG KAMU INGIN LAKUKAN"...... Sebagai pembakar semangat.


Welcome to Celcom MMS
An MMS has been sent to you containing the following attachement(s)

Selasa, 17 September 2013

SOALAN KPSL W27 2013 (SEKSYEN B - kajian kes)

 SOALAN 1

 En. Ahmad Khairuddin pemilik syarikat Bersatu yang menjalankan
 perniagaan dalam bidang sajian makanan. Imbangan duga syarikat
 berkenaan yang diperolehi dari lejar yang telah dikutip pada 31.12.2012
 adalah :



                      SYARIKAT BERSATU
        IMBANGAN DUGA SEPERTI PADA 31.12.2012



PERKARA
DEBIT
KREDIT
Belian
79,180

Jualan

165,885
Pulangan masuk &
Pulangan Keluar
354
569
Sewa Premis

7700
Modal

77227
Pinjaman Bank

15000
Simpanan Tetap
5000

Buku Tunai-Tunai
1720

Buku Tunai-Bank
13145

Gaji & Upah
14400

Stok 1/1/2012
9678

Angkutan Masuk
682

Angkutan keluar
773

Diskaun Diterima

851
Premis
94660

Kadar Bayaran
1392

Ambilan
1238

Penghutang
15200

Pemiutang

12873
Premiun Insuran
3600

Faedah Pinjaman
400

Faedah Simpanan
Tetap

250
Alat Tulis
289

Hutang Lapuk
874

Peruntukkan hutang
Ragu

835
Kelengkapan
15300

Kenderaan
40000

Susut nilai terkumpul-kenderan

14400
Susut nilai tekumpul-kelengkpn

2295

297885
297885


Maklumat Tambahan :
1. Stok pada 31.12.2012 bernilai RM12200 (pada nilai kos) dan RM10990 
    (pada nilai pasaran)
2. Premium insuran dibayar terdahulu ialah RM600
3. Sewaan premis belum diterima ialah RM700
4. Ambilan alat tulis bernilai RM55 untuk kegunaan sendiri belum direkodkan
5. Puan Suzie telah diisytiharkan muflis dan baki hutangnya adalah
    sebanyak RM1200 dianggap sebagai hutang lapuk
6. Peruntukan hutang ragu adalah pada kadar 5% atas penghutang bersih
7. Kadar susut nilai adalah
    aset lengkapan = 10% (kaedah garis lurus)
    kenderaan = 20% (kaedah baki berkurangan)
8. Pinjaman bank dengan kadar faedah 4% setahun akan matang pada
    31.12.2014
 
Anda dikehendaki menyediakan :-

a) Penyata untung rugi syarikat bersatu bagi tahun berakhir 31.12.2012
b) Lembaran imbangan (balance sheet) seperti pada 31.12.2012


SOALAN 2

Syarikat Melawar Sdn. Bhd. mula beroperasi pada 01.01.2009 dan penyata
kewangan syarikat disediakan pada 31 dis setiap tahun. Bagi tahun kewangan
berakhir 31.12.2009, hutang lapuk dihapuskira berjumlah RM1400 dan
peruntukan hutang ragu berjumlah RM2600. Pada tahun kewangan 2010, akaun
belum terima sebanyak RM2200 disahkan sebagai tidak dapat dikutip dan
dihapuskira. Penghutang Aliff telah membuat penyelesaian keseluruhan bagi
akaunnya yang tertunggak pada 30.11.2010. Walaubagaimanapun, semakan
menunjukkan akaun penghutang Aliff sebanyak RM210 telah dihapuskan pada
tahun 2009. Baki akaun belum terima pada 31.12.2010 berjumlah RM92000 dan
peruntukan hutang ragu dibuat ke atas baki akaun belum terima sebanyak 4%.
Pada tahun 2011, RM3800 daripada akaun belum terima dihapuskira dan sejumlah
RM320 telah dikutip semula ke atas akaun belum terima yang dihapuskira pada
tahun 2009. Pada tahun 31.12.2011 baki akaun belum terima adalah RM7200 dan
peruntukan hutang ragu sebanyak 5% dibuat ke atas baki yang tertunggak tersebut.

Anda dikehendaki menunjukkan catatan akaun berikut bagi tahun 2009, 2010 dan 2011.
a) Akaun hutang lapuk
b) Akaun hutang lapuk pulih
c) Akaun peruntukan hutang ragu
d) Kedudukan akaun hutang dalam lembaran imbangan (balance sheet).


SOALAN 3

A) Syarikat Maju Jaya menetapkan keuntungan perniagaan pada kadar 25% atas kos.
    Jika kos bagi produk A adalah RM800.00, kira :-

     i) Keuntungan produk A
     ii) Harga jualan produk A
     iii) Peratus keuntungan berbanding harga jualan
     iv) Peratus kos berbanding harga jualan

B) Syarikat Satu Malaysia Sdn Bhd mengeluarkan katil kayu antik dengan kapasiti
    penuh pengeluaran 4,000 katil setahun. Butiran kos pengeluaran adalah seperti
    berikut :-



BIL
BUTIRAN
KOS (RM)
1
Buruh langsung kilang
94400.00
2
Pengiklanan
40000.00
3
Penyediaan kilang
32000.00
4
Cukai harta kilang
2800.00
5
Komisen jurujual
40000.00
6
Insuran kilang
2000.00
7
Susut nilai peralatan pejabat
3200.00
8
Sewa pajak peralatan kilang
9600.00
9
Bahan tidak langsung kilang
4800.00
10
Susut nilai bangunan kilang
8000.00
11
Bekalan pejabat
2400.00
12
Gaji kakitangan pentadbiran
32000.00
13
Bahan mentah
75200.00
14
Utiliti (kilang :70%, pejabat : 30%)
16000.00



Anda dikehendaki mengira :-
i) kos berubah
ii) kos tetap
iii) kos langsung
iv) kos tak langsung
v) kos prima
vi) kos overhead kilang
vii) kos pengeluaran/kos produk


SOALAN 4

Penyata Bank bulan oktober 2012 yang diterima oleh Syarikat Rempah Ratus
Mak Non menunjukkan baki yang berbeza jika dibandingkan dengan baki di buku
tunai.


PENYATA BANK
SYARIKAT REMPAH RATUS MAK NON

Akaun semasa : 010-60009546-8    31.10.2012      19.:24:43



Transaksi
Perihal
Debit(RM)
Kredit(RM)
Baki

Baki


6480 kt
2/10/12
Cek 11111
1000.00

5480 kt
6/10/12
Deposit tunai

886
6366 kt
6/10/12
Cek 11112
750

5616 kt
10/10/12
Deposit cek

1290
6906 kt
13/10/12
Cek 11113
500

6406 kt
18/10/12
Cek 11114
1960

4446 kt
18/10/12
Deposit cek

2140
6586 kt
22/10/12
Pindahan kredit

530
7116 kt
26/10/12
Deposit tunai

1210
8326 kt
28/10/12
Cek 11115
850

7476 kt
30/10/12
Caj perkhidmatan
10

7466 kt




BT001 - Buku Tunai           31.10.2012          23:11:31

SYARIKAT REMPAH RATUS MAK NON

Bukut Tunai - Bank

 TERIMAAN                                         BAYARAN



Baki b/b
5480




4/10/12
Jualan
886
30/10/12
Pembekal
tanjung
11112
750
7/10/12
Nazrie Ent
1290
8/10/12
Guan harta reality
11113
500
14/10/12
Perusahaan teck
2140
16/10/12
Willson supplies
11114
1690
25/10/12
jualan
1210
22/10/12
Beta beradik sdn bhd
11115
850
29/10/12
Lim kim sia
800
26/10/12
Pemborong samudera
11116
1240
30/10/12
Kosmetik rose
1800
28/10/12
Live life insurance
11117
250



31/10/12


8326


13606.00



13606.00
 


A) Anda dikehendaki menyediakan penyata penyesuaian bank pada 31.10.2012
    bagi Syarikat Rempah Ratus Mak Non.

B) Syarikat Rempah Ratus Mak Non menerima penyata bank bagi 30.11.2012
    dengan baki kredit RM5300.00. Selepas perbandingan dibuat dengan buku tunai
    butiran berikut telah dikenalpasti :-
    i) caj perkhidmatan tiada di buku tunai berjumlah RM25
    ii) cek bernilai RM930 masih belum ditunaikan
    iii) faedah bank RM50 belum diambilkira dalam buku tunai
    iv) cek hasil jualan bernilai RM540 masih belum dibankkan

    Kira baki Buku Tunai pada 30.11.2012.



mkbs - bagi saya, soalan seksyen ini terlalu susah. Punah harapan untuk lulus.
Selepas ini harus lebih berusaha.
CAYOK!!!!!.....