Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Khamis, 16 Julai 2020

JALAN UNTUK MENDAPAT KEBAHAGIAAN HIDUP YANG SEJATI.

JALAN UNTUK MENDAPAT KEBAHGIAAN HIDUP YG SEJATI. Jika kita tanya sejuta orang mahukah mereka hidup bahagia yang sejati, walau pun mungkin yang ditanya tidak pernah tahu pun apa itu kebahagiaan hidup yang sejati, tetapi kita yakin tidak ada seorang pun dalam sejuta orang yang ditanya tu tidak suka dan tidak mahu hidup bahagia. Sebenarnya dorongan paling asas dalam diri manusia secara fitrah sehingga mereka beraktiviti itu ialah dorongan inginkan kepada kebahagiaan. Secara fitrah semulajadi manusia, semua manusia itu tahu sebenarnya hakikat kebahagiaan hidup itu dan dapat merasakan secara fitrah di mana letaknya kebahagiaan hidup itu, tapi oleh kerana fitrah itu tidak disuburkan malah ia diabaikan dan yang sampai di matikan fitrah itu maka butalah manusia itu tentang kebahagiaan hidup itu. Apabila fitrah sudah mati maka akal dan nafsu diri itulah yang menjadi kendali akan diri itu untuk memburu kebahagiaan hidup itu. Akal pun mentafsirkanlah kebahagiaan itu menurut apa yang dia nampak dan selari dengan nafsunya. Tetapi ternyata apa yg difikirkan itu lah kebahagiaan hidup itu sangat mengecewakan diri. Ada fikiran dan nafsu manusia yang percaya bahawa kebahagiaan hidup itu pada kekayaan harta atau hidup mewah. Tapi ternyata setelah memiliki harta yang berlimpah manusia bukan semakin hidup tenang dan boleh hidup berehat rehat setelah penat berjuang memiliki kekayaan itu, tetapi ternyata dia memerlukan lebih banyak tenaga dan masa untuk mengurus kekayaan itu dan hidup sentiasa dalam ketakutan kekayaanya akan hilang. Ternyata kebahagiaan itu bukan pada kekayaan, bagi yang fitrahnya masih belum betul betul mati mereka disedarkan oleh fitrahnya dan sedarlah dia kekayaan itu bukan kebahagiaan, sebab itu ada sesetengah orang kaya meninggalkan kekayaanya dan memilih jalan hidup yang lain yang difikirnya di situ lah letak kebahagiaan hidup itu, tetapi kesekian kalinya dia terpaksa menelan kekecewaan yang amat dalam. Begitulah bila akal dan nafsu yang menjadi kendali diri dalam hidup bukan fitrah itu, akal dan nafsu akan terus dan berterusan tersalah dalam memilih jalan hidupnya untuk menggapai yg dipercayaanya disitulah kebahagiaan hidup itu. Kemuncak dari itu diri manusia itu akan letih dan lesu dan berakhir dgn kekosongan hidup, hatinya hanya mahu cepat cepat mati sahaja sahajaan terakir fikiran dan nafsunya bahawa kematiaan itulah kedamayan dan ketenangan atau kebhgiaan yg dicarinya. Fikirnya mengatakan begitu dan nafsunya membenrknya. Bisik fikiran dan nafsunya, matilah tempat kita berehat, tempat kita x perlu mengalami sakit hati, kecewa, diabikan, gagal dan sebgainya, matilah tempat yg penuh kedamayan dan ketenagan tempat sebenar benarnya tempat berehat dari segala keletihan hidup di dunia ini. Tetapi Allah berfirman, orang yg beginilah yg paling kecewah di kehidupan selepas mati dan disana dia tidak mati mati lagi, hidup dalam seksa kubur amat pedih dan tidak ada hentinya, kemudia bersambung siksa itu dihari berbgkit. FITRAH MANUSIA KUNCI KEBHGIAAN HIDUP. Fitrah semula jadi manusia itulah kunci sebenar untuk manusia itu mengapai kebahgiaan hidup didunia hinggah kebhgian hidup di akhirat yg berakir ke jannah. Manusia pada fitranya, itu sudah ada pengetahunya apa kah jalan kebhagiaan itu dan apa kah hakikat kebahgiaan hidup itu. Fitrah manusia itu sudah tahu semua itu sejak dia berada di alam fitrah, tetapi setelah menjadi manusia kerana cara hidup yg dia warisi tidak mengutkan fitrahnya maka fitrah itu pun menjadi lemah dan mati sebelum manusia itu mati, apa bila fitrah manusia itu mati maka yg mengambil kendali ialah akal dan nafsu yg memang buta tuli berkenaan dgn kebhgiaan hidup tetapi tetap memiliki keinginaan kpd kebhgiaan, tetapi kerana buta dan tuli maka terjun gaung lah jawabnya. Siapa itu fitrah manusia, menjawab ini akan ada berbgai pendapat dari yg ilmuan dalam bidang ilmu jiwa. Tetapi kita sebgai orang islam yg ada cita cita mahu jadi orng mukmin maka adalah sebiknya kita merujuk al quran iaitu petunjuk Allah iaitu zat yg mencipta kita, secara lojek akal fikiran sudah tentu yg mencipta sesuatu itulah yg lebih tahu atas segala persoalan yg diciptanya. Jadi Allah lah yg tahu siapakah hakikat yg di maksudkan fitrah itu. Ayat alquran yg tersimpan padanya jawaban pada persoalan siapa yg dimaksudkan fitrah itu ialah, pada ayat yg Allah menceritakan penciptaaNya pada Ayandah kita Nabi dan KalifahNya iaitu Ayandah Adam a.s. Saya bawa mahfumnya shja, setelah sempurna penciptaan batang tubuh Adam, lalu Aku hembuskan kpdnya ruh Ku maka hidup lah Adam. Pada ayat inilah yg menerangkan secara nyata siapakah fitrah manusia itu. Fitrah manusia itu ialah ruh yg dari Allah. Sebgai mana kejadiaan Adam maka sedemikian jugalah kejadiaan anak anak Adam, iaitu sekelian manusia semunya d beri ruh yg dari Allah swt. Ruh inilah hakikat diri manusia yg sebenar, semntara jasad lahiriah ini adalah pakayan bg ruh itu. Sebbp itu sudah menjadi amalan orang mukmin jika ada kematian dikalngan saudara mereka iaitu orang mukmin yg lain mereka pasti mengucpkan kalimat dari ayat Allah yg mahfumnya, dari Allah kami datang dan kepada Allah lah kami kembali. Ini ayat untuk mengingtkan si mukmin yg hakikat dirinya ialah ruhnya, maka haruanya ruh lah yg pegang kendali dalam kehidupnya bukan akal dan nafsu. Akal dan nafsu hanyalah alat untuk melaksankan urusan kehidupan itu seperti tujuan diri itu diciptakan.Jadi ruh itu adalah fitrah itu sendiri, tetapi biasanya orang mengertikan begini ruh itu adalah dirinya dan fitrah itu kehndak kehendk ruh itu. Apa shja kehendak kehendak ruh itulah yg disebut kehendak fitrah semula jadi.Jadi ruh itulah fitrah itu sendiri. Selepas ini saya gunakan perkataan ruh sebgai ganti nama bagi fitrah. Ruh itu sendiri sangat mistri hakikatnya sebbp dia datang dari sisi Allah, Allah sendiri yg mengkabrkanya begitu, tetapi apa kah hakikat ruh itu sampai sekarang para pengkaji pengkajinya masih menghadapi kebingungan untuk mengatakan dgn tepat hakikat ruh itu, dan mentukan dgn pasti dimana ruh itu mngambil tempat dlam jasadnya, semua persoalan ini masih mistri bg para pengkaji, semakin mereka mengkaji semakin mereka temui kebingungan.Orang mukmin mereka tidak bingung berhadapan persoalan ruh, sebbp ruh itu bagi orng mukmin bukan untuk dikaji tetapi untuk di pedomani dalam menjalani hidup untuk menuju kebhagiaan hidup di dunia hinggah akhirat. Orang mukmin cukup mereka itu beriman bhawa ruh itu adalah sesuatu yg datngnya dari Allah dan nantinya dia akan kebali kpd Allah. Apa kah kembali dalam keadaan selamat sejhterah atau dalam keadaan celaka itu tergantung jalan hidup didunia yg dia tempuh. Jika jalan yg lurus yg ditempuhnya makan sorgalah kesudahannya kekal abadi dan jika jalan yg salah maka nerakalah kesudahnya kekal abadi. Sebbp itu saya katakan fitrah atau ruh itu adalah anak kunci kpd kebahgiaan hidup itu. Orang mukmin juga tidak bingung bingung mentukan dimana dalam diri mereka letak duduknya ruh itu, orng mukmin itu beriman shja pada sbda nabi iaitu mahfumnya, hati itu adalah rumah Allah. Sabda nabi ini sangat terang dan nyata tampa perlu difikir fikirkan maksunya. Sangat jelas bagi mukmin hati itu adalah tempat duduknya ruh Allah itu dan orang mukmin yakin sangat bahawa ruh itulah dirinya yg sebenarnya. Jadi kebhgiaan hidup itu sudah mula tersingkap sekarang, iaitu ia kebahgiaan hidup itu sangat berkait rapat dgn ruh manusia itu sendiri, yg sebenarnya merasa bahgia atau tersiksa itu adalah ruh itu jadi disinilah kita fokuskan perbincgan ini. Iaitu bgaimana dan macmana supaya ruh itu bahagia, kerana kebhagiaan itu ialah apa bila ruh itu bahgia dan penderitaan itu ialah apa bila ruh itu derita. Nanti kita sambung insyallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou