Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Sabtu, 11 Disember 2021

PENYELESAIAN MASALAH HIDUP

PUNCA DAN JALAN PENYELESAIAN MASALAH HIDUP.

MASALAH HIDUP HANYA AKAN DAPAT DISELESAIKAN DENGAN MEMILIKI IMAN KEPADA ALLAH YANG SEMPURNA.

SETIAP MASALAH ITU ADA PUNCANYA. PUNCA MASALAH PERIBADI ATAU MASALAH KELUARGA DAN MASYARAKAT IALAH BERPUNCA DARI HATI YANG TIDAK BERIMAN KEPADA ALLAH.

HATI YANG TIDAK BERIMAN( KASIH) KEPADA ALLAH MAKA DIA AKAN BERIMAN ( KASIH) KEPADA SELAIN ALLAH INI AKAN BERLAKU SECARA AUTO, BILA HATI MENGIMANI SELAIN ALLAH MAKA BERMULALAH DIRI ITU HIDUP DALAM MASALAH.

MANUSIA BILA HATINYA BERIMAN(KASIH) KEPADA SELAIN ALLAH MAKA ALLAH TIDAK AKAN PIMPIN DAN BIMBING HIDUPNYA, ALLAH AKAN BIARKAN MANUSIA ITU HIDUP DALAM KESESATAN, BERGELOMANG DENGAN MASALAH HIDUP YANG BERTIMPA TIMPA, AKHIRNYA MEREKA HIDUP DALAM PENDERITAAN. JALAN PENYELESAIAN MASALAH YANG MEREKA AMBIL HANYA MENAMBAH PARAH MASALAH YANG ADA DAN MENDATANGKAN MASALAH MASALAH YANG BARU. INILAH NERAKA DUNIA YANG DIJANJIKAN KEPADA MANUSIA YANG HATINYA ENGGAN BERIMAN KEPADA ALLAH.

SEBUAH KELUARGA BILA KETUA KELUARGANYA YANG HATINYA TIDAK BERIMAN(KASIH) KEPADA ALLAH MAKA DIA AKAN PIMPIN KELUARGANYA KE JALAN KESESATAN IAITU KEPADA YANG HATINYA IMANI( KASIH). JALAN KESESATAN INILAH YANG MENYEBABKAN KELUARGA ITU BERTERUSAN HIDUP DALAM MASALAH YANG BERLAPIS LAPIS TIDAK TERSELESAIKAN.

APABILA SEBUAH MASYRAKAT ITU DI PIMPIN OLEH PERIBADI YANG HATINYA TIDAK BERIMAN KEPADA ALLAH MAKA PEMIMPIN ITU BUKAN MEMIMPIN MASYARAKATNYA UNTUK KELUAR DARI MASALAH HIDUP, TETAPI DIALAH YANG MEMBAWA MASYARAKATNYA MASUK KE DALAM MASALAH YANG TIDAK TERSELESAIKAN. MAKA HIDUPLAH MASYARAKAT ITU DALAM SIKSA DAN SENGSARA.

BEGITULAH SETERUSNYA PADA MASYARAKAT YANG LEBIH BESAR JIKA MASYARAKAT ITU DI PIMPIN OLEH ORANG YANG HATINYA TIDAK BERIMAN KEPADA ALLAH TETAPI BERIMAN KEPADA YANG SELAIN ALLAH. JIKA HATINYA KASIH KEPADA HARTA MAKA DICIPTALAH SISTEM YANG MENJADIKANYA KAYA RAYA, JIKA HATINYA KASIH PADA KUASA, MAKA DICIPTALAH SISTEM UNTUK DIA KEKAL BERKUASA DAN BEGITULAH SETERUSNYA. DARI HATI YANG KASIHKAN HARTA DAN KUASA INILAH AKAN TUMBUH KASIH KEPADA YANG LAIN, YANG SEMUA ITU MENJADI PUNCA KEPADA MASALAH PADA MASYARAKAT YANG DIPIMPINNYA.

HATI YANG KASIH KEPADA SELAIN ALLAH LAH PUNCA KEPADA SEGALA MASALAH HIDUP YANG MEMBAWA KEPADA PENDERITAAN HIDUP YANG TIDAK BERKESUDAHAN, MENDERITA DARI HIDUP DI DUNIA DAN BERSAMBUNG DI AKHIRAT. 

APABILA SEBUAH MASYRAKAT SEBAHAGIAN BESARNYA HATI MEREKA KASIH KEPADA SELAIN ALLAH MAKA MASYARAKAT ITU PASTI, SUASANANYA PENUH DENGAN MASALAH DAN PENDERITAAN HIDUP DAN INILAH MASYARAKAT DUNIA YANG SEDANG KITA HIDUP DI DALAMNYA SEKARANG. SEBAHAGIAN BESAR MASYARAKAT DUNIA HARI INI HATINYA HANYA KASIH KEPADA SELAIN ALLAH. ALLAH SUDAH TIDAK DIMINATI MALAH UNTUK AMBIL TAHU TENTANG ALLAH PUN TIDAK MAHU. BETAPALAH NAK KASIH KEPADA ALLAH.

MASALAH HIDUP YANG BERAKHIR DENGAN PENDERITAAN HIDUP ADALAH BERPUNCA DARI HATI YANG TIDAK BERIMAN KEPADA ALLAH, MAKA JALAN PENYELASAINYA IALAH HATI YANG BERIMAN KEPADA ALLAH. BILA HATI BERIMAN(KASIH) HANYA KEPADA ALLAH MAKA ALLAH AKAN BIMBING DAN PIMPIN HATI ITU UNTUK KELUAR DARI KESESATAN DAN KEMBALI KE JALAN YANG LURUS MENUJU KE ALAM BAHAGIA DI DUNIA LAGI DAN BERSAMBUNG DI KEHIDUPAN AKHIRAT. INILAH SYURGA DUNIA YANG DIJANJIKAN KEPADA MANUSIA YANG HATINYA BERIMAN KEPADA ALLAH.

Aamiinn

BAROKAH

BAROKAH

Dajal boleh memberi manusia kemewahan hidup dunia, bagi mereka yang benar benar mengabdikan diri kepadanya apa tah lagi pada pejuang pejuangnya yang di barisan hadapan. zaman dajal ini jika kamu mahu kemewahan dunia kamu bergabunglah dengan Dajal dan jadilah tenteranya di barisan hadapan untuk memperkasakan sistemnya nescaya engkau akan di angkat setinggi bintang di langit.

Jika kau mahu hidup susah dan menderita di dunia bergabunglah dengan Al mahdi dan jadilah tenteranya di barisan hadapan nescaya di mana pun kau berada kerajaan dajal akan menemui mu dan membantai mu habis habisan. jika mereka tidak mampu menyusahkan hidup mu, mereka akan memasukkanmu ke dalam penjara mereka, jika penjara mereka pun kau mampu keluar pasti mereka akan membunuhmu dengan penuh tragis di tali gantung.

Al Dajal tidak takut dengan Al mahdi dan tenteranya. Yang Al Dajal takut ialah Isa Al masih dan tenteranya. Bukan kerana Isa Al masih punya senjata lebih canggih daripada senjata yang al Dajal miliki, tetapi yang mereka amat  takuti ialah Isa al masih itu memiliki mukjizat dan barokah. Mereka sangat sedar apabila Isa Al masih muncul itu tandanya hari mereka sudah sampai ke penghujung. ini satu ketetapan bagi orang beriman dan sumpahan bagi golongan Al Dajal.

Bermula zaman Isa Al Masih itu ialah Al mahdi dan tenteranya akan diberi senjata baru berupa barokah. Al dajal mempengaruhi anak Adam dengan teknologi canggih yang mereka capai dengan menjadikan mata satu sebagai Tuhan yang menguasai segala teknologi itu. apa pun teknologi baru yang ditemui tidak akan di bangunkan tanpa restu dan izinnya si tuhan mata satu itu yang sudah pasti lebih dahulu direstui oleh utusan utusannya yang menjadi raja di setiap negara jajahan mereka.

Al mahdi dan tenteranya akan tampil di ambang zaman Isa Al Masih dengan bersenjatakan Al barokah. Al Mahdi dan tenteranya akan menyebarkan barokah di seluruh pelusuk bumi. Barokah ini akan mengenai semua anak Adam. anak Adam yang tersentuh dengan barokah itu akan mendapat kesedaran dari sihirnya Al Dajal maka suburlah hidayah Allah. Ini akan menyebabkan sistem Al Dajal seperti terkena virus, sehingga sistem Al Dajal ini akan bertukar kepada sistem rahmatan lil alamin secara semula jadi.

Al Dajal dan tenteranya akan jadi seperti daun daun kering yang berguguran dengan sendirinya, sistem ciptaanya itu akan dengan sendirinya akan menolak mereka keluar dari sistem itu sendiri, seperti pokok yang menggugurkan daun daunnya di musim luruh. Apabila kamu melihat tanda tanda ini terjadi maka bersyukurlah kerana zaman Isa Al Masih membawa turunnya kerajaan syurga itu sudah sampai masanya. 

Mudah-mudahan kamu dalam barokahNya aamiin..

#mohmadbinabdullah
#sitijienah