BAROKAH
Dajal boleh memberi manusia kemewahan hidup dunia, bagi mereka yang benar benar mengabdikan diri kepadanya apa tah lagi pada pejuang pejuangnya yang di barisan hadapan. zaman dajal ini jika kamu mahu kemewahan dunia kamu bergabunglah dengan Dajal dan jadilah tenteranya di barisan hadapan untuk memperkasakan sistemnya nescaya engkau akan di angkat setinggi bintang di langit.
Jika kau mahu hidup susah dan menderita di dunia bergabunglah dengan Al mahdi dan jadilah tenteranya di barisan hadapan nescaya di mana pun kau berada kerajaan dajal akan menemui mu dan membantai mu habis habisan. jika mereka tidak mampu menyusahkan hidup mu, mereka akan memasukkanmu ke dalam penjara mereka, jika penjara mereka pun kau mampu keluar pasti mereka akan membunuhmu dengan penuh tragis di tali gantung.
Al Dajal tidak takut dengan Al mahdi dan tenteranya. Yang Al Dajal takut ialah Isa Al masih dan tenteranya. Bukan kerana Isa Al masih punya senjata lebih canggih daripada senjata yang al Dajal miliki, tetapi yang mereka amat takuti ialah Isa al masih itu memiliki mukjizat dan barokah. Mereka sangat sedar apabila Isa Al masih muncul itu tandanya hari mereka sudah sampai ke penghujung. ini satu ketetapan bagi orang beriman dan sumpahan bagi golongan Al Dajal.
Bermula zaman Isa Al Masih itu ialah Al mahdi dan tenteranya akan diberi senjata baru berupa barokah. Al dajal mempengaruhi anak Adam dengan teknologi canggih yang mereka capai dengan menjadikan mata satu sebagai Tuhan yang menguasai segala teknologi itu. apa pun teknologi baru yang ditemui tidak akan di bangunkan tanpa restu dan izinnya si tuhan mata satu itu yang sudah pasti lebih dahulu direstui oleh utusan utusannya yang menjadi raja di setiap negara jajahan mereka.
Al mahdi dan tenteranya akan tampil di ambang zaman Isa Al Masih dengan bersenjatakan Al barokah. Al Mahdi dan tenteranya akan menyebarkan barokah di seluruh pelusuk bumi. Barokah ini akan mengenai semua anak Adam. anak Adam yang tersentuh dengan barokah itu akan mendapat kesedaran dari sihirnya Al Dajal maka suburlah hidayah Allah. Ini akan menyebabkan sistem Al Dajal seperti terkena virus, sehingga sistem Al Dajal ini akan bertukar kepada sistem rahmatan lil alamin secara semula jadi.
Al Dajal dan tenteranya akan jadi seperti daun daun kering yang berguguran dengan sendirinya, sistem ciptaanya itu akan dengan sendirinya akan menolak mereka keluar dari sistem itu sendiri, seperti pokok yang menggugurkan daun daunnya di musim luruh. Apabila kamu melihat tanda tanda ini terjadi maka bersyukurlah kerana zaman Isa Al Masih membawa turunnya kerajaan syurga itu sudah sampai masanya.
Mudah-mudahan kamu dalam barokahNya aamiin..
#mohmadbinabdullah
#sitijienah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou