Secantik Bunga Semanis Madu, Jauh Melangkah Ingat Pesan Ibu, Sekeras Kerikil Semangat Harus JITU... MAWAR KASTURI BIDADARI SYURGA terus melangkah selagi mengerti arah sendiri....
About Me
Halaman
"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"
Jumaat, 14 Februari 2025
TIADA PAKSAAN
TIDAK ADA PAKSAAN DALAM AGAMA ALLAH. Setiap diri manusia Allah bebas merdekahkan untuk memilih jalan hidupnya, walau pun Allah mewahyukan janji-janjiNya jika manusia menjalani jalan Beriman dan mewahyukan janji-janjiNya pada manusia jika memilih jalan kekafiran padaNya, namun Allah tidak memaksa manusia untuk menjalani jalan Iman dan memaksa mereka menjauhi jalan kekafiran. Allah bebas merdekahkan manusia memilih jalan yang mereka mahu. Siapa yang memilih jalan keimanan, maka dia harus menjalani disiplin jalan keimanan itu, dan siapa yang bersungguh-sungguh maka dialah yang mendapat keberuntungan yang melimpah dan darjat yang tinggi di dunia dan di kehidupan selepas mati. Siapa pula yang memilih menjalani jalan kekafiran, maka di sana juga wajib dia menjalani disiplin jalan kekafiran itu dan siapa yang bersungguh-sungguh mentaati displin jalan kekafiran itu, maka merekalah yang mendapat tempat di dunia kekafiran itu dan nanti di kehidupan selepas mati telah disediakan api Neraka sebagai tempat kembali mereka yang kekal abadi. Allah mencipta manusia, kemudian mencipta dua jalan, kemudian Allah bebas merdekakan manusia untuk memilih antara dua jalan. Disinilah maksud firman Allah yang mahfumnya, tidak ada paksaan dalam Agama Allah. Jika manusia memilih jalan kekafiran, maka bersedialah untuk menerima segala kesusahan dan penderitaan yang tersedia di jalan itu, manusia yang memilih jalan kekafiran maka manusia itulah yang wajib menerima segala siksa dan penderitaan, yang tersedia dalam jalan itu, siksa dan penderitaan dari di kehidupan dunia ini, sampailah di kehidupan selepas mati, yang akan berhujung di dalam api neraka, yang kekal abadi. Demikian juga manusia yang memilih jalan keimanan, mereka pasti akan berjumpa dengan segala nikmat dan kebahagiaan yang tersedia di jalan itu dan yang akan berakhir dalam taman Surga yang luasnya seluas langit dan bumi, dipenuhi kenikmatan yang kekal abadi, tempat berbahagia yang tiada duka lagi. Wahai sekalian manusia yang Allah bebas merdekakan, untuk membuat pilihan, buatlah pilihan jalan mana yang engkau mahu dan hanya ada dua jalan sahaja untuk dipilih, jalan keimanan atau jalan keKafiran. Gunakanlah akal fikiran warasmu untuk membuat pilihan, kerana yang akan menderita dan tersiksa adalah dirimu sendiri bukan orang lain, jika kau memilih jalan kekafiran. Engkaulah yang beruntung dan berbahagia bukan orang lain jika kau memilih jalan keimanan.
Nota dari kekasih hatiku. Saya membaca berulangkali untuk peringatan buat diri. untuk membuka kembali laluan kerajian membaca itu teramat payah. Namun saya berusaha biarpun sering gagal.
APABILA BERCAKAP
Apabila bercakap pasal qada dan qadar, ia nampak mudah ketika hati kita sedang gembira. Berbeza penerimaan kita ketika hati kita sedang berduka. Ya, hanya orang beriman yang mampu melaluinya. Ya, jangan juga mudah menilai seseorang itu beriman atau tidak. Kalau kita faham itu qada qadar, kenapa kita harus marah dengan perbuatan orang yang menyakitkan hati kita?
SINGGAH SEBENTAR
Assalamualaikum
tanpa disedari sudah masuk bulan februari 2025 dan bulan syaaban 1446H. Lama tidak menyinggah di laman ini. Suatu masa dulu di sini lah tempat ku menulis about everything. Dulu saya suka menulis sebab dulu saya suka membaca. Namun sejak 7 tahun kebelakangan ini minat membacaku drop. very poor. Dan kerana kemalasan itu juga saya rasa saya semakin bodoh. Semakin hari semakin bodoh. Semoga tahun 2025 ini sinarku kembali menyerlah. Garangku semakin kencang dan takhtaku semakin ke puncak. Penat sudah menunduk. Biarku terbang megah seiring bersama kekasih hatiku. Kerja-kerja duniawi semakin lama semakin mendajjalkan orang. Bikin hilang tumpuan.
Aku tidak suka disakiti kerana aku berusaha untuk tidak menyakiti orang lain.
Aku tidak suka dikhianati kerana aku berusaha untuk mengkhianati orang lain.
Namun aku terima seadanya jika disakiti.
Aku terima seadanya jika aku dikhianati.
Aku terima seadanya jika dituduh mengkhianati.
Kisah silam banyak perkara yang menyesakkan dadaku dan menyakitkan hatiku juga banyak yang masih tersimpan rapi. Aku menerima seadanya semua.. walaupun ada yang sukar dilupakan. Dan semua makhluk yang bergelar manusia mengalaminya. Ambillah pedoman dari semua perkara yang dikehendakiNya berlaku.
aiyyaaa... pukul 2 suda pula.
wassap saya tidak dapat buka di pc. tiba-tiba terlogout. entah apa kejadian tu telefon saya di rumah.
Lain kali lagi lah singgah di sini.
Langgan:
Catatan (Atom)