Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Rabu, 21 Oktober 2009

Nababasan oku no hiti...


Karaja karaja om karaja.... Kosorou di dara moi mimpanau 'berpoya-poya! Kad boros taraat nga orosi awi tusin. Ogumu po man do tusin...koinggolou malad tulu. Oruhai no owukatan gara-gara menguntun tusin. Stress no momusorou. Nga kogoyon no pomusarahan ka di teruah gidi. Otopot nogi ri nga 'hilang sabar' kasari. Aharap oku no 'Yang Maha Esa' will help me and my family with good healthy 'barakah' etc. Giroton no 'trust' to Allah. Amiin. Atok mala kotutok oku no...ba hino kou po. Sonong-sonongon do modop kada kalabai o bihis.



Mkbs : semoga esok ada sinar bahagia buatku dan orang-orang yang kusayang. Insy-Allah.

Ahad, 18 Oktober 2009

Jauh terkenang-kenang


Baring-baring sambil dengar lagu si jantung hati terkenang dan rindu di kampung... Hish! Kacau betul lagu ni aku baru nak berangan. 'untuk mendapatkan sesuatu kita perlu mengorbankan sesuatu'. 'setiap yang berlaku ada hikmahnya'. 'Berkorban atau terkorban, bahagia atau merana, berjaya atau gagal...itu adalah pilihan sendiri'. Jika difikirkan ironinya sama ada berkorban atau terkorban, bahagia atau merana, berjaya atau gagal tidak akan mempengaruhi perjalanan hidup selagi kita puas dan bersyukur seadanya. Pasti saja boleh berkorban untuk kebahagiaan orang lain. Kita juga boleh mengorbankan diri demi kebahagiaan orang lain. Kadang-kadang perlu mengorbankan perasaan orang lain demi mengejar kebahagiaan sendiri. Adakah kebahagiaan dapat dikecapi setelah melukakan orang lain? Sama ada berjaya atau gagal diri perlu berani. Kalau hari ini kita mengorbankan orang lain demi kebahagiaan diri harus diingat suatu masa nanti kita juga akan dijadikan korban untuk orang lain. Jadi kalaupun diri gagal mengecapi atau mempertahankan suatu kebahagiaan sekurang-kurangnya kita telah berlaku adil pada diri sendiri. Keberanian MENGAMBIL RISIKO dan MENERIMA RISIKO adalah perkara utama. Berani mengambil risiko sama ada berkorban atau terkorban dan bersedia menerima risiko sama ada bahagia atau merana. Harus juga diingat terkorban, merana, atau gagal mempunyai makna tersendiri. Biarpun akhirnya terkorban, diri merana gagal mengecapi impian yang penting kita puas hati kerana telah berusaha. Walauapa pun yang kita hadapi dan bakal hadapi sama ada berjaya atau gagal 'berilah peluang pada diri untuk bahagia'. Ushh...lagu 'baik-baik sayang' sedap pula lagu tu...



Mkbs ; siang tadi penat oo angkat kotak. Lama tak angkat berat sakit urat dibuatnya. Nak tidur sampai pukul 10 pagi....sebarang gangguan tidak akan dilayan. Bye...

Isnin, 12 Oktober 2009

Menghadiri Open House Raya


Huh! Makan makan makan dan terus makan. Al-hamdulillah. 8hb OP di rumah kak Rohayu. 9hb dekat rumah Uzaifah pula. Kelmarin 10hb tempat Zura. Lepas tu pergi Seremban di rumah ketua akauntan BMI Pn Marina dan penolong akauntan Cik Yati. Makan memang sedap-sedap. Paling rugi tempat cik Yati. Mee karinya sedap tapi makan sikit saja. Perut padat sangat. Mungkin sebab minum air banyak. Hari ni tak makan berat cuma makan 2 ketul sosej. Lagipun sibuk nak mengemas dan menampal buku daftar bayaran sampai makan pun lupa. Harus diingat esok 12 & 13 ada jamuan raya dekat office. So, makan harus dijaga kesihatan wajib dikekalkan...


So ; tadi adik aku msg tv dkt kg rosak. Alahai apo kono la.... Kuroyon podi. Andadon nopodi be owonsoi... Happy birthday 4 my prind Puteri Rembulan.

Isnin, 5 Oktober 2009

Coretan...cuti balik kampung


(Gelagat adik-adik sementara menunggu makanan bersahur disiapkan)


Cuti menyambut Syawal di kampung pada tahun ini adalah yang terbaik sejak saya bekerja di Putrajaya 2003. Terbaik kerana kami sepuluh beradik, bapa dan mama dapat berkumpul bersama. (*bila semua balik terasa terlalu sempit rumah keringat itu yang sememangnya sempit).


Tahun 2009 - ini adalah cuti pertama saya. Maka itu percutian ini yang paling seronok dan bermakna buat saya. (*bukan tidak boleh balik kampung selalu tapi itu adalah sememangnya perancangan saya yang tidak boleh diluahkan dengan kata-kata dan perasaan...hee)


Sedihnya saya tidak dapat datang beraya ke rumah kak mama di Kg Toboh Baru. Khabarnya dia sakit (urg ckp kana buat urg...) Adik cakap dia semakin kurus. (Mama ckp penyakitnya serupa dgn arwah nenek. *apakah perasaan orang yang mengenakan orang itu ketika menolong mengorek liang lahad untuk orang yang dikenakannya??...) Pada 30hb dia dihantar ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu. Mulai malam itu juga kami sekeluarga, keluarga terdekat dan saudara mara mengadakan majlis bacaan yassin tiga malam berturut-turut di rumah kak mama di Kg Kota Ayangan. Semoga dia cepat sembuh dan orang yang tidak bertanggungjawab itu akan menerima balasan daripada Allah SWT. Amiin. (*di awal pembukaan Hospital Besar Keningau pernah dilabel akan menjadi salah sebuah hospital yang terhebat dan tercanggih di Malaysia. Persoalannya, apa dan di mana letaknya kecanggihan hospital itu??..)


Keseronokan percutian juga mengundang keseronokan perbelanjaan mengalir deras tanpa disedari. Yang terbanyak pernah saya alami. 'nokorutan oku ne'.


Gembira kerana dapat berjumpa dengan rakan seperjuangan satu sekolah Salbiah Salam. Dia kerja jaga kedai barangan kesihatan sebelah Servay. I tabik sama u. Dia melakukan apa jua kerja yang penting boleh dijadikan sandaran 'mata pencarian'. Itulah kehidupan. Rezeki setiap insan berbeza-beza. *betapa kuat anjing menyalak gunung takkan runtuh*. Saya juga berkesempatan bertandang ke rumah sahabat baik Kasmawati. Still maintain. Ingatkan dapat tengok lakinya ...hansem ke? Sebab dalam gambar boleh tahan hehe.... Saya tengok gambar kahwinnya semua cute-cute. (Tapi dia memang cute pun). Tapi sayangnya wajahnya tiada perubahan. Maksud saya, wajah yang bulat itu nak tengok juga bila dibujurkan... Apa-apa pun tahniah. Cepat-cepat dapat anak tau hehehe... Saya harap ustaza Atiqah dan Along tak marah sebab tak datang 'open house'. Entah kenapa malas betul nak berjalan. Yang mengejutkan kawan seperjuangan form six SMK Gunsanad Sunarti (suami dan dua anaknya) telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan ketika bercuti di Kuala Lumpur pada januari lalu. Al-fatihah untuknya sekeluarga. Masih ingat lagi dengan jejaka sekelas masa form six. Khabarnya dia dah berkahwin pada jun lalu. Tahniah. (*...dulu teringin juga nak terjumpa dia di pekan sebab suatu masa dulu saya pernah jadi 'secret admire' dengan dia tapi sekejap saja. Tak tau kenapa...hehehe) *Teringin nak jumpa dengan sahabat lama Jennefer Malujim.


^^^keseronokan sedikit tercalar dengan pertengkaran dua adik perempuan saya. Ditambahkan sikap menjerit bapa saya. Huh! I sound him. Saya paling pantang orang menegur dengan menjerit. Kalau orang luar saya tidak ambil kisah tapi dengan ahli keluarga nahaslah. Nak tengok saya marah...cubalah....


Mkbs : hari ni tamat puasa enam. Puasa qada ntah bila....

So : bisuk karja suda. Adui malas butul...

Sabtu, 3 Oktober 2009

Balik Putrajaya


Sedih tahap Gaban ni... Hari ni balik Putrajaya. Tak sanggup nak masuk ofis isnin ni. Kali ni pergi airport naik teksi. Tak sangka berjumpa dengan kawan lama sekampung Suriati. Rupanya dia dekat Sri Kembangan saja. Bikin panas gate berlepas bertukar tempat. Leceh betul.


Mkbs ; sy nda sangka oo dia pandai buat posing maut begitu,.. (Yang pakai baju merah tu...)

Selamat tinggal Sabah tanahairku. Hope next year will be transfer....