Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Isnin, 5 Oktober 2009

Coretan...cuti balik kampung


(Gelagat adik-adik sementara menunggu makanan bersahur disiapkan)


Cuti menyambut Syawal di kampung pada tahun ini adalah yang terbaik sejak saya bekerja di Putrajaya 2003. Terbaik kerana kami sepuluh beradik, bapa dan mama dapat berkumpul bersama. (*bila semua balik terasa terlalu sempit rumah keringat itu yang sememangnya sempit).


Tahun 2009 - ini adalah cuti pertama saya. Maka itu percutian ini yang paling seronok dan bermakna buat saya. (*bukan tidak boleh balik kampung selalu tapi itu adalah sememangnya perancangan saya yang tidak boleh diluahkan dengan kata-kata dan perasaan...hee)


Sedihnya saya tidak dapat datang beraya ke rumah kak mama di Kg Toboh Baru. Khabarnya dia sakit (urg ckp kana buat urg...) Adik cakap dia semakin kurus. (Mama ckp penyakitnya serupa dgn arwah nenek. *apakah perasaan orang yang mengenakan orang itu ketika menolong mengorek liang lahad untuk orang yang dikenakannya??...) Pada 30hb dia dihantar ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu. Mulai malam itu juga kami sekeluarga, keluarga terdekat dan saudara mara mengadakan majlis bacaan yassin tiga malam berturut-turut di rumah kak mama di Kg Kota Ayangan. Semoga dia cepat sembuh dan orang yang tidak bertanggungjawab itu akan menerima balasan daripada Allah SWT. Amiin. (*di awal pembukaan Hospital Besar Keningau pernah dilabel akan menjadi salah sebuah hospital yang terhebat dan tercanggih di Malaysia. Persoalannya, apa dan di mana letaknya kecanggihan hospital itu??..)


Keseronokan percutian juga mengundang keseronokan perbelanjaan mengalir deras tanpa disedari. Yang terbanyak pernah saya alami. 'nokorutan oku ne'.


Gembira kerana dapat berjumpa dengan rakan seperjuangan satu sekolah Salbiah Salam. Dia kerja jaga kedai barangan kesihatan sebelah Servay. I tabik sama u. Dia melakukan apa jua kerja yang penting boleh dijadikan sandaran 'mata pencarian'. Itulah kehidupan. Rezeki setiap insan berbeza-beza. *betapa kuat anjing menyalak gunung takkan runtuh*. Saya juga berkesempatan bertandang ke rumah sahabat baik Kasmawati. Still maintain. Ingatkan dapat tengok lakinya ...hansem ke? Sebab dalam gambar boleh tahan hehe.... Saya tengok gambar kahwinnya semua cute-cute. (Tapi dia memang cute pun). Tapi sayangnya wajahnya tiada perubahan. Maksud saya, wajah yang bulat itu nak tengok juga bila dibujurkan... Apa-apa pun tahniah. Cepat-cepat dapat anak tau hehehe... Saya harap ustaza Atiqah dan Along tak marah sebab tak datang 'open house'. Entah kenapa malas betul nak berjalan. Yang mengejutkan kawan seperjuangan form six SMK Gunsanad Sunarti (suami dan dua anaknya) telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan ketika bercuti di Kuala Lumpur pada januari lalu. Al-fatihah untuknya sekeluarga. Masih ingat lagi dengan jejaka sekelas masa form six. Khabarnya dia dah berkahwin pada jun lalu. Tahniah. (*...dulu teringin juga nak terjumpa dia di pekan sebab suatu masa dulu saya pernah jadi 'secret admire' dengan dia tapi sekejap saja. Tak tau kenapa...hehehe) *Teringin nak jumpa dengan sahabat lama Jennefer Malujim.


^^^keseronokan sedikit tercalar dengan pertengkaran dua adik perempuan saya. Ditambahkan sikap menjerit bapa saya. Huh! I sound him. Saya paling pantang orang menegur dengan menjerit. Kalau orang luar saya tidak ambil kisah tapi dengan ahli keluarga nahaslah. Nak tengok saya marah...cubalah....


Mkbs : hari ni tamat puasa enam. Puasa qada ntah bila....

So : bisuk karja suda. Adui malas butul...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou