Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Ahad, 18 Oktober 2009

Jauh terkenang-kenang


Baring-baring sambil dengar lagu si jantung hati terkenang dan rindu di kampung... Hish! Kacau betul lagu ni aku baru nak berangan. 'untuk mendapatkan sesuatu kita perlu mengorbankan sesuatu'. 'setiap yang berlaku ada hikmahnya'. 'Berkorban atau terkorban, bahagia atau merana, berjaya atau gagal...itu adalah pilihan sendiri'. Jika difikirkan ironinya sama ada berkorban atau terkorban, bahagia atau merana, berjaya atau gagal tidak akan mempengaruhi perjalanan hidup selagi kita puas dan bersyukur seadanya. Pasti saja boleh berkorban untuk kebahagiaan orang lain. Kita juga boleh mengorbankan diri demi kebahagiaan orang lain. Kadang-kadang perlu mengorbankan perasaan orang lain demi mengejar kebahagiaan sendiri. Adakah kebahagiaan dapat dikecapi setelah melukakan orang lain? Sama ada berjaya atau gagal diri perlu berani. Kalau hari ini kita mengorbankan orang lain demi kebahagiaan diri harus diingat suatu masa nanti kita juga akan dijadikan korban untuk orang lain. Jadi kalaupun diri gagal mengecapi atau mempertahankan suatu kebahagiaan sekurang-kurangnya kita telah berlaku adil pada diri sendiri. Keberanian MENGAMBIL RISIKO dan MENERIMA RISIKO adalah perkara utama. Berani mengambil risiko sama ada berkorban atau terkorban dan bersedia menerima risiko sama ada bahagia atau merana. Harus juga diingat terkorban, merana, atau gagal mempunyai makna tersendiri. Biarpun akhirnya terkorban, diri merana gagal mengecapi impian yang penting kita puas hati kerana telah berusaha. Walauapa pun yang kita hadapi dan bakal hadapi sama ada berjaya atau gagal 'berilah peluang pada diri untuk bahagia'. Ushh...lagu 'baik-baik sayang' sedap pula lagu tu...



Mkbs ; siang tadi penat oo angkat kotak. Lama tak angkat berat sakit urat dibuatnya. Nak tidur sampai pukul 10 pagi....sebarang gangguan tidak akan dilayan. Bye...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou