Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Khamis, 2 September 2010

Taman-Taman Syurga

Beruntung bekerja di bawah JPA kan? Macam-macam ada. Ada ketikanya timbul rasa sayang nak tinggalkan JPA. Tapi takkan nak duduk kat situ berpuluh tahun. Meluat orang lain tengok. Sekian lama bekerja di tempat yang serba serbi lengkap dan selesa, perlulah mencuba tempat yang lain. Tempat lain yang mungkin serba kekurangan tetapi lebih selesa. Mana kita tahu kan?
Apa yang saya katakan beruntung adalah sepanjang bulan ramadhan ada ceramah agama. Bukan senang nak hadir majlis-majlis ilmu seperti ini. Maka dengan kesempatan yang ada janganlah lepaskan peluang. Namun kesibukan bekerja kadang-kadang menjadi kekangan. Nak cuti lama..... Kerja yang datang berlambak-lambak perlu disiapkan takut menyusahkan orang lain. Namun bila dah hadir pula separuh masa tidur. Huh! apalagi kalau terkena ustaz yang......????
Dalam banyak-banyak sesi tak banyak nota yang saya take. Tak tau nak tulis apa. Saya terpikat dengan ceramah oleh Ustaz Abu Hassan din yang bertajuk 'Titian Siratil Mustakim...di mana letaknya?' Saya tak pernah fikir lebih-lebih tentang itu. Yang saya tahu syurga neraka itu memang ada. In my mind, semua itu kerja Allah. Asalkan saya berusaha untuk mendapatkan syurga yang Allah janjikan. Untuk apa nak fikir bagaimana orang nak beri penghargaan kepada kita. Fikirlah bagaimana kita nak buat agar orang menghargai kita. ANDA BUAT ANDA DAPAT.

Ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan Siratil Mustakim

1) Surah al-Waqiah (27-29) - berkaitan syurga
2) Surah al-Waqiah (41-44) - berkaitan neraka
3) Surah al-a raf (46) - tembok besar yang memisahkan syurga dan neraka
4) Surah al-an am (38) - semua manusia dikumpulkan di padang mahsyar
5) Surah al-Zumar (71) - golongan yang terus ke neraka tanpa hisab
6) Surah al-Zumar (73) - golongan yang terus ke syurga tanpa hisab

Namun saya ada kemusykilan berkenaan dengannya. Kemusykilan kerana tidak mampu mengaitkan ayat-ayat yang disebutkan dengan penjelasan ustaz. Mungkin kerana saya hanya membaca terjemahan tanpa membaca tafsirannya. Wallahu alam.

7 golongan manusia yang terselamat di padang mahsyar

1) Pemimpin yang adil
2) Remaja yang dididik dalam suasana beribadah kepada Allah
3) Orang-orang yang hati, jiwanya terpikat dengan masjid
4) orang-orang yang bila sebut dan ingat Allah, dia menangis
5) Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah
6) Sedekah yang dirahsiakan
7) Orang lelaki yang bila diajak oleh orang perempuan untuk berbuat maksiat 'minta maaf saya takut Allah'

*perempuan adalah punca maksiat. Suka atau tidak itulah kata Allah.

Saya juga terpikat dengan ceramah ustaz Muhamad Fitri Abdullah (PERKIM). Beliau seorang muallaf yang sungguh hebat. Wow! beruntung jadi anaknya.

6 Pesanan Imam Ghazali untuk kaum wanita

1) Solat di awal waktu
2) Baca al-Quran setiap hari
3) Bacakan hadis / sirah nabi s.a.w kepada ahli keluarga
4) Ajar doa-doa harian kepada anak-anak
5) Hidup sederhana
6) Sentiasa beri galakkan, dorongan kepada suami, keluarga ke masjid, solat berjemaah.

* Wanita berkerjaya yang sibuk mungkin terabaikannya. Jadi kita saling ingat-mengingati.

Ceramah Ketua Penolong Pengarah dari JAKIM (lupa nama dia...) tajuknya tak ingat. Terus terang saya katakan saya tidak berkenan langsung dengan cara penceramah dari JAKIM. BOSAN!!! Namun saya terpikat dengan kata-katanya. Rasa hormat dengan rasa takut membezakan salah laku remaja sekarang. Remaja yang takut dengan ibubapa hanya akan berlaku baik di depan ibubapa tetapi di belakang sebaliknya. Berbanding dengan remaja yang ada rasa hormat. Di mana pun dia berada dia tidak akan melakukan perkara yang dilarang kerana rasa hormat dengan ibubapa. I agree 100%. Bukan senang nak menyematkan rasa hormat dalam diri.

Saya juga suka mendengar ceramah dari ustaz Harith Fadzilah bin ABdul Halim

3 jenis ujian Allah SWT kepada manusia

1) kifarah - untuk membakar / mencuci dosa
2) ibtila' - untuk mengangkat darjat seseorang itu
3) bala - ujian untuk semua yang bertujuan menghina seseorang itu

3 perkara yang jika ditinggalkan akan dimurkai Allah SWT

1) meninggalkan solat
2) orang islam yang tidak menjaga silatulrahim
3) tidak menjadikan nabi muhammad sebagai rujukan

Ciri-ciri takabur

1) rasa diri lebih mulia dari orang lain
2) memandang orang dengan pandangan penghinaan
3) sukar menerima kebenaran
4) sukar memaafkan kesilapan orang lain

Mengejar Malam Ketentuan Lailatul Qadar

Pendapat berkenaan dengan pencarian malam lailatul qadar

1) 10 malam terakhir (malam ganjil)
2) jumaat terakhir sebelum syawal
3) jika puasa jatuh pada hari rabu maka malam ketentuan adalah pada 20 ramadhan.
    (ada lagi tapi tak ingat semuanya. tergesa-gesa nak datang hingga lupa bawa nota....)

Semoga ramadhan kali ini memberi kita seribu satu pengertian yang maha agung. Memberi perubahan maha indah dalam diri kita, keluarga dan seluruh umat islam. Insya-Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou