Secantik Bunga Semanis Madu, Jauh Melangkah Ingat Pesan Ibu, Sekeras Kerikil Semangat Harus JITU... MAWAR KASTURI BIDADARI SYURGA terus melangkah selagi mengerti arah sendiri....
About Me
Halaman
"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"
Sabtu, 29 Jun 2013
Floria Putrajaya 2013
Jumaat, 28 Jun 2013
Send Me Your Smile....
UNTUK MENGUBAH BUAHNYA
HARUSLAH DIMULAI DARI AKALNYA
ORANG YANG BERHENTI BELAJAR
AKAN MENJADI PEMILIK MASA LALU
ORANG YANG MASIH TERUS BELAJAR
AKAN MENJADI PEMILIK MASA DEPAN
PERBEZAAN ANTARA MEREKA YANG BERJAYA DENGAN YANG LAIN
BUKANLAH KERANA KEKURANGAN KEKUATAN ATAU ILMU
TETAPI LEBIH KEPADA KEKURANGAN KESUNGGUHAN DAN KEMAHUAN
MATA YANG TERTUTUP TIDAK BERERTI TIDUR
MATA YANG TERBUKA TIDAK SEMESTINYA MELIHAT
TIDAK ADA MANUSIA YANG HIDUP UNTUK GAGAL TETAPI
TIDAK MERANCANG ADALAH MERANCANG UNTUK GAGAL
KAMU DAPAT MENGENAL LEBIH BANYAK TENTANG DIRI SESEORANG ITU
DARI ADAB DAN PERTANYAANNYA BUKAN DARI JAWAPANNYA. - VOLTAIRE
SETITIK AIR BOLEH MEMBELAH BATU
BUKAN KERANA DERANYA TETAPI
DENGAN SERINGNYA IA MENITIK
MANUSIA LEBIH MENYUKAI DIRINYA SENDIRI DARI APAPUN
TETAPI BUKAN BERERTI MANUSIA SELALU MENGHARGAI DIRINYA
BERCITA-CITA TANPA USAHA
BUKAN CITA-CITA TETAPI ANGAN-ANGAN
MENILAI DIRI SENDIRI ADALAH LEBIH SUSAH
DARIPADA MENILAI 1000 ORANG LAIN
LEBIH BERHARGA MUTIARA SEBUTIR DARIPADA PASIR SEPANTAI
# al-Hamdulillah. Jerebu dah pulih.
Sabtu, 22 Jun 2013
JOHAN Batu Seremban JPA 2013
Tanggal 22 haribulan bulan Jun Tahun 2013 - hari bersejarah kepada Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA kerana buat pertama kalinya berjaya menjadi juara dalam pertandingan Batu Seremban antara bahagian. Gembira tidak terkira. Semenjak saya menyertai pertandingan ini pada tahun 2006 hingga 2010 bahagian BMI tidak pernah menjadi johan. Saat saya dipanggil oleh urusetia pertandingan pada 17hb lalu untuk mesyuarat saya bertekad untuk menang. Satu saja alasan saya....sebelum saya dikeluarkan dari JPA saya nak menang - saya nak jadi juara. Saya akui bukan senang mencari peserta. Walaupun masih ada sisa-sisa peserta otai tapi itu tidak mencukupi syarat penyertaan. Mencari wakil daripada Bahagian Pembangunan Organisasi adalah yang paaaaaling susah. Saya terpaksa menelefon berulangkali (macam satu paksaan pula...). Sehari sebelum tarikh akhir penghantaran nama peserta barulah berjaya. Al-Hamdulillah. Nasib baik dorang-dorang tu sudi dan rajin berlatih. Hinggakan ada yang sanggup mengorbankan waktu tidur rehat tengahari semata-mata mahu berlatih Batu Seremban dan Congkak. Bukan senang nak main. Waktu berlatih semua ok. Masa bertanding tangan menggigil-gigil macam kena pakinsen. Heheheee.... Kadang-kadang terlupa langkah. Pertandingan diadakan di Aras 7, JPA. Batu Seremban dalam bilik gim manakala Congkak di ruang legar MAKSWIP. Bermula pukul 9 pagi dan berakhir pukul 2.30 petang. Bayangkan betapa lamanya. Nasib baik makan tengahari disediakan. Hehehee..... Di awal permainan dalam kumpulan kami kalah kepada Bahagian Teknologi Maklumat. Punah harapan. Peringkat separuh akhir adalah yang paling mendebarkan dan paling tidak disangka. Hahahaa.....kami berhadapan dengan juara bertahan, Bahagian Khidmat Pengurusan untuk menentukan kelayakan ke peringkat akhir. Tidak ku sangka kami berjaya menewaskan mereka dengan perbezaan mata 1. Al-Hamdulillah. Patut pun BKP nampak tak ceria saja. Rupanya dorang dah tau dorang kalah. Pertama kali BMI mengalahkan BKP dalam pertandingan ini sejak saya menyertainya. Nampaknya tuah menyebelahi kami. Dan sememangnya kami berusaha keras. Mula-mula saya sangka kami akan bertemu dengan BTM untuk penentuan ketiga dan keempat. Rupanya BTM berjaya menewaskan Bahagian Perkhidmatan di separuh akhir. Makanya BMI bertemu dengan BTM di peringkat akhir untuk penentuan johan dan kedua. Pada peringkat ini saya sudah yakin bahawa kami akan menang. Walaupun pada peringkat kumpulan kami dikalahkan oleh mereka tapi itu baru 'warming up' ba. Dan akhirnya......BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN berjaya menjadi JOHAN. Yeeeeeaaaaa.....Yahuuuuuuu...... Kami berhak untuk menang. (Kawan-kawan tidak sia-sia korang tidak dapat pi tengok wayang...). Bagi acara Congkak BMI berjaya melangkah ke separuh akhir setelah berjaya menjadi juara kumpulan. Walaupun hanya menduduki kedudukkan keempat mereka berhak untuk bergembira kerana mereka semuanya peserta baru. Mereka baru belajar teknik untuk menang. Kalau kamu nak tahu dorang siap mengkaji lagi. Walau apapun TAHNIAH untuk peserta Batu Seremban dan Congkak. Peserta Batu Seremban - Siti Jienah (BMI), Rosni Umaruddin (BMI), Kartini Mamat (BMI), Noorul Azean Saaya (BMI), Nurul Zafirah Ahmad Rosdy (BMI), Shahila Shamsuddin (BMI) dan Ashiqin Abdullah (BPO). Peserta Congkak - Husna Salwani Hashim (BMI), Mashitah Nasaruddin (BMI), Siti Rokyah Ainun (BMI), Farah Liyana Saadon (BMI), Nur Farah Afiqah Abd Razak (BMI) dan Fateha Ismail (BPO). Terima kasih kerana sudi menyertai aktiviti ini. Tanpa anda tiadalah wakil BMI. Berbanyak-banyak terima kasih juga kepada Puan Husna kerana sudi mengetuai permainan Congkak. Saya tak reti pasal congkak ni. Terima kasih... Terima kasih...dan TERIMA KASIH. Ada waktu ada pertandingan panjang umur kita jumpa lagi...... Selepas ini orang lama seperti saya akan meninggalkan JPA...teruskanlah usaha dan latihan kamu yeee. Heheheee..... Mana tau sy kerja di tempat lain datang semula ke Putrajaya untuk bertanding Batu Seremban dan kita berjumpa lagi.....heheheee....parasantut betul kan?..... Ok la...setakat itu sahaja kegembiraan saya... Tidak boleh terlebih gembira.... TERIMA KASIH SEMUA.
|
Isnin, 17 Jun 2013
PERCAYA & YAKIN
Betulkah KEYAKINAN dan KEPERCAYAAN mampu menembusi tembok hijab sempadan dunia manusia dan dunia bunian? Cinta dan kasih kepada ibu mengatasi segalanya? Malah di dalam dunia realiti pun antara kekasih dan ibu lebih ramai memilih ibu. Sebabnya syurga di bawah tapak kaki ibu. Hari ini ramai sungguh siaran ucapan hari bapa di tv. Ada yang kata HARAM meraihkannya. Kisah Bunian bernikah dengan manusia sungguh mengasyikkan. Jalan ceritanya berjaya menipu minda saya. Cis!. "Yang terlarang tetap haram dalam agama. Yang terlarang itu juga merupakan jenayah yang menjijikkan. Yang melanggar undang-undang itu bukan hero. Mereka pengecut yang bertopengkan kebenaran". Kisah Culik. Biasa saja. Tapi teruja nak baca. Dendam bagi seseorang adalah satu kepuasan. Dendam bagi seseorang adalah buang masa. Terpulanglah kepada interpertasi individu. Awak bahagia.....just go on. But don't forget Allah. Benarkah cinta ke hujung nyawa wujud? "Cinta itu bernyawa sifatnya. Cuma terserah kepada kita bagaimana hendak mewarnakan cinta tersebut. Terserah pada kita harus bagaimana hendak mengisi nyawa itu dalam kehidupan bercinta. Persoalannya, benarkah cinta itu suci dan jernih, mententeramkan pemilik jiwa?" Ketenteraman tak selamanya milik kita. Saya pernah berangan-angan andai saya dikurniakan keistimewaan luar biasa tentu bahagia. Andai saya boleh berbahasa binatang...tentu saya tidak akan sempat untuk stress. Betul tak???..... Saya tak layak mungkin sebab semut-semut dalam rumah habis ku bunuh. Tapi saya sudah minta maaf sebelum bunuh... Emmm.... "Dunia ini pentas sandiwara. Kita adalah pelakonnya. Di kalangan kita pula ada yang benar-benar menjadi manusia dan ramai juga yang memilih menjadi boneka atas kerelaan sendiri. Takdir merupakan plot penceritaan. Lalu bagaimana harus kita membawa diri di pentas sandiwara nan luas ini?" . Cut Asmidar cantik namanya. Kahwin kontrak cerita biasa namun saya suka penceritaan dalam kisah ni. Ringan dan berjaya membuatkan saya menangis. Saya dapat merasai kepedihan, kepiluan, kegembiraan.... (saya selalu berangan memiliki dan dimiliki lelaki penyayang sepertinya....hahahaa....). Itulah bait-bait kata tulisan Ramlee Awang Murshid novelis thriller no. 1 Malaysia dalam novel terbarunya bertajuk Aku Bercerita. Novel ini berbeza dari novel terdahulunya. Saya suka penulis ini. Mungkin kerana saya peminat novel thriller?.... Mungkin juga kerana penulis ini ada unsur kepercayaan dalam ceritanya. Walaupun bukan cerita thriller tapi dapat memujuk hati ini untuk membacanya...hahahaa....untuk mengisi kebosanan sebenarnya. And apa makna 'trust' pada anda? Kita lihat apa kata mereka. 'When you allow your vulnerabilitie to be placed in the hands of someone else, and are confident that they will not take advantage of you.' (Marina Mahathir, Malaysia). Kata Tony Oposa Jr, peguam dari Philippines 'Trust is like a beautiful glass. Used well, it will quench the thirst of life. If broken, it cannot be put back.' Betullllll.....sukar untuk mendapatkan kembali kepercayaan yang dikhianati. "You earn it over years and lose it in minutes." (Gregg Yan, Philippines). Bagi saya bersederhana saja. Kepercayaan sama seperti janji. Ia akan berubah mengikut masa dan keadaan. Begitu kata Canagasabai Kunalan from Singapore, 'You don't need proof when you trust.' Kalau nak percaya...percayalah. Kalau dikhianati tanggung sendiri. Hahahaaa.... Seperti juga kata Haresh Sharma, "Trust is not a black and white issue. If you can't trust yourself 100% all the time, how can you judge others if they falter?" Saya sungguh tertarik dengan kata-kata pemenang gangsa olimpik dari Singapore, Feng Tianwei. Katanya, "I don't have a role model but i hope to be someone's role model someday. I am very thankful to those who have trusted me all along. I am glad i did not let them down." Ya... i think and i believe it's harder to trust people in current times. Trust yourself first!. "If the person keeps his word even in the small things, he can be trusted. If he can account for small change, or do what he says he will do, and tell you things honestly, then he can be trusted. When he does not exaggerate, he can be trusted. Lastly, if he can admit mistakes and apologise, it is a quality of a trustworthy person." (Jim Paredes). Stephen M. R. Covey, author of The Speed of Trust, stresses that the first job of any leader is to nspire trust. He has identified 13 common behaviours of trusted leader around the world that build-and maintain-trust. (1) Talk Straight. (2) Demonstrate Respect. (3) Create Transparency. (4) Right Wrongs. (5) Show Loyalty. (6) Deliver Results. (7) Get Better. (8) Confront Reality. (9) Clarify Expectations. (10) Pratice Accountability. (11) Listen First. (12) Keep Commitments. (13) Extend Trust. Apa macam....geng, boss kita adakah ciri-ciri ni?.... It's in the Eyes. "Practised liars sometimes become good at maintaining eye contact but be wary also of people who make excessive eye contact - they might be trying to prove that they're telling the truth," advise Rosenthal and Anderson. Macam-macam. Kadang-kadang kita perlu berpura-pura percaya walaupun sebenarnya kita tidak percaya. But be carefull and don't forget untuk percaya kepada Qada dan Qadar Allah. Oklah just enough for now.... Remember that quotable quotes. "Mellow does not always make for a good story but it makes for a good life". Banyak lagi ba yang terlintas di fikiran sy tapi pukul 1 suda ba kenegi...times up suda....sleeping times suda. Sebelum tu, i am so happy bila BMB Tapaw & FBI masuk final. Do the best in the final ye.... Doaku dan harapanku Semoga semuanya baik-baik saja mereka di kampung. Insya-Allah.
|
Jumaat, 7 Jun 2013
TEMU DUGA KPSL N27
Huh!...hari ni saya hadir untuk temu duga SPA bagi jawatan PPT N27 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Putrajaya. Menghitung hari ketibaan tanpa rasa takut tanpa rasa risau... Persediaan demi persediaan dilakukan. Ya...cari bahan bukan main lagi tapi bacanya last minute. Debaran belum terasa walaupun dah sampai di SPA. Dahsyat kan?... Tapi selepas saja mendaftar di meja urus setia dan perolehi nombor giliran...jantung berdegup bukan main lagi. Macam nak pecah dada ni. No. giliran L1103. Saya orang yang ketiga. Debaran makin memuncak. Bunyi keting...keting...panggilan angka giliran tu menambahkan kederasan degupan jantung. Saya duduk tak senang. Aiyoyoyoyyyoo... Yang bikin panas....saya bukan main lagi baca pekeliling tentang fail meja, pengurusan pejabat, KMK / KIK, arahan keselamatan, pelupusan fail, merekod fail, pengurusan mesyuarat, tatacara penggunaan internet. Apa itu GST?, Integriti, perintah Am, kabinet Malayisa / Sabah, konsep 1Malaysia, peranan SPA, Key Performance Indicator (KPI), NKRA, ESSCOM Lahad Datu, Kod Objek perbelanjaan, MOCC 1Malaysia, Transformasi, Visi / Misi JPA / BMI dan tugas-tugas PPT. Tapi yang ditanya???... Saya paling bersedia jika ditanya tentang visi/misi JPA sebab ada kemungkinan saya akan ditanya kerana saya sudah bertugas di BMI, JPA sepuluh tahun.
Bilik L panelnya adalah seorang lelaki yang bernama Mohd Hidayat Bin Mohd Sauffi. Bertugas di bahagian khidmat pengurusan JPA. Saya tak kenal sangat panel tu. Tapi saya tahu dia bertugas di JPA dan saya selalu nampak dia. Perkataan pertama yang keluar dari suara hati saya...aduiiii....
Antara dialog / soalan panel ....
'Orang JPA rupanya...'
'Apa khabar....' (aikk....)
'Hari ni ambil cuti tak...'
'Jangan stress...kita bercerita selama lebih kurang 10 minit...'.
'Perkenalkan latar belakang anda...'. (dengan gaya poyo sambil tengok komputer....masa di rumah dah karang dah apa yang perlu diperkenalkan dengan panjang lebar..tapi masa temu duga karangnya pendek...hahaha)
'Pada pandangan kamu apa ciri-ciri yang diperlukan untuk menjawat jawatan ini...'
'Apa pandangan kamu terhadap isu Lahad Datu...'
'Ramai orang mengatakan pihak kerajaan lambat mengambil tindakan sehingga menyebabkan ramai kematian. Apa pandangan kamu....' (paling tak suka dengan isu ini. Tapi jawab saja...jawab gitu-gitu jer....)
'Awak tahu slogan baru JPA kan...kenapa JPA perlu melakukan transformasi..adakah sebelum ini JPA teruk....'
'Beritahu saya tentang roadshow transformasi JPA...' (hahahaa....ini paling kelakar....hafal bukan main...jawab soalannya sebut isi penting saja...)
'Saya tengok sijil awak, awak pernah menjadi Johan dalam tilawah al-Quran JPA. Selain daripada itu adakah anda pernah terlibat aktiviti luar...seperti wataniah...' (perlu ke soalan ni...mentang-mentanglah aku orangnya kecil saja...jawapannya senang saja...TIADA..)
'Jika diberi satu hari kamu menjadi pengarah BMI, apakah transformasi yang mahu kamu lakukan...' (soalan ini saya tidak pernah terfikir...dan saya tak pernah fikir... saya tak puas hati dengan yang ini... otak saya lambat pick up...)
'Ini pertama kali kamu datang temu duga...' (aikk...macam mana dia tau...aduiii...membahayakan kedudukkan ni...ntah-ntah panel tu fikir biar budak ni pi interview sekali lagi....)
'Beritahu saya apa tugas-tugas jawatan ini...' (hafal bukan main lagi...jawab tak sampai dua minit.....rasanya panel tu mesti geram saja...)
'Apa kriteria yang ada pada awak yang boleh dipertimbangkan oleh pihak SPA untuk menjawat jawatan ini...' (yang ni pun tak puas hati...nak masuk bakul angkat sendiri...tak larat nak angkat tinggi sangat...malu... masa mula interview pun panel tu dah cakap saya ni nampak pemalu..aadada..kama...bajatan sa..)
'Kamu tahu tak berapa ramai yang dipanggil temu duga...' (saya saja tak jawab...buat muka terkejut...benci saya dengan keadaan semua ni...mood saya dah down bila ada perkara yang membuatkan saya tidak yakin...)
'Saingannya terlalu sengit...keputusan akhirnya SPA yang tentukan...jadi kamu kena berdoa selalu...jangan berhenti doa..' (saya tahulah...dari awal saya dah tahu...itulah pasal saya cuba bersedia sebaik yang mungkin...namun tidak seperti yang saya jangkakan...sayangnya saya tidak berjaya mengembangkan point utama jawaban saya.....)
Masa penemuduga lontarkan soalan hati saya masih sempat menerawang....fikir jawaban sambil rimas di hati... Sesungguhnya, saya tak yakin dengan ini. Walaupun di awalnya saya menyimpan sedikit harapan namun selepas sesi temu duga harapan yang sedikit itu telah punah sirna. Dan di saat itu juga saya bertekad untuk melupakan semua itu... Saat kaki melangkah masuk semula ke pejabat 'tinggalkan semua. Tiada harapan!'. Biarlah.... Pujuklah hati....Terima seadanya. Pasti ada hikmah disebaliknya.
mkbs - apa-apa pun terima kasih kepada SPA kerana memanggil saya temu duga. Harap-harap akan diberi peluang lagi selepas ini...

SESUNGGUHNYA AKU BENCI DENGAN SEMUA INI!!!!....
mkbs - apa-apa pun terima kasih kepada SPA kerana memanggil saya temu duga. Harap-harap akan diberi peluang lagi selepas ini...
Isnin, 3 Jun 2013
10 Tanda Membela Hantu Raya
Baca punya baca, saya terjumpa yang ini. 10 tanda orang membela hantu raya. Takutnya. Macam mana nak tahu kalau kita tak kenal sangat orang tu?....
Seorang pendakwah bebas Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz berkata ada beberapa tanda boleh dikenal pasti bagi mana-mana individu yang membela hantu raya.
Antara tanda-tandanya ialah :
1. Takut bertentang mata bila bercakap
2. Gementar dan keluh kesah bila berjumpa orang alim
3. Hati sentiasa tidak tenang dan badan sentiasa berpeluh bila berada dalam majlis ilmu
4. Gemar makan bubur kacang merah dan suka jamu orang makan pada malam Jumaat
5. Walaupun usia lanjut tetapi memiliki tenaga luarbiasa bila melakukan kerja-kerja berat
6. Bila keluar rumah tidak akan beritahu kepada ahli keluarga terutama isteri
7. Kerap bawa berpuluh-puluh telur rebus kedalam hutan
8. Bila ada mesyuarat orang ramai akan patuh dan tunduk keputusannnya
9. Mempunyai tenaga seks luar biasa bila bejimak dengan isteri.
10. Kerap bersetubuh.
Ustaz Abu Bakar berkata undividu yang bersahabat dengan hantu raya memperolehi apa hajat dengan bantuan makhluk itu.
(sumber : mingguan warta perdana/jalanakhirat.wordpress.com/)

Langgan:
Catatan (Atom)