Saat ini tika ini...perasaanku tidak tenang...seolah-olah ada sesuatu yang tertinggal. Aku benci dengan perasaan ini. 'Apakah hubungan kamu dengan Clark?.' Aku terus membisu. Kisah hati cinta hatiku perlu ke mereka tahu. Semua ini amat menjengkelkan. Mereka bertalu-talu mengajukan soalan. Stress!. 'Dia adalah insan yang paling ku cintai...amat kusayangi. Dia insan yang pernah membuatkan aku hilang fokus dan lupa segala-galanya. Dia segala-galanya bagiku. Dia banyak mengajar aku tentang perkara yang tidak pernah ku fikir. Itu saja. Tq.' 'Kalau dia adalah segala-galanya bagimu, mengapa kamu tak jawab panggilannya pada 9.3 lalu?' 'Sila jawab soalan tadi. Atau kamu memang terlibat...' 'Sebab pada tarikh itu pada masa itu aku telah nekad untuk meninggalkan dia dalam keadaan apa sekalipun. Kalau aku menjawab panggilan itu aku takut keputusanku akan berubah.' Semua anak mata tertumpu ke arahku. Betulkah ini? Seorang wanita yang tidak percaya pada cinta telah jatuh ke lembah cinta yang amat dalam...malah pernah berkata sanggup meninggalkan segala-galanya demi insan tercinta walaupun terpaksa menggadaikan nyawa namun akhirnya berpatah balik...memilih untuk meninggalkan insan tercinta. 'Kamu tahu tak sekarang Clark sedang koma? Kalau kamu menjawab panggilannya tempoh hari mungkin keadaan berbeza.' Kalau aku tidak terjebak dengan cinta melampau ini mungkin keadaan juga berbeza. Mengapa aku ditemukan dengannya berkawan dengannya bercinta dengannya dan akhirnya berpisah. Biarpun sering dilukai dikhianati hati tetap terus cuba bertahan namun siapa sangka hati yang dulunya penuh dengan bunga cinta bertukar menjadi duri cinta. Percayalah...cinta tidak mampu memberi jaminan kebahagiaan apatah lagi jaminan kesetiaan. Unye merenungku tajam. 'Aku tak faham...kenapa kamu jadi begini?' 'Sama ada kamu semua faham atau tidak bukan masalah aku. Keputusan aku muktamad.' Semua orang terpinga-pinga mendengar jawabanku. Aku memang sudah gila. Gila untuk menerima cintanya dulu dan kini gila kerana nekad meninggalkannya. Pasti ada sebab-sebab tertentu aku berbuat demikian tapi biarlah ia menjadi rahsia hati seumur hidupku. Maafkan aku sayang. Eerrmmmmm...... Aku masih terus menunggu.....sesuatu yang dapat memberi keyakinan bahawa bahagia itu milik mutlakku selamanya.
SJLA ; mimpi semalam....
bersambung...
bersambung....
Welcome to Celcom MMS
An MMS has been sent to you containing the following attachement(s)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou