Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Ahad, 1 Disember 2013

TV9 Menipu

# People don't notice whether it's winter or summer when they're happy#

Hari ini 30.11.2013 - saya menonton siaran langsung tiga program nyanyian iaitu :-


TV9 - 8.30pm, idola kecil. Saya bukan minat pun tapi nak tengok peserta dari Tawau, Sabah iaitu Daniel. Juri jemputan Alif Aziz, Radhi OAG, Tomok juri tetap. Alif Satar selaku hosnya. Dan peserta yang tersingkir ialah Alif.


TV2 - 9.00pm, Palma 2013, pertandingan nyanyian lagu melayu antarabangsa 2013. Hebat sungguh bahasa melayu. Bangsa lain berusaha menguasai bahasa Malaysia, bangsa Malaysia bangga berbahasa inggeris. Ada peserta yang menyanyi macam nyanyi lagu cina. Hahaha... Ada yang over drama. Pukul 11.00pm, Alif Satar membuat persembahan berduet dengan Nuri juara Palma 2013 dengan lagunya lelaki seperti aku. Pelik kan? Idola kecil tv9 baru tamat tapi Alif Satar dah buat persembahan di tv2. Mula-mula fikir mungkin dia berlari terus ke sana. Atau ada kembarnya? Tapi.... Pemenang ketiga Belgium, kedua Bangladesh, johan...kalau tak silap Afrika...tak ingat la bro. Hehe...


TV1 - 9.00pm, Bintang kecil separuh akhir kedua. Bersiaran langsung dari Sarawak. Anding adalah hosnya. Hebat-hebat budak-budak tu. Saya fikir mereka lebih hebat dari peserta idola kecil tv9. Pukul 10.36pm, Alif Aziz dijemput membuat pesembahan sementara memberi ruang kepada juri mengira markah. Sesi penyingkiran empat peserta penuh emosi. Kesian diolo.

Jadi macam mana sekarang? Tiga stesen tv memaparkan pada skrin 'siaran langsung'. Macam mana Alif Satar boleh membuat persembahan di Palma 2012 sedangkan di Idola kecil tv9 baru tamat sesi penyingkiran? Ada kembar ke? Dan yang ini sudah kedapatan... Idola kecil tv9 tamat hampir pukul 11pm tapi Alif Aziz sudah berada di Sarawak membuat persembahan. Wow! Kapal apa dia naik cepat sampai? Alif Aziz pun ada kembar ka? TV9 pembohong. Kalau bukan siaran langsung janganlah paparkan siaran langsung dekat skrin. Menipu.
Just forget it.

# Before U speak, think = is it necessary? Is it true? Is it kind? Will it hurt anyone? Will it improve on the silence? # (Sai Baba)

# Simplicity is very difficult to achieve. # (mickey drexler)

"What i read and how i wrote would make difference in how i lived my life."


Mkbs, 30.11.2013, 11.30pm




Welcome to Celcom MMS
An MMS has been sent to you containing the following attachement(s)














Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou