Assalamualaikum.. hari ini cuaca panas sekali. Mo tidur pun nda dapat. Tadi saya and family menonton MNCtv Indonesia - menanti keputusan juara the first indonesia idol junior - antara Jojo dan Rian. Sama-sama hebat dan berbakat. tapi saya lebih suka Jojo. hihihiii..saya mula menonton program ini kerana terdengar dan tertonton Jojo menyanyi secara tidak sengaja.. setiap sabtu saya akan menunggu program ini. ini kerana setiap sabtu tiada rancangan yang menarik di channel tv Malaysia. hahahaa... kerana rancangan ini juga pertama kali saya nampak diva pop Titi DJ dan Eyath Bustami. (cantik-cantik ba itu baju c eyath bustami). Juara x-faktor indonesia Fatin - hebat vokalnya. comel gitu. Saya suka lagu duet Titi DJ dengan Rhoma Irama.. sedap lagunya Rhoma... "joget boleh saja asal jangan selalu kerana joget tidak penting...". penuh kata-kata nasihat. Sebenarnya, saya mengharapkan Eyath yang akan berduet dengan Abang Hj Rhoma..sebab sama2 penyanyi dangdut. hihihiii... Tahniah buat JOJO!!!!... Saya juga selalu menonton program DMD Show KDI.. lucu melihat gelagat pengacaranya, tetamu jemputan dan pemirsa yang very sporting.. pelawak Narji dan guru vokal Kriwil Tata.. tapi sayangnya program ni bersiaran langsung lewat malam jadinya saya seringkali missed. kotutok bei kenegi.. Perkataan "ni kali lah" ..saya terfikir dari mana masyarakt Sabah dapat perkataan tu.. tapi bila saya menonton program ni pelawak popular indonesia Narji selalu menggunakan perkataan "ni kali lah".. jadi ????.. masyarakat Sabah juga ramai yang menggunakan perkataan "amma.." (bukan panggilan utk ibu or mama yer).. saya difahamkan org timor memang menggunakan perkataan itu. Dahsyat kan?.. setakat ni saya belum terpengaruh menggunakan perkataan "ammaa.." tapi pernah menggunakan perkataan "ni kali lah". Terkejut juga saya bila tengok iklan indonesia ada penggunaan 'gerigitan'.. Tapi mungkin maksudnya berbeza. ntah lah. Banyak persamaan perkataan dalam bahasa cuma maksud dan penggunaannya berbeza. Tahniah buat JoJo..kaya lu menang hadiah seratus ribu rupiah, satu million rupiah, tablet dan kontrak rakaman. Kalau convert ringgit Malaysia berapa laitu?.. huhuhuuu... ok la mo modop dulu..kotutok no.. oruhai no pukul 12 kaa.. Bisuk hari jadi MAMA..mo buat apa yaa???...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou