Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Ahad, 7 Jun 2015

OH GUNUNG KINABALU KU

Assalamualaikum. selamat pagi semua. Negeriku tercinta Sabah di bawah bayu telah digemparkan dengan satu gegaran yang kuat pada jumaat lalu 5/6 jam 7.15 pagi. Gegaran yang disebut gempa bumi itu berpusat di Ranau dan Gunung Kinabalu. Ouhh..gegaran tu memang kuatlah sebab gegarannya sampai sini daerah sy Keningau. Cuma sayangnya saya tidak dapat merasa dan menikmati gegaran tu sebab masa kejadian sy ada dalam bas - perjalanan pergi ke tempat kerja. sy tanya juga bha sama mama dan adik sy d rumah tapi durang pun nda terasa. mangkali sebab terbiasa suda sama gegaran kan..(ini rumah kami selalu begagar bha..kadang2 kana goncang.. sebab tempat laluan 'itu benda'..) jadi kalu setakat gegar biasa2 nda hairan tu.. bikin kesian bha kawan2 di Ranau.. mo birak pun takut sebab tu rumah pandai tiba2  terhentak kunun.. balik2 lagi tu begagar kunun.. sabar saja kamu kio.. ada yg cakap tu penjaga gunung marah kunun sebab ada pendaki warganegara asing pigi menggilabas @ telanjang di sana. silaka betul durang tu.. kanapa bukan durang yg mati...kesian tu guide gunung kinabalu passed away gara2 menolong para pendaki. bantuan yang ditunggu2 lambat gerakan.. macam drama @ movie korea pula. ada bencana minta tolong kerajaan etc - bantuan lambat sampai - orang yg ada rasa tanggungjawab buat dulu - pihak yg diminta bantuan sibuk bergaduh sibuk menganalisis risiko dan keselamatan org2nya. huahuahua.. perkara biasa kan.. Kalau sy fikir pun - mana ada org yg sukarela mo pi sana gunung kinabalu dalam keadaan begitu. harus difikir berulangkali bha.. bukan senang2 mo pi join urang lain mati begitu saja. kalau sy disuruh pi sana sedangkan tu gunung masih ada gegaran sy tidak mau.. sy pun tidak sanggup. Apalagi kalu kita tidak tau selok belok tu Gunung Kinabalu. Jadi wajar saja para guide yang menghulurkan bantuan terlebih dahulu. Dan mereka wajib diberi penghargaan oleh pihak berkaitan. jangan menginsanganu ngaran..sy umpok kamu. hihihii... Sy rasa tu gunung kinabalu mo tenggelam suda. pemanasan global semakin tinggi. Gunung Kinabalu adalah gunung berapi yang sudah tidak aktif. mungkin juga itu tandanya gunung kinabalu akan mati terus ataupun gunung kinabalu akan aktif semula menjadi gunung berapi. kita tunggu dan lihat? Apa2 pun, anggap sajalah semua itu sebagai peringatan daripada Allah SWT. apabila kita tidak menjaga dan menghargai pemberianNya, maka ia akan diambil balik atau dijadikan sumber bencana untuk peringatan dan persediaan umat seluruhnya. Mungkin kita terlalu ghairah dengan keindahan Gunung Kinabalu sehingga kita lalai dengannya. Mungkin kita terlalu Sombong dengan kehebatan Gunung Kinabalu sehingga kita terlupa dengannya. Mungkin kita keterlaluan menyayangi Gunung Kinabalu sehingga kita terlupa menyayangi Allah SWT.

Semoga semuanya dipermudahkan  olehNya.. bagi kita yang tidak mampu membantu kita angkat tangan memohon kepada Nya. Mohon diampunkan dosa-dosa kami seluruhnya. Berilah petunjuk dan hidayahMu kepada kami agar kami tidak terus lalai dengan dunia ini. Kurniakanlah kami kebahagiaan seperti seadanya. Sesungguhnya Engkau maha pengasih lagi maha penyayang. Amiin Ya Rabbal A'lamin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou