Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Ahad, 27 September 2020

PilihanRayaNegeri PRN Sabah 16

PRN Sabah ke-16 : 26/09/2020

Warisan Plus :
warisan - 23
DAP - 6
upko - 1
pkr - 2

Gabungan rakan sabah
umno - 14
pbbm - 11
pbs - 7
star - 6

BEBAS - 3

Kerajaan Baru Kita.

itu pun kalau tiada yang lompat katak. time kempen itu DAP warisan plus siap panggang katak sebagai simbolik menentang lompat katak. so, harap2 yang teringin mau jadi katak tu dibatalkan niat.. kecuali lah pihak warisan plus kasih hidup balik tu katak yang sudah dipanggang.. mana tau dorang tengah mencari katak lompat. banyak kemungkinan yang boleh berlaku. paling tinggi kemungkinan mau lompat katak tu pbs tu.. bukan mau cakap lah.. sejarah tu parti banyak kali tikam belakang. bikin malu urang sabah saja.. paling win star lah. ni parti tanding guna logo PN. itu yang dia menang banyak tu.. sebab pengerusi PN abah kita bah.. walaupun saya tidak gemar pemimpin star dr jeffry tapi saya akui kecerdikan dia.. saya harap kali ni dia guna kecerdikan dia untuk capai semua tu manifesto.. gabungan BN tu bah...mca, pbrs dan sapp.. kosong owh.. kesian.. Tapi yang paling bikin kesian Parti Cinta Sabah PCS... kalah semua owh..termasuk presidennya. macam hilang semua wang deposit. sayang tu duit.. apa2 pun percubaan pertama. usaha lagi.

Saya paling gembira dan syukur N41 Liawan. menang PN. makbul doa saya. kalau kau rendahkan diri hulurkan perdamaian tempoh hari kau tetap dalam doaku seperti PRN sebelum ini. tapi kau ego sombong. 

Semoga semuanya selesai hari ni.. jangan lagi ada parti yang bertelagah. kerajaan baru mesti cepat. covid19 tengah mengganas ni.. cepat settle kan ni virus.. kasih lockdown zon merah. gara2 pti pelipin ramai jadi mangsa. tapi susah juga mau marah sebab dorang datang menyusup untuk cari makan... kawalan keselamatan kita juga yang banyak kelemahan. (org ckp begitu..tp dorng sj yg tau tu.. ). janganlah kasih lockdown sini keningau.. dari bulan 3 sampai hari ni belum sy dapat melawat tu pasar malam. hihihihiii... 


Selasa, 22 September 2020

champiang kelapa gula merah


pertama kali saya buat kuih champiang.. champiang kelapa gula merah. memang puas hati.. sangat lembut. 
saya paling tidak minat buat kuih muih...tetapi sebab anak suka.. perlahan2 mencuba dan belajar buat.. ada darling juga sebagai penasihat...hihihihiii...

bahan2 ;-

tepung gandum 3 gelas
marjerin 2 sudu
air setengah gelas
gula 2 sudu
susu manis 2 sudu
yis 1 sudu

kelapa parut goreng
gula melaka

cara2 ;-

air, gula, susu manis dan yis dicampur sekali. tunggu kembang 15 minit atau lebih..

tepung dan marjerin diramas2 sehingga sebati.

bila tu yis suda kembang, tuang di tepung...gaul guna tangan sehingga sebati.. lepas tu tunggu tu tepung naik.. sejam paling ngam.. kembang cantik dan lembut.

lepas tu kasi bulat2 taruh kelapa di dalam.. dan goreng... kriuk2.. 

paling ngam makan panas2 dengan teh hijau panas...





Ahad, 20 September 2020

MAKSIAT DAN BALA ALLAH

MAKSIAT DAN BALA ALLAH.

maksiat dan bala Allah itu sepasang.

Maksiat yang dikekalkan oleh diri peribadi dan tidak diistigfarkan, maka pasti bala Allah akan menimpa pada tubuh badannya.

Maksiat yang dikekalkan oleh sebuah keluarga dan keluarga itu tidak  mengistigfarkan maksiat itu maka pasti bala Allah akan menimpa pada kelurga itu.

Maksiat yang dikekalkan oleh sebuah kampung dan mereka tidak mengistigfarkan maksiat itu maka pasti bala Allah akan menimpa kampung itu.

Maksiat yang dikekalkan oleh sebuah negeri atau negara dan tidak diistigfarkan maka bala dari Allah pasti menimpa negeri dan negara itu.

Begitu juga maksiat yang dikekalkan oleh dunia dan tidak di taubatkan pasti Allah akan timpakan bala kepada dunia ini.

Tidak ada sebesar besar maksiat di sisi Allah swt melainkan mengekalkan DOSA BESAR MENSYIRIKAN ALLAH.

Renungan bersama..

cp from FB#Mohmad Bin Abdullah

ANTARA MATLAMAT PERINTAH MENDIRIKAN SOLAT FARDU 5 WAKTU

ANTARA MATLAMAT PERINTAH MENDIRIKAN SOLAT FARDU 5 WAKTU.

Solat itu fardu hukumnya, tetapi janganlah solat hanya sebab hukumnya fardu. Sebagai orang islam yg telah solat, kita kena tingkatkan kefahaman kita tentang solat. Sekurang kurangnya kita kena tahu dan faham maqosid syriaahnya solat itu. Setiap perkara yg difardukan Allah itu pasti ada maqosid syariahnya. 

Maqosid syariah solat itu ertinya tujuan solat itu di fardukan oleh Allah. Jadi untuk menjadi orang yg benar solatnya tidak boleh berhenti kefahamnya pada solat itu fardu sahaja. 

Allah fardukan solat itu pasti ada tujuannya untuk kebaikan umat Islam apakah dalam kontek  peribadi ataupun dalam kontek ummah. Inilah yang dimaksudkan fakehufidinn( faham akan agama). 

Antara tujuan solat itu di fardukan 5 waktu sehari semalam dalam kontek peribadi, ialah sebagai satu proses untuk menjadi peribadi yang pergantungan hatinya bulat hanya pada Allah swt. Solat juga adalah tempat untuk setiap peribadi memohon kepada Allah mengkabulkan hajatnya di waktu ia punya hajat, memohon perlindungan dan keselamatan kepada Allah diketika ada perkara yg mengancam keselamatan diri. Solat juga tempat untuk bertaubat memohon keampunan kepada Allah atas dosa dan kesalahan yang dilakukan. Solat juga tempat mengikhlaskan segala amal ibadat kepada Allah agar Allah berkenan menerima segala amal ibadat. 

Solat juga tempat memohon kekuatan sabar dan redoh dari Allah diketika mendapat musibah dari Allah. Solat juga tempat untuk meluahkan rasa syukur kepada Allah diwaktu di anugerah nikmat oleh Allah. Jadi kesimpulannya solat 5 waktu itu ialah tujuan utamanya untuk menjadikan seseorang itu yang kuat dan mantap tauhid dan imannya kepada Allah. Menjadikan dia peribadi yg menyandarkan segala hal hanya kepada Allah, dengan kata lain menjadikan diri peribadi yang benar² berTuhan kepada Allah swt.

Solat harus menghasilkan diri peribadi yg benar benar berTuhan kepadavAllah swt, bukan hanya berTuhan kepada Allah sewaktu solat sahsja tetapi diluar solat sudah tidak berTuhan kpd Allah. Kefarduan solat ialah untuk membentuk peribadi yang punya sifat berTuhan yang tinggi kepada Allah swt. Jika semakin solat semakin kuat hati dan fikiran bergantung kepada Allah itu tanda solat itu mencapai matlamatnya tetapi jika tidak, maka inilah solat yg dimaksudkan nabi, mereka tidak dapat apa apa dari solatnya melainkan letih dan penat sahaja.
Kuat solat tapi tidak sabar dengan musibah, kuat solat tapi masih rasa lazat dengan dosa, kuat solat tapi sombong dan kufur dengan nikmat anugerah Allah, kuat solat tapi riak dan ujub dgn amal ibadahnya. Kuat solat tapi masih tidak dapat keluar dari mensyirikan Allah dengan diri sendiri. Kuat solat tapi selesa dengan dirinya jahil dengan ilmu ilmu yang difardukn. 

Solat yang benar iaitu yg sampai matlamatnya solat, maka inilah yg maksud  ayat "sesungguhnya solat itu mencegah perkara yg fasik dan mungkar".

cp from FB #Mohmad Bin Abdullah