Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Ahad, 20 September 2020

ANTARA MATLAMAT PERINTAH MENDIRIKAN SOLAT FARDU 5 WAKTU

ANTARA MATLAMAT PERINTAH MENDIRIKAN SOLAT FARDU 5 WAKTU.

Solat itu fardu hukumnya, tetapi janganlah solat hanya sebab hukumnya fardu. Sebagai orang islam yg telah solat, kita kena tingkatkan kefahaman kita tentang solat. Sekurang kurangnya kita kena tahu dan faham maqosid syriaahnya solat itu. Setiap perkara yg difardukan Allah itu pasti ada maqosid syariahnya. 

Maqosid syariah solat itu ertinya tujuan solat itu di fardukan oleh Allah. Jadi untuk menjadi orang yg benar solatnya tidak boleh berhenti kefahamnya pada solat itu fardu sahaja. 

Allah fardukan solat itu pasti ada tujuannya untuk kebaikan umat Islam apakah dalam kontek  peribadi ataupun dalam kontek ummah. Inilah yang dimaksudkan fakehufidinn( faham akan agama). 

Antara tujuan solat itu di fardukan 5 waktu sehari semalam dalam kontek peribadi, ialah sebagai satu proses untuk menjadi peribadi yang pergantungan hatinya bulat hanya pada Allah swt. Solat juga adalah tempat untuk setiap peribadi memohon kepada Allah mengkabulkan hajatnya di waktu ia punya hajat, memohon perlindungan dan keselamatan kepada Allah diketika ada perkara yg mengancam keselamatan diri. Solat juga tempat untuk bertaubat memohon keampunan kepada Allah atas dosa dan kesalahan yang dilakukan. Solat juga tempat mengikhlaskan segala amal ibadat kepada Allah agar Allah berkenan menerima segala amal ibadat. 

Solat juga tempat memohon kekuatan sabar dan redoh dari Allah diketika mendapat musibah dari Allah. Solat juga tempat untuk meluahkan rasa syukur kepada Allah diwaktu di anugerah nikmat oleh Allah. Jadi kesimpulannya solat 5 waktu itu ialah tujuan utamanya untuk menjadikan seseorang itu yang kuat dan mantap tauhid dan imannya kepada Allah. Menjadikan dia peribadi yg menyandarkan segala hal hanya kepada Allah, dengan kata lain menjadikan diri peribadi yang benar² berTuhan kepada Allah swt.

Solat harus menghasilkan diri peribadi yg benar benar berTuhan kepadavAllah swt, bukan hanya berTuhan kepada Allah sewaktu solat sahsja tetapi diluar solat sudah tidak berTuhan kpd Allah. Kefarduan solat ialah untuk membentuk peribadi yang punya sifat berTuhan yang tinggi kepada Allah swt. Jika semakin solat semakin kuat hati dan fikiran bergantung kepada Allah itu tanda solat itu mencapai matlamatnya tetapi jika tidak, maka inilah solat yg dimaksudkan nabi, mereka tidak dapat apa apa dari solatnya melainkan letih dan penat sahaja.
Kuat solat tapi tidak sabar dengan musibah, kuat solat tapi masih rasa lazat dengan dosa, kuat solat tapi sombong dan kufur dengan nikmat anugerah Allah, kuat solat tapi riak dan ujub dgn amal ibadahnya. Kuat solat tapi masih tidak dapat keluar dari mensyirikan Allah dengan diri sendiri. Kuat solat tapi selesa dengan dirinya jahil dengan ilmu ilmu yang difardukn. 

Solat yang benar iaitu yg sampai matlamatnya solat, maka inilah yg maksud  ayat "sesungguhnya solat itu mencegah perkara yg fasik dan mungkar".

cp from FB #Mohmad Bin Abdullah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou