Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Rabu, 31 Mac 2021

Tak kenal Maka Tidak Cinta

Mengenal Allah itu bahasa melayu tapi bahasa arab makrifatullah.
Untuk mengenal, ada caranya dan sesiapa sahaja yang mengikut menempuh cara itu pasti akan mengenal Allah dan siapa yg tidak menempuh cara itu tidak akan kenal Allah seperti yg Allah kehendaki, Dia di kenali atau seperti mana yg Dia wajibkan manusia mengenalinya.
Nabi pernah ditanya dlm soal ini, iaitu yg bertanya itu bertanya kpd nabi, bagaimana engkau mengenal rob mu, nabi bersabda Aku mengenal Rob ku melalui Rob ku.
Melalui disini ulama tauhid berpendapat ialah melalui ayat-ayat Alquran. Melalui ayat-ayat Alquran rasulullah menggali ilmu mengenal Allah, iaitu khusus kepada ayat-ayat yg Allah memperkenal hakikat Zatnya, SifatNya dan AfalNya.
Selain daripada alquran, sumber yg lain tidak ada jaminan dari rasulullah akan kebenarannya. Aku tinggalkan kpd kamu dua perkara, brg siapa yg berpegang kepadanya tidak akan sesat sampai bila-bila iaitu kitabullah(al quran) dan sunaturasul( sunah para rasul yg di abadikan dlm alquran).
Jadi cara untuk mengenal Allah ialah dgn cara menuntut ilmu mengenal itu sendiri, dan kayu ukurnya mesti ilmu itu benar-benar bersumber dari Alquran, atau bahasa mudahnya meteri ilmu itu mesti ayat alquran.
Kemudian ilmu makrifatullah ini mesti dituntut secara tertib, iaitu bermula Marifatul zatullah, marifatul Sifatullah dan marifatul Afalallah. semua itu telah dimudahkan ulama dgn menulis kitab tauhid iaitu pelajaran Sifat 20. Tetapi dlm kitab sifat 20 huraian tentang makrifatZatullah itu tidak di bahas secara terang benderang, tetapi pembahasanya ada pada sifat nafsia dan salbia. Iaitu pembahasan sifat Wujud, qidom, baqo, mukalafatulilhawadist, qimuhubinafsihi dan wahdaniat. 6 sifat ini adalah sifat yg membahas khusus kpd zatAllah terutama pembahasa sifat wujud. Sifat Wujud itu adalah satu-satu sifat yg melekat kpd zatAllah. Untuk memahami ini perlu merujuk ayat-ayat makrifat zat baru dapat difahami bagaimana Wujudnya Zat Allah itu, jika tidak akan berlaku pengkhayalan Zat Allah yg hukumnya syirik. Dalam disiplin ilmu apa pun ia tidak boleh di akui sebagai ilmu jika tidak jelas atau samar. Ilmu itu fakta. Ertinya bila sebut ilmu mengenal Allah mesti ilmu itu membawa kpd orng yg menuntutnya benar-benar kenal Allah secara fakta. Jika hanya kenal secara umpama, ibarat atau khayalan maka itu bukanlah ilmu. Begitu juga ilmu makrifatZatullah, ilmu itu mesti secara fakta dapat memperkenalkan orng yg mempelajarinya akan hakikat zat Allah itu. Jika ilmu itu tidak menyampaikn seseorang itu kenal akan Zat Allah secara fakta maka ilmu itu bukanlah ilmu makriftZatAllah.
Khusus bab marifatZatAllah ini saya alhmdulillah dgn izin Allah telah temui ayat-ayat yg khusus Allah swt memperkenalkan zatNya. Ia merupakan potongan-potongan ayat yg saling bersambung pengertinya iaitu menjurus kpd pembukaan marifat kpd ZatAllah. 
Ayat itu ialah.
1, Dialah(zatAllah itu) yg Awal dan Akhir, yg Zahir dan Batin dan Dia maha mengetahui tiap sesuatu.
2. Dia(zatAllah) meliputi segala sesuatu..
3. Dia(zat Allah) lebih dekat dgn orang yg bertanya itu daripada orng itu dgn urat nyawanya..
4. ..Dia lah(zat) yg menghidupkn dan mematikan...
5. Merekalah yg benar-benar beriman kpd Allah walaupun mereka tidak mampu melihatNya(zatAllah).
Lima ayat ini tersimpannya ilmu marifatulZatAllah iaitu pembahasan kpd sifat Wujudnya Allah.

#MohmadBinAbdullah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou