BERAGAMA DI AKHIR ZAMAN.
Orang islam sekarang agama mereka hanya bersyariaat sahaja.
Seolah-olah islam itu hanya syariaat sahaja.
Soal hakikat iaitu hal keimanan sudah tidak dianggap penting malah iman dengan syariaat itu dianggap dua hal yang berbeza dan tidak ada kaitannya.
Islam itu ialah solat lima waktu, puasa ramadan, keluar zakat, tutup aurat, makanan halal itu sahaja. kalau bercakap tentang iman dan keimanan ia dianggap ketinggalan..
Jika islam itu hanya syariaat sahaja, apa lah bezanya islam itu dengan aturan dan peraturan yang di cipta manusia.
Aturan dan peraturan yang manusia cipta itu adalah aturan yang dibuat berdasarkan pendapat fikiran manusia. ia tiada dasar hakikatnya.
Islam bukan aturan dan peraturan yang dicipta oleh akal fikiran manusia, islam itu aturan dan peraturan yang datang dari Allah.
Aturan dan peraturan yang datang dari Allah ini hanya bermanfaat kepada mereka yang beriman kepada Allah dan rukun iman yang lain.
Bersyariaat yang tidak berdasar iman kepada pemilik syariaat, itu kosong tiada erti dan tiada makna, terbatal dan tertolak, sebab itu nabi di peringkat awal hanya diperintah membangunkan keimanan umat.
13 tahun nabi mendidik iman para sahabatnya sehingga lahir 313 para sahabat yg beriman.
Setelah ada umat nabi yg beriman barulah syariaat diturunkan sebagai aturan dan peraturan hidup untuk orang beriman.
Jadi syariaat itu adalah untuk orang yang telah beriman, bukan untuk orang yang belum beriman walaupun ia sudah islam seumur hidupnya.
Berjuanglah untuk menjadi orang beriman dahulu, jika sudah beriman, kekuatan iman itulah yg akan menggerakkan diri untuk bersyariaat sehingga bersyariat itu bukan lagi sesuatu yang membebankan malah bersyariat itu terasa nikmat dan membahagiakan.
apabila sudah ada iman di dada tidak payah disuruh bersyariaat, sebab iman yang ada di dada itulah yg berkobar-kobar mahu bersyariaat.
Waktu itu jangankan disuruh bersyariat, andai dihalang sekalipun dia sanggup mati untuk bersyariaat. beginilah islam nabi dan para sahabat baginda, sebab itu islam gemilang di zaman mereka.
Mohd&Jienah
11.00 am ahad
25.10.2020
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou