KESEMPURNAAN URUSAN AGAMA
PARA SAHABAT NABI SAHAJA MEREKA MENGUSAHAKAN KESEMPURNAAN IMAN MENGAMBIL MASA 13 TAHUN DENGAN ISTIQOMAH MENZIKIRKAN KALIMAH LAAILAAHAILLALLAH SETIAP MALAM DENGAN BIMBINGAN NABI SAW, ITU PUN YANG BERJAYA MENCAPAI SEMPURNA IMAN DI FASA PERTAMA HANYA SEKITAR 313 ORANG SAHAJA.
KEMUDIAN MEREKA INILAH YANG BERTINDAK MENJADI PEMBIMBING KEPADA GENERASI SETERUSNYA DALAM URUSAN KESEMPURNAAN IMAN MEREKA. KEMUDIAN MEREKA YANG TELAH SEMPURNA IMAN INI RASULULLAH BIMBING PULA MEREKA HIDUP BERSYARIAAT, BERMULA FARDHU AIN ATAS TUNTUTAN WAHYU. KEMUDIAN MEREKA YANG TELAH SEMPURNA FARDHU AINNYA RASULULLAH BIMBING PULA MEREKA MELAKSANAKAN SYARIAAT YANG FARDU KIFAYAH.
SETELAH TERTEGAK SYARIAAT FARDHU KIFAYAH BARULAH RASULULLAH BIMBING MEREKA INI CARA MEMBUANG SIFAT MAZMUMAH DI DALAM HATI DAN MENUMBUHKAN SIFAT MAHMUDAH YANG DIMAKSUDKAN SIFAT SIFAT TAQWA JUGA ATAS TUNTUTAN WAHYU SEHINGGA SEMPURNA IAITU LAHIRNYA PARA SAHABAT YANG MEMILIKI SIFAT SIFAT MAHMUDA IAITU MAQOM MUTTAQIN.
SEMPURNA SAHAJA URUSAN PENYEMPURNAAN AKHLAK YANG MULIA INI MAKA SELESAILAH MISI DAN VISI UTAMA RASULULLAH DI UTUS SEBAGAI RASULULLAH IAITU UNTUK MENYEMPURNAKAN AKHLAK YANG MULIA.
TERNYATA URUSAN MENYEMPURNAKAN AKHLAK YANG MULIA ITU PUNYA PROSESNYA, DAN DALAM PROSES ITU PUNYA TERTIBNYA DAN FAHAMLAH KITA BAHAWA TUJUAN AGAMA ISLAM ITU DI TURUNKAN ADALAH UNTUK MELAHIRKAN MANUSIA YANG BERAKHLAK MULIA. AKHLAK MULIA ITU IALAH HATI YANG TUMBUH SUBUR SIFAT SIFAT MAHMUDAH DAN BERSIH DARI SIFAT SIFAT MAZMUMAH.
INILAH YANG DIMAKSUDKAN KESEMPURNAAN AGAMA SECARA PERIBADI DAN UNTUK MENCAPAI URUSAN INI WAJIB BERMULA DENGAN MENYEMPURNAKAN URUSAN IMAN, KEMUDIAN MENYEMPURNAKAN URUSAN ISLAM DAN YANG TERAKHIR MENYEMPURNAKAN URUSAN IHSAN.
SELURUH URUSAN INILAH DISEBUT SEBAGAI URUSAN AGAMA DAN NANTI DI DALAM KUBUR URUSAN INILAH YANG DI PERSOALKAN OLEH DUA MALAIKAT DAN KESEMPURNAAN URUSAN INILAH YANG AKAN MENJADI PENENTU KEPADA KEADAAN SEORANG ITU DI ALAM KUBUR, APAKAH DALAM AZAB ATAU DALAM NIKMAT.
KEMUDIAN DI HARI KEBANGKITAN NANTI URUSAN INI JUGA YANG AKAN DIHISAB DAN DITIMBANG YANG DIKIRA SEBAGAI AMAL. KESEMPURNAAN KEPADA URUSAN INILAH YANG MENENTUKAN KESELAMATAN SESEORANG ITU DIHARI PEMBALASAN, DAN PERBEZAAN PENCAPAIAN SETIAP SEORANG DALAM URUSAN INILAH YANG MEMBEZAKAN DARJAT MEREKA DI SYURGA.
#MOHMAD BIN ABDULLAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou