Bismillah : Cabaran Besar Dalam Bernegara.
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Buat Rakyat Malaysia.
Sebagaimana yang harus kita semua akui, pasca PRU 15, politik gagal membentuk kerajaan.
Kerajaan Perpaduan telah dibentuk berdasarkan kepada Titah dan Perkenan Majlis Raja-raja Melayu.
Ia adalah merupakan solusi terbaik kepada segala permasalahan yang wujud akibat dari konflik politik yang berpanjangan.
Namun cabaran yang sedang menanti sebenarnya adalah terlalu besar.
Bukan mudah untuk mengembalikan setiap institusi dan instrumen kenegaraan untuk kembali menjunjung dan mempertahankan Kedaulatan Negara yang berpaksi kepada Islam, Melayu dan Raja-raja Melayu.
Ini kerana selama ini kesetiaan mereka adalah kepada *political master @ tuan-tuan politik* mereka. Bukan kepada *Raja dan Negara.*
Doktrin kesetiaan kepada para pemimpin politik dan parti-parti politik cukup menebal dikalangan rakyat Malaysia.
Sebab itu rasuah dan salah guna kuasa berlaku secara berleluasa dan sangat menjolok mata.
Sebab itu berlaku sabotaj mensabotaj di kalangan para eksekutif.
Kalau kesetiaan para eksekutif adalah kepada Raja dan Negara, *sudah pasti Jho Low telah berjaya dibawa ke mahkamah.*
Kalau kesetiaan para eksekutif adalah kepada Raja dan Negara, sudah pasti tidak akan berlaku *Program Eksperimental Vaksinasi Negara.*
Kalau kesetiaan para legislatif adalah kepada Raja dan Negara, sudah pasti Kerajaan Perpaduan mendapat sokongan 100% ahli-ahli Dewan Rakyat.
Kalau kesetiaan para Judakatif adalah kepada Raja dan Negara, sudah pasti masyarakat dunia tidak akan hilang keyakinan kepada Sistem Kehakiman Negara.
Solusinya adalah kembali bernegara berdasarkan kepada prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan.
Cukup besar cabaran yang dihadapi oleh YAB PM dan ahli-ahli Jemaah Menterinya.
Bukan mudah untuk melupuskan doktrin kesetiaan kepada para pemimpin politik dan parti-parti politik.
Namun sekiranya kita mahu menjadi sebuah Negara Bangsa yang unggul dan terbilang, proses *back to basic* ini perlu dilakukan dengan kadar segera.
Bernegara dengan berpegang kepada prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan, itu harga mati yang tidak boleh ditawar lagi.
Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara harus disemai dan dipupuk kembali dengan kadar yang segera.
Dan ia harus dimulakan oleh YAB PM dan juga ahli-ahli Jemaah Menterinya.
Kepada YAB PM dan ahli-ahli Jemaah Menterinya, ketepikan segala kepentingan politik. Politik sudah gagal untuk membentuk kerajaan.
Politik sudah berada pada tahap yang paling menjijikkan. Politik wang sudah jadi budaya dikalangan rakyat Malaysia.
Mulakan langkah untuk memimpin dan mentadbir Negara ini sebagai seorang Negarawan. Bukan sebagai seorang ahli politik.
Semangat cintakan Raja dan Negara perlu segera disemai dan dipupuk.
Doktrin mengidolakan para pemimpin politik dan parti-parti politik perlu dicantas dan dibenteras dari sekarang.
Ahli politik dan parti politik tidak wujud dalam Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan.
Al Fakir Ilallah
- Dato' Dr Ramalan Yunus
Penganalisis Politik Dan Ekonomi Bebas
9 Disember 2022
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou