Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Selasa, 13 Disember 2022

PM 10 Nak Derhaka juga ke?

JANGAN DURHAKA KEPADA RAJA YANG BERDAULAT. YDPA ADALAH RAJA YANG BERDAULAT DAN ULILAMRINYA RAKYAT NEGARA INI.

YDPA tidak ada pun keluar titah supaya  diadakan undi percaya di parlimen untuk menguji keabsahan PM 10, kerana PM yang dilantik oleh YDPA bukan atas kapasiti dia sebagai ketua parti yang mendapat majoriti 112 kerusi dalam PRU15.

Kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan yang dibentuk oleh YDP dan majlis raja raja, yang berkonsepkan kerajaan PERPADUAN dan melantik DS Anwar Ibrahim sebagai PM nya, kerana YDPA masih menghormati semangat demokrasi, walau pun demokrasi yang sebenarnya sudah gagal di PRU15.

Jadi tidak ada keperluan untuk adakan usul undi percaya di dewan parlimen, jika dia adakan juga, bererti dewan parlimen lah yang pertama mendurhaka kepada keputusan YDPA dan Majlis Raja², yang telah menitahkan kepada ketua² parti, supaya bersatu membentuk kerajaan PERPADUAN, tetapi sangat dikesali, titah perintah itu telah di durhakai oleh PN, melalui pengerusinya dan majlis tertingginya, dan yang lebih disesali lagi ialah, para negarawan tidak dapat melihat isu besar ini dengan jelas.

Sepatutnya para negarawan yang ikhlas, kena bangkit dan tumpaskan penderhaka ini, yang telah secara perlembagaan mendurhaka kepada Raja dan majlisnya, dan secara hukum Allah telah mendurhaka kepada ulilamri, yang Allah wajibkan orang beriman mentaati titah perintahnya.

Tetapi sayang para negarawan sudah tidak ada yang berwatak Hang Tuah, maka kekallah Raja dan majlis Raja Raja dihina dengan sedemikian rupa.

Secara semboliknya, atas pendurhakaan PN dan majlis tertingginya, kepada titah YDPA dan majlis Raja Raja supaya bersama sama membentuk kerajaan PERPADUAN, adalah isyarat bahawa YDPA dan Majlis Raja² sudah tidak berdaulat lagi di negara yang mereka menjadi Tuannya.

Para negarawan wajib melihat implikasi yang sangat buruk kepada institusi Raja dan majlisnya, apabila tidak ada tindakan secara perundangan atas pendurhakaan ini.

Pendurhakaan ini, akan menghantar isyarat kepada generasi muda bahawa mendurhaka kepada YDPA dan majlis Raja Raja, di bolehkan dan institusi ini sudah tidak relevan untuk dipertahankan, kerana para negarawan sendiri pun kecut perut untuk tampil membela institusi ini.

PM 10, wajib dinasihatkan, bahawa beliau dilantik YDPA dan majlis Raja Raja bukan atas kapasiti beliau sebagai wakil rakyat yg mendapat majoriti dlm PRU15, kerana semua tahu tidak ada pemimpin parti yang partinya mendapat majoriti.

Timdakan mengusulkan undi percaya ke atas PM yang dilantik oleh YDPA, untuk memimpin Kerajaan PERPADUAN yang dititahkan oleh YDPA DAN MAJLIS RAJA², adalah satu bentuk kedegilan, kesombongan dan pendurhakaan secara halus.

Sepatutnya, kepatuhan PH, BN, GPS, GRS  kepada titah perintah YDPA, untuk bergabung membentuk kerajaan PERPADUAN Baginda, sudah cukup. Apa lagi yang di mahukan oleh PM 10, kalau bukan satu kedegilan, kesombongan dan pendurhakaan secara halus kepada YDPA dan Majlis Raja Raja.

DAULAT TUANKU 7X!!!!!!!

from fb Mohmad Bin Abdullah.

* adakah ini tanda awal kepada berlakunya huru-hara?. jika huru-hara tersebut dapat menghapuskan sistem demokrasi, yaa.. saya setuju. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou