Doa bonda mengiringimu selalu wahai anakandaku. Semoga kita terus tabah semangat dan sabar menempuh jalan iman kita. Walaupun terlalu banyak dan berat halangan ... InshaAllah kita berjaya menghadapi dan sampai ke titik akhir.
Secantik Bunga Semanis Madu, Jauh Melangkah Ingat Pesan Ibu, Sekeras Kerikil Semangat Harus JITU... MAWAR KASTURI BIDADARI SYURGA terus melangkah selagi mengerti arah sendiri....
About Me
Halaman
"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"
Selasa, 11 Julai 2023
BIRTHDAY C JANNAH
Hari ni genap 5 tahun c Jannah. Semoga tumbuh dengan sihat, cerdas dan cergas. Semoga dilindungi, dirahmati dan diberkati olehNya. Dan yang paling penting menjadi insan pilihanNya insan beriman. InshaAllah. Aamiin.
Sabtu, 6 Mei 2023
Ubat Sejuta Penyakit
SATU UBAT UNTUK SEJUTA PENYAKIT, SATU JALAN UNTUK SEJUTA HAJAT.Nak keluar dari 3 tingkatan kegelapan Syirik, ialah dengan لا اِلَهَ اِلا اللَّه.
Nak suci hati dari kotoran nifaq, ialah dengan لا اِلَهَ اِلا اللَّه.
Nak sempurna Tauhid, ialah dengan لا اِلَهَ اِلا اللَّه.
Nak sempurna Iman, ialah dengan لا اِلَهَ اِلا اللَّه.
Nak sempurna Taqwah, ialah dengan لا اِلَهَ اِلا اللَّه.
Nak jadi mukmin yang Muqorobin, ialah dengan لا اِلَهَ اِلا اللَّه.
Nak masuk syurga Allah, kuncinya ialah LAA ILAHAILLALLAH
Sabtu, 7 Januari 2023
Tiga Tingkatan Tauhid
TIGA TINGKATAN TAUHID.
Tauhid itu ialah keyakinan yang putus tentang Wahdanianya Allah, dan di sana ada tiga tingkatannya, mencapai tingkatan yang ketiga itulah yang di maksudkan kesempurnaan Tauhid kepada Allah SWT. Selagi tidak mencapai tauhid tingkatan ke tiga belumlah boleh dikatakan telah sempurna Tauhidnya seseorang itu kepada Allah SWT.
TAUHID FI DZATULLAH
Tauhid fi Dzatullah adalah Tauhid tingkatan yang paling asas dalam tingkatan Tauhid kepada Allah SWT. Walau pun tauhid tingkatan ini adalah yang paling asas tetapi ia adalah ibarat benih kepada Tauhid itu sendiri. Orang yang tiada tauhid fi dzatullah, sudah pasti tiadalah padanya tauhid tingkatan yang kedua dan tauhid tingkatan yang ketiga iaitu kesempurnaan tauhid kepada Allah SWT.
Tauhid tingkatan ini, ilmunya ada pada sifat pertama dalam susunan sifat 20 dalam ilmu tauhid yang dikenal dengan nama sifat Nafsiah atau sifat Al wujud, dan dihuraikan oleh 5 sifat selepasnya yang dikenal dengan nama sifat salbiah.
Memahami Sifat Al wujud, dan 5 sifat Salbiah ertinya ia telah mengenal Dzat Allah dengan baik..Walau bagaimana pun ilmu makrifatuldzatullah ini perlulah ada guru yang mengesahkan bahawa apa yang difahmi adalah benar.
Sama seperti orang yang belajar ilmu tajwid, perlu ada pengesahan dari guru tajwid akan kefahaman ilmu tajwid seseorang. Ini adalah syarat pengajian dalam agama Allah tanpa pengesahan guru maka kefahaman seseorang itu tergantung gantung. keadaan yang seperti ini akan menyebankan ilmu tersebut diragui.
Demikian juga ilmu MakrifatulDzatullah, yang terlebih perlu disahkan oleh guru akan kefahaman seseorang itu, dalam hal ini lebih ramai guru yang mengesahkan maka lebih baik untuk ilmu Tauhid seseorang itu.
Seseorang yang yakin Allah Wujud tetapi tidak berdasarkan Ilmu Tauhid, maka keyakinannya adalah terbatal, sebab itulah jumrul ulama menghukumkan Fardhu ain, menuntut ilmu Tauhid, malah sebahagian ulama tauhid berpendapat menuntut ilmu Tauhid adalah perkara Fardhu sebelum yang Fardhu.
Tidak menuntut ilmu tauhid bererti tidak faham Tauhid atau salah faham, tidak faham atau salah faham tentang tauhid ertinya tidak bertauhid dan orang yang tidak bertauhid batal Islamnya.
Setelah kenal dan faham hakikat Al wujud Allah, maka barulah boleh sesorang itu mentauhidkan DzatNya yang Al wujud itu, dan jalan mentauhidkan Dzat Allah yang Al wujud itu, tiadalah jalan yang lain melainkan hanyalah dengan Zikrullah berdiri, duduk dan berbaring.
Dan tanda seseorang itu telah bertauhid pada Dzat Allah ialah terbit rasa kasih dihatinya kepada Dzat Al Wujud yang telah dikenalinya. Apabila disebut nama Allah padanya, hatinya gementar kerana kasihkan Allah.
Tauhid di tingkatan ini, keadaanya adalah seperti seorang yang jatuh cinta pada pandangan pertama. Jangan hairan orang yang di tingkatan ini tidak memperdulikan dunia luar, kerana dia berada dalam dunianya yang tersendiri, dunia yang ada hanya dia dengan Allah sahaja, baginya hidup ini hanya untuk memuji dan memuja Allah yang Al wujud.
TAUHID FI SIFATULLAH.
Tauhid fi sifatullah, adalah kedudukan Tauhid di tingkatan yang kedua, dia bukan sahaja telah mengenal dan mengasihi Dzat Allah yang Al Wujud, tetapi dia sudah memahami, melihat dan mengalami hakikat Sifat Allah yang 6, yang dikenali dengan nama sifat ma'ani.
Tauhid ditingkat ini akan menjadikan seseorang itu masuk ke dalam fana fi sifatullah, iaitu satu keadaan dia melihat sifat dirinya benar benar tidak ada, dan yang ada adalah sifat Al Wujud.
Tauhid di tingkat ini juga, seseorang itu benar benar sedar dan yakin, sifat dirinya benar benar tidak pernah ada, melainkan segalanya adalah dari sifat Allah jua.
Sebab itu di tingkatan ini, mereka menganggap dan merasa mengsyirikkan Sifat Allah secara nyata jika mereka merasa mereka mempunyai sifat sendiri, kerana di sana jelas dan nyata akan ada dua yang bersifat, iaitu Allah dan diri mereka.
Kesempurnaan Tauhid di tingkat ini, ialah apabila seseorang itu mencapai satu keadaan, iaitu apabila sifatnya berkekalan fana pada sifat Allah.
Biasanya Allah sekali sekala akan memperlihatkan kepada mereka tanda tanda kebesaranNya melalui sifat mereka yang telah fana di dalam SifatNya.
TAUHID FI A'FALALLAH
Tauhid di tingkatan ini adalah tauhid tingkatan yang tertinggi atau Tauhid yang sempurna. Tauhid tingkatan ini adalah tauhid pada sifat 6 yang terakhir yang di kenal dengan nama sifat maknwiyah, mereka buka sahaja memahami, hakikat sifat maknawiyah ini tetapi mereka mengalaminya, iaitu mereka fana atau tenggelam di dalam A'fal Allah.
Bukan sahaja sifat mereka fana dalam sifat Allah, tetapi Tauhid di tingkatan ini, perbuatan mereka juga telah fana dalam A'fal Allah, sehingga mereka melihat diri mereka benar benar tidak ada perbuatan sendiri, melainkan semua itu adalah benar benar perbuatan Allah semata mata.
Golongan ini biasanya akan menghukum diri mereka telah mensyirikkan Allah, iaitu mensyirikkan A'falNya, jika mereka walau pun sedetik merasa, yang mereka ada perbuatan sendiri.
Yang mereka lihat pada perbuatan mereka, seperti, solat, puasa, zakat, haji, amar makruf nahil mungkar, jihad fisabilillah, berekonomi, bermasyrakat sehingga urusan menjadi Kalifah Allah iaitu berkerajaan, adalah perbuatan Allah semata mata.
Sebab itu mereka sangat takut dengan pujian makhluk dan tidak takut dengan hinaan mereka. Inilah kedudukan yang di maksudkan Allah dalam ayat Nya di surah al kafi, mahfum ayat, dan janganlah mereka melakukan kesyirikkan dalam ibadah mereka pada Rabb mereka.
NOTA : BERUNTUNG MEREKA YANG DAPAT MENGUASAI ILMU INI.
(bersama kita mempelajarinya..)
Ayat Makrifatullah
SUSUNAN AYAT AL-QURAN MENGANDUNG ILMU MAKRIFATULZATULLAH.
Mahfum ayat.
Dia maha awal dan maha akhir dan maha zahir dan maha batin.
Dan sesungguhnya Dia meliputi segala sesuatu..
Dia lebih hampir dari urat nyawa di leher..
Dia menghidup dan mematikan..
Dia tidak dapat di lihat dengan penglihatan mata tetapi Dia meliputi segala penglihatan mata..
Merekalah orang yang benar-benar beriman kepadaNya walaupun mereka tidak dapat melihatNya.
#semoga tahun 2023 ini membawa kita lebih mantap imannya..lebih kukuh imannya.
Ahad, 1 Januari 2023
SELAMAT DATANG 2023
tiada apa yang hendak dikongsi.. sekadar makluman sahaja.. hahahaa..
orang kampung sekarang semua berduit.. berlumba-lumba meletupkan bunga api. saya hanya mendengar bunyi dari dalam rumah. sibuk menyiapkan laporan bajet..
siap siaga semua.. tahun 2023 bukan tahun yang mudah. banyak cabaran yang bakal mendatang..terutama cabaran iman. semoga kita semua berjaya mengharunginya. aamiin.
Selasa, 13 Disember 2022
PM 10 Nak Derhaka juga ke?
JANGAN DURHAKA KEPADA RAJA YANG BERDAULAT. YDPA ADALAH RAJA YANG BERDAULAT DAN ULILAMRINYA RAKYAT NEGARA INI.
YDPA tidak ada pun keluar titah supaya diadakan undi percaya di parlimen untuk menguji keabsahan PM 10, kerana PM yang dilantik oleh YDPA bukan atas kapasiti dia sebagai ketua parti yang mendapat majoriti 112 kerusi dalam PRU15.
Kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan yang dibentuk oleh YDP dan majlis raja raja, yang berkonsepkan kerajaan PERPADUAN dan melantik DS Anwar Ibrahim sebagai PM nya, kerana YDPA masih menghormati semangat demokrasi, walau pun demokrasi yang sebenarnya sudah gagal di PRU15.
Jadi tidak ada keperluan untuk adakan usul undi percaya di dewan parlimen, jika dia adakan juga, bererti dewan parlimen lah yang pertama mendurhaka kepada keputusan YDPA dan Majlis Raja², yang telah menitahkan kepada ketua² parti, supaya bersatu membentuk kerajaan PERPADUAN, tetapi sangat dikesali, titah perintah itu telah di durhakai oleh PN, melalui pengerusinya dan majlis tertingginya, dan yang lebih disesali lagi ialah, para negarawan tidak dapat melihat isu besar ini dengan jelas.
Sepatutnya para negarawan yang ikhlas, kena bangkit dan tumpaskan penderhaka ini, yang telah secara perlembagaan mendurhaka kepada Raja dan majlisnya, dan secara hukum Allah telah mendurhaka kepada ulilamri, yang Allah wajibkan orang beriman mentaati titah perintahnya.
Tetapi sayang para negarawan sudah tidak ada yang berwatak Hang Tuah, maka kekallah Raja dan majlis Raja Raja dihina dengan sedemikian rupa.
Secara semboliknya, atas pendurhakaan PN dan majlis tertingginya, kepada titah YDPA dan majlis Raja Raja supaya bersama sama membentuk kerajaan PERPADUAN, adalah isyarat bahawa YDPA dan Majlis Raja² sudah tidak berdaulat lagi di negara yang mereka menjadi Tuannya.
Para negarawan wajib melihat implikasi yang sangat buruk kepada institusi Raja dan majlisnya, apabila tidak ada tindakan secara perundangan atas pendurhakaan ini.
Pendurhakaan ini, akan menghantar isyarat kepada generasi muda bahawa mendurhaka kepada YDPA dan majlis Raja Raja, di bolehkan dan institusi ini sudah tidak relevan untuk dipertahankan, kerana para negarawan sendiri pun kecut perut untuk tampil membela institusi ini.
PM 10, wajib dinasihatkan, bahawa beliau dilantik YDPA dan majlis Raja Raja bukan atas kapasiti beliau sebagai wakil rakyat yg mendapat majoriti dlm PRU15, kerana semua tahu tidak ada pemimpin parti yang partinya mendapat majoriti.
Timdakan mengusulkan undi percaya ke atas PM yang dilantik oleh YDPA, untuk memimpin Kerajaan PERPADUAN yang dititahkan oleh YDPA DAN MAJLIS RAJA², adalah satu bentuk kedegilan, kesombongan dan pendurhakaan secara halus.
Sepatutnya, kepatuhan PH, BN, GPS, GRS kepada titah perintah YDPA, untuk bergabung membentuk kerajaan PERPADUAN Baginda, sudah cukup. Apa lagi yang di mahukan oleh PM 10, kalau bukan satu kedegilan, kesombongan dan pendurhakaan secara halus kepada YDPA dan Majlis Raja Raja.
DAULAT TUANKU 7X!!!!!!!
from fb Mohmad Bin Abdullah.
* adakah ini tanda awal kepada berlakunya huru-hara?. jika huru-hara tersebut dapat menghapuskan sistem demokrasi, yaa.. saya setuju.
Ahad, 11 Disember 2022
Cabaran Besar Dalam Bernegara
Bismillah : Cabaran Besar Dalam Bernegara.
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Buat Rakyat Malaysia.
Sebagaimana yang harus kita semua akui, pasca PRU 15, politik gagal membentuk kerajaan.
Kerajaan Perpaduan telah dibentuk berdasarkan kepada Titah dan Perkenan Majlis Raja-raja Melayu.
Ia adalah merupakan solusi terbaik kepada segala permasalahan yang wujud akibat dari konflik politik yang berpanjangan.
Namun cabaran yang sedang menanti sebenarnya adalah terlalu besar.
Bukan mudah untuk mengembalikan setiap institusi dan instrumen kenegaraan untuk kembali menjunjung dan mempertahankan Kedaulatan Negara yang berpaksi kepada Islam, Melayu dan Raja-raja Melayu.
Ini kerana selama ini kesetiaan mereka adalah kepada *political master @ tuan-tuan politik* mereka. Bukan kepada *Raja dan Negara.*
Doktrin kesetiaan kepada para pemimpin politik dan parti-parti politik cukup menebal dikalangan rakyat Malaysia.
Sebab itu rasuah dan salah guna kuasa berlaku secara berleluasa dan sangat menjolok mata.
Sebab itu berlaku sabotaj mensabotaj di kalangan para eksekutif.
Kalau kesetiaan para eksekutif adalah kepada Raja dan Negara, *sudah pasti Jho Low telah berjaya dibawa ke mahkamah.*
Kalau kesetiaan para eksekutif adalah kepada Raja dan Negara, sudah pasti tidak akan berlaku *Program Eksperimental Vaksinasi Negara.*
Kalau kesetiaan para legislatif adalah kepada Raja dan Negara, sudah pasti Kerajaan Perpaduan mendapat sokongan 100% ahli-ahli Dewan Rakyat.
Kalau kesetiaan para Judakatif adalah kepada Raja dan Negara, sudah pasti masyarakat dunia tidak akan hilang keyakinan kepada Sistem Kehakiman Negara.
Solusinya adalah kembali bernegara berdasarkan kepada prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan.
Cukup besar cabaran yang dihadapi oleh YAB PM dan ahli-ahli Jemaah Menterinya.
Bukan mudah untuk melupuskan doktrin kesetiaan kepada para pemimpin politik dan parti-parti politik.
Namun sekiranya kita mahu menjadi sebuah Negara Bangsa yang unggul dan terbilang, proses *back to basic* ini perlu dilakukan dengan kadar segera.
Bernegara dengan berpegang kepada prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan, itu harga mati yang tidak boleh ditawar lagi.
Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara harus disemai dan dipupuk kembali dengan kadar yang segera.
Dan ia harus dimulakan oleh YAB PM dan juga ahli-ahli Jemaah Menterinya.
Kepada YAB PM dan ahli-ahli Jemaah Menterinya, ketepikan segala kepentingan politik. Politik sudah gagal untuk membentuk kerajaan.
Politik sudah berada pada tahap yang paling menjijikkan. Politik wang sudah jadi budaya dikalangan rakyat Malaysia.
Mulakan langkah untuk memimpin dan mentadbir Negara ini sebagai seorang Negarawan. Bukan sebagai seorang ahli politik.
Semangat cintakan Raja dan Negara perlu segera disemai dan dipupuk.
Doktrin mengidolakan para pemimpin politik dan parti-parti politik perlu dicantas dan dibenteras dari sekarang.
Ahli politik dan parti politik tidak wujud dalam Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan.
Al Fakir Ilallah
- Dato' Dr Ramalan Yunus
Penganalisis Politik Dan Ekonomi Bebas
9 Disember 2022
Langgan:
Ulasan (Atom)
