(Insan sibuk pasti menitiskan air mata saat memandang kehijauannya...)
Tahun 2009 banyak meninggalkan kenangan suka duka yang separuh daripadanya perlu dipadamkan dalam kotak fikiran dan separuh lagi perlu disimpan rapi dalam ingatan. Mungkin ia diperlukan suatu ketika nanti. Yang pasti dan menggerunkan umur terus meningkat mengetuk kematangan fikiran.
DEATH NOTE
9/1/09 ;
Saya nekad mengambil risiko demi rumah itu. Kering dibuatnya. Namun itulah pilihan saya. Walau betapa sakit pun saya perlu bertahan hingga ke akhirnya. Saya amat yakin setiap risiko ada jalannya, setiap kesusahan terselit kesenangan dan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya....
31/3/09
Kawan lama rakan sekelas form 6 rakan berutus surat rakan bersms dan rakan melepaskan keluhan si cantik manis Melchie Feria Jaafar datang menumpang di rumah sewa sementara menunggu penempatan tetap (sekarang di Kastam Selangor). 9 tahun tidak berjumpa akhirnya Putrajaya menjadi tempat pertemuan semula. Thanks God!

6/5/09 ;
Saya terima surat penerima Anugerah Khidmat Cemerlang 2008. Gembira terharu seolah-olah tidak percaya tetapi terima seadanya. Penghargaan ini perlu dihargai sebaiknya kerana mungkin ia yang pertama dan yang terakhir dalam karier. 15hb majlis penyampaian anugerah tersebut. Kali ke-3 saya berdiri di atas pentas auditorium JPA. Terima kasih bos!.
27/5/09
Kursus Pemantapan ke arah pemikiran positif di Hotel Bayview, Pulau Pinang. Inilah kursus pertama yang paling menyeronokkan dan berjaya mengusik keegoan minda saya yang tujuan asal menyertainya adalah untuk melihat negeri Pulau Pinang semata-mata.
29/5/09 ;
Kawan sekampung kawan melepak jiran sebelah si comel manis Kasmawati M. melangsungkan perkahwinan. Ampun maaf kerana tidak dapat hadir. (Sa nokorutan kopio..)
31/7/09
Menyertai Program sukan JPA di Perlis. Juga pertama kali ke negeri itu. Kecil saja tempatnya sepertimana Pulau Pinang. Selain bersukan ada juga lawatan ke pusat tanaman anggur.
28/11/09
Hari yang menyakitkan. Kata orang terlajak perahu boleh diundur terlajak perbuatan sendiri tanggung.
6/12/09
Datang kenduri kahwin kawan sepejabat Norfazila di Perak. Sempat singgah di taman peranginan Tambun.
12/12/09
Mak cik Haliah (kakak mama) telah kembali ke rahmatullah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
19/12/09
Menghadiri majlis perkahwinan bekas kawan sepejabat Juliana Haris di Jitra Kedah. Huh! Jauh perjalanannya. Tahniah!.
28/12/09
My sister get married. Congratulations. Hope you happy, blissful and satisfied on your choose. You must show me the evidence.
*******************
I'm so scared about H1N1. Everybody now more be careful each other. Rarely need to selfish. But whatever just remember if Allah want to us come died what more can we say... Positive thinking. Be grateful cause till now you still have a chance to inhale air, at least be together and see person who your love. Thanks God!.
SELAMAT DATANG TAHUN 2010 MASIHI DAN SEMOGA TAHUN 2010 BAKAL MEMBERIKAN SINAR KEBAHAGIAAN.
Mkbs ~ the universe has no favourite. Good night....