Al-fatihah
Hari ini mak cik Halia (kakak mama) telah kembali kerahmatullah pada pukul 3 pagi di hospital besar Keningau di hadapan semua ahli keluarganya. Arwah yang ketiga selepas nenek dan atuk dan yang pertama dari 8 adik beradiknya. Kali terakhir saya berjumpa dengannya pada syawal tahun 2008. Ketika itu dia masih sihat walafiat boleh gelak ketawa walaupun katanya kesihatannya sedikit bermasalah.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amiin.
Semoga ahli keluarga terutama anak-anaknya terus bersabar dan redha dengan pemergiannya.
Mama message arwah siap dikebumikan pada 2.50 petang tadi bersebelahan ibubapanya.
So : selepas ini tak akan ada lagi yang memanggil saya dengan nama 'tuyad'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou