Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Isnin, 21 Disember 2009

Jika itu takdirnya....


(Dahlah gambar terdelete yang ini tak terang tutup mata pula...apa-apa pun nantikan post gambar yang lain)

SELAMAT PENGANTIN BARU untuk bekas rakan sepejabat Juliana Haris. Semoga kekal berbahagia hingga hujung nyawa. Insya-Allah.


Saya dengan rakan serumah Tija join rombongan rakan pejabat Jue (Kementerian Sumber Asli) datang ke majlisnya pada 19/12. Seorang pun kami tak kenal. Macam nak cabut lari saja. (Tapi pengantin dah tolong bayar...) Semua orang tengok-tengok saja. Masalahnya kalau orang yang tengok-tengok tu handsome ....??? Hahaha.... Rombongan lebih kurang 20 orang saja. Ramai yang tak dapat pergi kerana ada hal penting. Kami bertolak pukul 12.30 tengah malam. Mereka kata bas berhenti 4 kali tapi saya cuma sedar ketika di hentian rehat Tapah dan Gurun.



Kami sampai di Arau Perlis lebih kurang pukul 7.30 pagi. Kami ke rumah kak pah untuk mandi dan berehat sebelum ke rumah pengantin di Jitra pada pukul 11.30 pagi. Wow! Indahnya...kawasan perumahan dikelilingi sawah padi. Angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup seolah-olah sedang menyambut kedatangan kami. Sekali sekala tiupan angin singgah di pipi seakan-akan sedang menunjuk-nunjuk. Oh nyamannya. Sudah 10 tahun saya tak menikmatinya. Thanks God. Kami dihidangkan sarapan pagi mihun goreng, nasi lemak dan kuih muih. Perut rasa lapar tapi selera tiada. Geram saja tengok mihun tu... Lepas makan kami berehat ada yang baca newspaper ada yang baca novel dan ada yang terus tidur.





Kami bertolak ke rumah pengantin lebih kurang pukul 12.00 tengahari. Yang kelakarnya seorang pun tak bawa kad jemputan. Jenuh saya mencari dalam telefon. Nasib baik belum terdelete. Kami tiba di rumah pengantin pukul 1.16 petang. Pengantin perempuan sudah bersedia menyambut kedatangan kami. Hebat bukan? Biasanya waktu-waktu begini pengantin perempuan masih berada dalam bilik sehingga ketibaan pengantin lelaki. 'Jue kenapa ko berjalan-jalan suda'. 'Aku tak boleh la wei, kawan-kawan datang aku mesti layan'. Huh! I tabik U. Pertama kali saya jumpa pengantin perempuan begini. Terasa dihargai. Kami tengah makan dia sibuk melayan kawannya yang lain. Katanya sementara pengantin lelaki belum tiba. Kami sempat bergambar di bilik dan pelamin pengantin. Jue sempat perkenalkan saya kepada ibu dan mak sunya. 'inilah jienah yang saya selalu cerita tu'. 'oo ni jienah...comel..'. Yang tak tahan tu, bersalam siap berlaga pipi. Uuuh...apalah yang si Jue cerita tu... Apa-apa pun sebab dah cakap saya comel kira dimaafkan. Hehehe.... Makan sudah kenyang bergambar sudah puas jam pun sudah menunjukkan pukul 2.05 petang. Masa untuk balik sudah tiba tapi pengantin lelaki belum tiba juga. Selepas ini kami akan ke Padang Besar kemudian hantar kak pah balik ke rumahnya. Kecewa sungguh. Nak tengok juga pengantin yang kurus tu. Ila kata mungkin tanjaknya buat hal. Sebaik saja kami bertolak kereta pengantin tiba. Pengantin sempat bertegur sapa dengan driver bas di tepi jalan.





Padang Besar...huh! Sesaknya. Mungkin sebab cuti sekolah. Saya tiada perancangan untuk membeli-belah. Just join it. Selepas hantar kak pah driver ajak singgah makan burger oblong. Mereka kata sedap. Tapi memang sedap. Penyediaannya berbeza sekali. Macam ada sos tersendiri. Ini pertama kali saya jatuh cinta dengan burger. Selalunya bila sebut burger belum makan lagi saya rasa badan kering saja.

Kami bertolak balik Putrajaya lebih kurang pukul 8.30 malam. Berhenti makan di hentian rehat Gurun pukul 9.30 malam dan 11.35 malam di hentian rehat Tapah untuk beli buah. Lepas makan buah sambung tidur sehingga tiba di Putrajaya lebih kurang pukul 3.00 pagi. Huh! Perjalanan yang sungguh meletihkan.....


Mkbs : 'satu majlis perkahwinan yang simple tapi mesra'... Terima kasih untuk layanan itu. Doa saya semoga Jue akan jadi isteri solehah yang bahagia hidupnya hingga ke akhir hayat.

Selamat malam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou