Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Isnin, 18 Januari 2010

Lamunan Terhenti....


'Tut...tut...tuuuuttt...' lonceng jam berbunyi. Jam menunjukkan pukul 5 pagi. Hish..masih awal lagi. 'Hi, lama tak jumpa. Sihat ke?'. 'Hi, sihat. Awak...'. Hembusan nafasnya seolah-olah dia punya masalah. Aku diam. Sebenarnya aku teringin nak tahu masalahnya tapi aku takut. Aku takut dia meluahkan perasaanya. Teman rapatku sudah maklumkan perkara tersebut padaku. Aku tak tahu nak jawab. Aku takut akan menyinggung perasaannya. Aku tak nafikan yang dia memang kacak. Kerana aku suka tengok lelaki kacak. Semakin dipandang semakin kacak. Aku tersenyum sendiri. 'kenapa awak senyum...'. Aduh pandangannya menikam kalbu. 'Awak nampak kacak'. Dia senyum. Huh!kenapalah aku jawab begitu... Sebenarnya aku nak cakap benda lain. 'Awak pernah kecewa....'. Bagai nak terkeluar jantungku dengan renungannya. 'Kecewa tentang apa?'. 'Cinta....'. 'Tak...'. 'Bertuah lelaki tu...'. 'Tak sebab tak pernah bercinta lagi'. 'Hahaha...'. Dia gelak besar. Geram betul. Aku hanya tersenyum. 'Awak...'. 'Ada apa'. 'Awak tau tak bukan senang nak ajak awak keluar...'. Aku diam hanya mendengar. Suasana senyap seketika. Sekali sekala aku mencuri pandang reaksi wajahnya. Apa sebenarnya yang sedang bermain di fikirannya. 'Awak...kita bercinta'. Terpelanting strow abc. Biar betul mamat ni. Biarpun pandangan dan senyumannya sering membuat aku alfa seketika tapi aku belum bersedia membuka lembaran cinta untuk seorang lelaki di sudut ruang hatiku. 'Allahu Akbar Allahu Akbar...'. Azan subuh mengejutkanku. Malasnya nak bangun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou