Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Isnin, 25 Januari 2010

JUARA.........

Takziah

Kemangkatan Sultan Johor Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada 22.01.2010. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Insya-Allah.

Sultan Berjiwa Rakyat (walaupun tegas)
Bagaimana agaknya Sultan yang berjiwa rakyat? Saya tidak pernah merasai nikmatnya. Teringat ketika kematian bekas Ketua Menteri Sabah Tun Dato Mustafa, radio RTM Sabah bersiaran langsung membaca ayat-ayat suci al-Quran selama tiga hari tiga malam. Al-Fatihah.


Badminton Terbuka Malaysia 2010

Saya menyaksikan siaran langsung menerusi TV1. Dan saya hanya menyaksikan tiga final.

Perseorangan Wanita

Wang Xin (Chn) vs Bae Youn Joo (Kor) = China / Winner
Jika Youn Joo tidak mengalami kecederaan mungkin dia mampu memenangi kitegori ini (menarik diri di game penentuan). Saya dapat membayangkan kesakitan yang dialaminya kerana saya pernah mengalaminya. Lima minit pun saya tidak dapat bertahan. Huh! bukan rezeki Youn Joo agaknya.

Perseorangan Lelaki
Datuk Lee Chong Wei (Mas) vs Boonsak Ponsana (Thai) = Mas / Winner (21-13,21-7)
Tekaan saya betul. Sebenarnya saya mengharapkan jejaka handsome dari Thailand itu boleh mengerah atau mengasak Datuk tetapi malangnya dia tidak melakukannya. Dia cuma memberi saingan di awal game pertama. Mungkin sebab jejaka kacak ini berasakan berbaloi sampai ke ke final kerana minggu lalu pada Terbuka Korea dia tewas di tangan Datuk pada peringkat suku akhir. Apa-apa pun sekalung tahniah buat Datuk. Kemenangan keenam buatnya untuk terbuka Malaysia dan yang paling manis kemenangan dua kali berturut selepas di Korea untuk Super Series tahun 2010.

Bergu lelaki
Koo Kien Keat/Tan Boon Heong (Mas) vs Guo Zhendong/Xu Chen (Chn) = Mas / Winner (21-15,17-21,21-16)

Boleh kena strok menyaksikan persembahan mereka. Sungguh mendebarkan. Kalaulah saya berada di situ ketika Boon Heong membaling raketnya kan bagus....(hehehe..)
* Tapi kenapa ye...Rexy terlalu menumpukan perhatian kepada Kien Keat. Adakah sebab Kien Keat selalu melakukan kesilapan?...tapi keadaan tu selalu berlaku setiap kali ....
* Ingat lagi tak...pada peringkat separuh akhir bergu lelaki pemain China Zhang Nan... dia tu ala-ala Lin Dan.. menakutkan...panas baran may be....

# Tahniah semua.

* Bekas Menteri Dalam Negeri meninggal dunia semalam. Saya tak kenal pula menteri ni.... Apa-apa pun al-fatihah.


Teka-teki
Kenapa kalau kita letak batu dalam sungai batu tu tenggelam?

mksb = stress oku no momusorou ti bajet.... poinkuro ma....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou