Kamarin sa bejalan one day...mula-mula cari buku lapas tu pi teman kawan c panjang galah pi workshop d Bangi. Dapat juga sa menumpang shopping d Jusco.
Sedih menonton kisah 4 wanita ibu tunggal. Tabahnya mereka. Ziela, Mazlinawati, Siti Nordiana dan Norish K. Antara mereka berempat kisah Ziela paling manis dan paling sedih. Kerana dia bercerai mati. Maut memisahkan mereka. Kuasa Allah. Nampak normal tetapi suatu perpisahan yang mampu dihanyutkan ombak laut menghancurkan perasaan jika tanpa ketabahan dan semangat yang jitu. Mazlinawati cukup kuat. Gossip yang disangka palsu jadi kenyataan. Yang sedihnya dilakukan oleh orang warak. Tapi saya tak hairan sangat sebab ia pernah berlaku dalam rantaian keluarga saudara mara saya. Jawapan selamat orang beriman lagi hebat cabarannya. Boleh dihuraikan tak? Saya nak tengok hebat sangat ke kehidupan orang yang mengejar kebahagiaan diri dari penderitaan orang lain. Siti Nordiana...she's very poor. Usia perkahwinan tak sempat melangkaui tempoh perkenalan alam rumahtangga. Bekas suaminya ada orang lain. Dengar-dengar dah kahwin pun. Tak pelah Diana teruskan hidup. Buktikan kepada dia biar dia rasa menyesal kerana pernah menyakiti Diana. Paling tragis Norish. Masih lagi pelawat mahkamah. Banyak keaiban yang terbuka. Apa-apa pun teruskan kehidupan. Paling beruntung Ziela kerana setiap bulan dapat pencen suami. Paling kasihan Mazlinawati dan Norish kerana terpaksa berkerja untuk menyara hidup.
Itulah kehidupan wanita. Ada yang bahagia dan sebaliknya. Tiada siapa yang dapat meramal perkara yang bakal berlaku. Teringat bekas bos. Sama cantik sama handsome direstui lagi tapi hanya setahun akhirnya berpisah. Di mana silapnya? Kata orang nak jodoh panjang mesti dapat restu ibubapa. Yang ini macam mana pula. Ada ulasan tak? Kesimpulannya, cantik dan handsome, kaya dan mewah, warak dan beriman bukan jaminan untuk sebuah perkahwinan kekal hingga akhir hayat.
~ saya boleh memberi jaminan saya berani berjanji yang saya akan terus menjadi penyokong dan teman hingga hujung nyawa tetapi saya tidak berani menjamin atau berjanji yang perasaan cinta dan sayang saya tidak akan berubah.
Selamat tidur. Esok kerja suda ba...