Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Khamis, 11 Mac 2010

Before this ????


Seribu satu kemusykilan. Sekarang kebanyakan jabatan kerajaan sibuk dengan 5S. JPA khususnya dalam usaha untuk memperolehi pensijilan tersebut. Apa yang menghairankan JPA setiap tahun menyertainya. Ini bermaksud JPA memang belum pernah mendapat pengiktirafan tersebut. Yang peliknya peraturan 5S berubah setiap tahun. Itu belum kira lagi yang berubah dan berubah menjelang audit tersebut. Pegawai atasan hari-hari meeting, keputusan pun hari-hari berubah. Pegawai bawahan jadi mangsa. Tak boleh ke mereka mencapai kata putus muktamad baru buat arahan? Dan yang paling menyampah audit dilakukan bermacam-macam orang. Audit pertama kata perlu audit kedua kata tak perlu dan audit ketiga tak kata apa tapi benda lain pula yang diauditnya. Tak boleh ke para pengaudit ni ada standard supaya audit seterusnya hanya terus kepada perkembangan penambahbaikan atau lagi senang hanya seorang saja yang buat audit. Berapa kali dia nak datang audit teguran tak bercelaru. Betul kata orang pegawai atasan kerajaan paling banyak melakukan pembaziran. Kata nak berjimat? Berlagak saja lebih.
Yang kelakar audit tu tak semak pun suasana meja PTD M41 dan M44 asyik-asyik meja pembantu tadbir yang ditenung. (Dan kebanyakan PTD ni tak menolong pun tapi yang menolong berlagak pula. Dua kali lima sepuluh.) Entah-entah???...



Mkbs : walaupun tak suka tapi harap JPA akan dapat sijil tu...penat tiap-tiap tahun buat benda yang sama....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou