13 March lalu genaplah umur SJ 29 tahun. Sedih ada gembira ada.... Sedih sebab usia semakin tua gembira sebab Allah masih beri peluang untuk menikmati keindahan dunia ini. Al-Hamdulillah.
SJ mengharapkan tahun ini semua yang dirancang akan berjalan dengan lancar. SJ juga mengharapkan diri akan terus dan terus tabah menghadapi semua cabaran yang mendatang. Kesihatan akan terus terjaga dan diri terhindar dari perkara-perkara yang dimurkai Allah Taala. Insya-Allah.
Ada seorang kawan hantar mesej Birthday ...'semoga bertemu jodoh tahun ni..'. Berdiri bulu roma SJ. Namun terima kasih kerana memberi doa untuk SJ walaupun tahun ini SJ belum merancang untuk ke arah itu. SJ belum bersedia lagi melayari bahtera rumahtangga. Mungkin juga sebab komitmen dengan keluarga belum selesai dan yang penting juga bajet belum cukup. Apa-apa pun jika ada jodoh takkan ke mana. Berserah sahaja kepada Yang Maha Esa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou