Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Isnin, 15 Mac 2010

Rindu Terhenti....


Bus stop KTM Serdang....first time datang sini. Memang pening melihat orang yang ramai....cuaca panas lagi....




Seronok dapat jumpa kawan lama Jun dan Kiduk. Jun still maintain....tapi makin bergaya (heee....) Kiduk pula yang berubah badan tambah comel... Sedih juga nda dapat ikut perjumpaan x-mate. Nda apalah panjang umur murah rezeki ada jodoh kita jumpa nanti. Insya-Allah. (Bangga sy durang cakap 'jienah ko kurus suda'....hehehe...ya ka?...kambang ketut sy...kur..kur...)


Sekarang tengah menonton siaran langsung final super series di National Arena Birmingham England. Pertemuan bergu Indonesia Nova Widianto/Liliana Nasir dengan bergu China. China menang 18-21, 25-23, 18-21. Saya sebenarnya mengharapkan bergu Indonesia ini menang. Saya suka corak permainan mereka ditambah lagi dengan jumping smash kencang Nova yang memang superb.

Pertemuan akhir yang kedua perseorang wanita antara pemain pilihan pertama dari China Wang Yi Han dengan pemain bukan pilihan dari Denmark Tina Rassmussen. Denmark menang 21-14, 18-21, 21-19. Yang ini betul tekaan dan harapan saya. (Takkan China saja yang menang...)
Apa yang saya risau sekarang ini Datuk Lee Chong Wei. Harap-harap dia menang. Kita tengok dan lihat.


Sungguh mendebarkan. Datuk Lee Chong Wei pilihan pertama bertemu dengan pemain bukan pilihan dari Jepun Kenichi Tago. Hebat permainan pemain muda ini. Mungkin selepas ini dia akan mengambil alih kedudukan jaguh-jaguh badminton. Huh!! Can make me heart attack. Akhirnya Datuk Lee Chong Wei menang 21-19, 21-19. Berbaloi saya tak tidur sampai pukul 1 pagi.

Macam artis pula Datuk Lee Chong Wei. Peminat siap minta autograf lagi. Tahniah Datuk. Semoga Datuk akan terus menang dan menang. (Saya amat mengharapkan akan ada pemain pelapis selepas Datuk)


Sekarang nak tidur dah. Dua final tak seronok sebab perlawanan sesama sendiri.


Selamat pagi dan selamat tidur. Pasti tidur lena. Hahaha....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou