Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Jumaat, 25 Jun 2010

Rahsia Sayur.....

Saya copy from internet. Just like as our knowledge

TIMUN


Di setengah- setengah tempat, timun juga dikenali sebagai mentimun atau nama saintifiknya ialah Cucumis sativus .Ia mengandungi 0.65% protein, 0.1% lemak dan karbohidrat sebanyak 2.2%. Selain itu timun juga mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A,vitamin B1, vitamin B2 dan vitamin C.
Biji timun mengandungi racun alkoloid jenis hipoxanti ,yang berkesan untuk merawat kanak-kanak yang kecacingan. Bagi mereka yang menhidapi sakit tekak apabila diserang batuk , penyakit ini dapat dirawat dengan biji timun dimana sedikit biji timun dicampurkan dengan sedikit garam dan dikumuh beberapa kali sehari. Pengamalan ini dapat mengembalikan suara yang hilang.
Selain itu, penyakit sampu pucat iaitu sejenis penyakit pening-pening yang berterusan sehingga dapat menurunkan berat badan dapat diatasi dengan pengamalan makan timun mentah atau yang telah dimasak. Timun juga dapat mengubati penyakit disesteri iaitu keluar darah semasa membuang air besar.



SAYURAN DAN KHASIATNYA


Sebenarnya sayuran diperolehi daripada tumbuhan sama ada diambil daripada
daun, buah, pucuk, ubi atau batang sesuatu tumbuhan dan boleh dimasak
ataupun dimakan mentah sebagai ulaman untuk dijadikan juadah pembuka
selera. Disebalik fungsinya yang sebenar, tersirat seribu rahsia yang amat
bernilai dalam perubatan.

2. Cili Merah Hindar Darah Beku

Cili merah atau nama saintifiknya Capsicum annuum yang berasal dari
keluarga Solanaceae ini merupakan sejenis cili berisi tebal berwarna merah
atau hijau dan mengeluarkan hasil sepanjang tahun. Ia mengeluarkan buaga
kecil yang bertukar menjadi buah pada setiap ranting daun. Cili merah kaya
dengan vitamin C, vitamin A dan zat-zat galian seperti besi, kalsium,
fosforus, sodium dan potasium. Sayuran ini dikatakan bernilai dari segi
kesihatan untuk meredakan kesakitan yang ada kaitan dengan kegemukkan. Ia
juga baik untuk pengedaran darah dan boleh mengatasi masalah sakit
kerongkong. Cili merah mengandungi sejenis bahan yang menghalang sel-sel
darah daripada bergumpal dan sekaligus menghalang sejenis penyakit darah
beku yang dikenali sebagai trombosis.


3. Brokoli Hindar Osteoporosis

Osteoporosis adalah sejenis penyakit yang kerap menyerang kaum wanita pada
usia 35 hingga 50 tahun. Tanda paling ketara wujudnya penyakit itu ialah
sakit kaki dan belakang kerana kekuatan tulang di bahagian berkenaan
merosot di bawah tahap yang sewajarnya. Amalan mempertingkatkan kalsium dan
mengurangkan protein dan fosforus adalah di antara petua-petua untuk
menghindar, mengawal atau mengubati osteoporosis. Pengambilan makanan yang
kaya dengan protein boleh menyebabkan tubuh kehilangan zat-zat galian,
terutamanya kalsium yang penting untuk pembinaan tulang. Lantaran itu
brokoli sejenis sayuran berdaun amat sesuai untuk menghindari penyakit ini
kerana kandungan vitamin Knya yang dapat mengurangkan kehilangan kalsium,
di samping membantu tubuh badan menyerapnya dengan lebih berkesan.


4. Tomato Cegah Barah Prostat

Tomato, yang dikenali dengan nama sainsnya Lycopersicon esculentum, juga
merupakan sejenis sayuran yang digemari ramai. Ia lazat dimakan mentah atau
dimasak dalam pelbagai jenis hidangan. Tomato yang juga berasal dari
keluarga Solanaceae, kaya dengan zat galian, serat serta vitamin A dan C
yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan. Ia juga baik untuk melicinkan
kulit dan merupakan salah satu bahan awet muda yang penting. Satu kajian
terbaru di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa pigmen merah yang terdapat
pada kulit tomato mengandungi sejenis bahan yang dikenali sebagai lycopene
yang boleh mengurangkan risiko dikalangan kaum lelaki daripada mendapat
penyakit barah prostat. Kajian itu juga menyatakan bahawa dengan memakan 10
biji seminggu dapat mengurangkan risiko penyakit itu sehingga 45 peratus.


5. Bendi untuk Kecergasan Otak

Bendi juga merupakan sayur tempatan yang banyak ditanam di negara-negara
yang beriklim panas dan lembab. Berdasarkan kajian tempatan yang dilakukan,
bendi mengandungi sebanyak dua peratus protein, tujuh peratus karbohidrat
dan satu peratus serat. Selain itu bendi juga kaya dengan zat galian dan
vitamin terutamanya kalsium. Lantaran itu ia merupakan sayur yang elok
untuk perkembangan otak. Dalam bidang perubatan, bendi digunakan sebagai
perangsang buangan air kecil, berkesan untuk merawat gonorea, sifilis serta
bengkak saluran kerongkong dan hidung.


6. Bawang Putih halang Darah Tinggi dan Kanser

Bawang putih telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat
perjalanan darah pada salur darah. Kolesterol inilah yang menjadi punca
penyakit darah tinggi. Bawang putih atau Allium sativum nama sainsnya juga
membantu menyegarkan pernafasan sekalipun di tempat yang banyak karbon
monoksida (asap kenderaan). Sayuran ini juga dapat menghindarkan seseorang
daripada diserang kanser kerana kandungan mineralnya membantutkan
ketumbuhan tumor dalam tubuh manusia. Di Korea contohnya, peratus pengidap
darah tinggi begitu rendah sekali dan ini dikaitkan dengan amalan
menjadikan bawang putih sebagai ulam setiap kali mereka makan.


7. Bayam dan Nilai Perubatannya

Bayam sejenis sayuran yang kaya dengan vitamin A, C dan E serta zat besi
seperti kalsium, potasium, magnesium, mangan dan zink. Tumbuhan ini yang
dikenali sebagai Spinacia oleracea dari segi saintifiknya, berdaun hijau
yang lembut dan berbentuk bulat atau bujur. Seperti sayuran lain, bayam
bernilai tinggi dalam nilai perubatan. Jus bayam mengandungi zat besi
secukupnya untuk mengatasi masalah-masalah yang ada kaitan dengan anemia.
Kaedahnya adalah dengan mengisar daun bayam dengan segelas air kemudian
diminum dua kali sehari.


8. Kucai Redakan Masalah Senggugut

Kucai sejenis sayuran yang menyerupai pokok bawang berasal dari keluarga
lili. Tumbuhan ini tengik baunyan tetapi enak dimakan sama ada sebagai
sayur atau ulam. Kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen
belerang. Ia bernilai tinggi dalam dunia perubatan tradisional, khususnya
untuk mengubati senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.
Kucai juga bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam
usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan dan pengembangan usus.
Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan
darah. Caranya sama ada dimakan sebagai sayur atau daunnya ditumbuk hingga
lumat dan dikacau dengan air panas lalu diminum. Cara ini amat berkesan
untuk menurunkan tekanan darah tinggi, penyakit keputihan serta senggugut.


9. Terong Pipit Untuk Hasilkan Pil Perancang

Terong pipit merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara
tropika yang lain tetapi negara asalnya adalah Antilles. Biasanya dimakan
mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Daripada kajian, terong pipit
mengandungi dua peratus protein, 0.1 peratus lemak, 7.9 peratus karbohidrat
serta mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, banyak vitamin A dan C
serta sedikit vitamin B1. Menariknya, terong pipit juga mengandungi
alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin dengan kandungan
sebanyak 0.84 peratus. Steroid amat penting dalam perubatan, terutamanya
untuk menghasilkan pil perancang keluarga. Selain buahnya yang mengandungi
banyak khasiat, akar terong pipit juga boleh digunakan untuk mengubati
retak pada kulit kaki, mencuci darah dengan meminum air rebusannya, penawar
racun ular dan serangga serta menjadi ubat berkesan untuk meredakan sakit
perut.


10. Cekur Penawar Keracunan Makanan

Cekur adalah daripada keluarga herba yang berasal daripada spesies
Kaemferia galanga. Ia mengeluarkan enam hingga 12 helai daun yang tumbuh
secara berkelompok dan berbau harum. Tumbuhan ini juga berbunga putih dan
ungu muda. Daunnya enak dimakan sebagai ulam yang menyegarkan. Ia juga
kerap digunakan sebagai sayur atau sebagai ramuan dalam masakan kari di
rantau Asia Tenggara. Di Thailand, akar cekur dicampur dengan wiski untuk
mengubat sakit kepala. Di Indonesia, cekur digunakan sebagai penawar untuk
kes keracunan makanan, tetanus atau terkancing gigi, ulser mulut, barah,
batuk dan selesema.


11. Daun Pasli Pulihkan Hipotensi

Pasli, tumbuhan keluarga Umbelliferae lebih dikenali sebagai sayuran.
Batangnya lembut serta memiliki daun yang kerinting, kaya dengan vitamin B,
C dan E serta zat galian seperti kalsium, magnesium dan klorofil. Air
rebusan daripada sayuran yang mengandungi pelbagai zat ini merupakan
minuman terbaik untuk pesakit hipotensi iaitu penyakit tekanan darah rendah
yang berpunca daripada anemia, kekurangan saraf akibat diabetes, paras gula
rendah dalam darah, tiriod yang tidak aktif atau kekurangan zat makanan.
Selain itu, pasli juga dikenal pasti dapat meredakan penyakit sengal-sengal
tulang, membantu pencernaan makanan dan menguatkan semula otot-otot rahim
selepas melahirkan anak.


12. Pudina bantu Penghadaman

Pudina merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga Labiatae. Ia
tergolong dalam spesies mentha. Tumbuhan ini mempunyai batang yang bersegi
dan dedaun yang harum baunya manakala sesetengahnya mengeluarkan
bunga-bunga kecil berwarna ungu muda atau merah jambu. Terdapat
berbagai-bagai jenis pudina di seluruh dunia, antaranya Mentha spicata "
moroc-can" yang berkesan dalam meredakan kekejangan otot, Mentha xsmithiana
"rubra" yang digunakan dalam manisan dan minuman, Mentha aquatica untuk
merawat cirit birit, Mentha arvensis, sejenis pudina Jepun yang boleh
melegakan selesema dan menghilangkan rasa loya dan Mentha x piperita
"crispa" yang boleh menjauhkan tikus.
Kesemua jenis pudina ini juga boleh bertindak sebagai perangsang dan
membantu penghadaman serta mengurangkan flatulens. Ia juga bersifat sebagai
antiseptik, antiparasit dan anti virus. Pemakanannya boleh meransangkan
tubuh badan mengeluarkan peluh. Daun pudina juga digunakan untuk membuat
ubat sapu untuk merawat selesema, sakit kepala, kekejangan otot dan
sakit-sakit badan manakala minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh
menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan konsentrasi.


13. Peria Penawar HIV

Peria atau nama saintifiknya Momordica churantia, sayur hijau seakan timun,
merupakan sayur yang paling mendapat perhatian pakar perubatan moden dewasa
ini. Berasal dari Selatan China, peria digunakan sebagai salah satu herba
dalam perubatan tradisional China. Air rebusan peria digunakan oleh pakar
perubatan China untuk merawat penyakit asma dan haid yang terlewat selain
untuk menyejukkan bahagian dalaman tubuh, misalnya rasa panas radang. Kini
penggunaan peria semakin meluas. Di Asia tenggara, Australia dan Amerika
Syarikat, peria kini menjadi bahan penting bagi merawat penyakit leukaemia,
HIV dan AIDS.
Biarpun setakat ini belum ada kajian saintifik sepenuhnya dijalankan bagi
menguji keberkesanan peria dalam menangani penyakit-penyakit tersebut,
terdapat beberapa kes yang menunjukkan bahawa tumbuhan menjalar yang agak
pahit rasanya itu boleh membantu menghentikan, dan ada kalanya membalikkan
penyakit tersebut daripada merebak. Peria didapati boleh meningkatkan
semula kiraan sel CD4 (sel imun) dalam tubuh manusia. Ujian darah untuk
menguji jumlah kiraan sel imun adalah perkara paling asas untuk mengetahui
perkembangan dan betapa seriusnya tahap HIV dan AIDS. Dalam beberapa kajian
yang dijalankan terhadap individu yang mana kiraan CD4 telah menurun ke
paras yang berbahaya dan kritikal, didapati kiraan sel CD4 mereka meningkat
semula setelah mengamalkan pengambilan peria dalam diet harian mereka untuk
jangka masa tertentu. Menurut kajian tersebut, jika jumlah kiraan sel CD4
ini agak pada peringkat awal pengubatan (mengamalkan memekan peria), tahap
peningkatan sel imun yang baru adalah lebih memberangsangkan.
Bagaimanapun terdapat juga laporan mengatakan bahawa dalam beberapa kes
tertentu, pengubatan cara baru ini juga telah berjaya meningkatkan tahap
CD4 terhadap individu yang mana kiraan sel tersebut telah menurun hingga ke
paras sifar. Selain dapat meningkatkan sel imun tubuh, peria juga didapati
berguna untuk merawat, ataupun mampu mengurangkan, penyakit-penyakit
sampingan yang mempunyai kaitan dengan jangkitan HIV seperti arthritis dan
"opportunistic infections", misalnya herpes kemaluan, tuberkolisis dan
beberapa jenis penyakit kulit, yang menyerang lantaran lemahnya sistem
imunisasi tubuh.
Sehingga kini kajian saintifik sepenuhnya atas keberkesanan peria belum
dapat dilakukan, kerana faktor kos uji kaji yang terlalu tinggi. Namun
ujian secara kecil-kecilan di makmal amat memberangsangkan. Sekumpulan
pakar penyeledik di Amerika Syarikat telah berjaya mengasingkan sejenis
protein yang terdapat didalam peria iaitu MAP-30. Ia dikatakan mengandungi
sifat-sifat anti-kanser sepertimana yang terdapat pada tikus. Selain
daripada itu MAP-30 juga mengawal merebaknya penyakit-penyakit virus
seperti herpes dan poliomaelitis, dan menghalang penyakit tersebut daripada
membiak dan merebak dari satu sel ke satu sel yang lain. Protein-protein
lain yang diasingkan daripada tumbuhan jenis memanjat ini juga didapati
boleh membantu mengurangkan keguguran dan menghalang pertumbuhan sel-sel
kanser. Para saintis dari Itali pula telah mengesahkan bahawa protein
daripada peria ini mempunyai sifat-sifat anti-virus.


mkbs - ada yang cakap banyak makan sayur kubis akan menyebabkan keputihan. Pengalaman saya kalau makan timun banyak sangat akan menyebabkan keputihan berlebihan. Tapi kubis belum pernah lagi. Mungkin sebab kurang makan kubis...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou