Semalam menonton rancangan 'Semanis Kurma' bertajuk 'Peluang Kedua'. Seronok melihat dan mendengar para tetamu yang dijemput. Nampak hebat pasangan sejoli Fauzi Nawi dan Lisdawati.
Kesan jika tidak ikhlas
1) mohon maad ; akan terus mengulangi kesilapan
2) beri maaf ; akan terus mengungkit kesilapan lalu
1) minta tolong ; akan terus mengharap pertolongan orang
2) mahu tolong ; akan mengungkit pertolongan yang pernah diberi
Doa
1) Surah al-a'raf : ayat 23
2) Surah al-imran : ayat 147
Bila kita dilukai, bila kita dikhianati....kita perlu muhassabah diri kenapa orang buat kita begitu? Mungkinkah kita pernah buat orang begitu?
Perlunya peluang kedua sebagai pengajaran dan mengeratkan hubungan kasih sayang tetapi bukan semua perkara perlukan peluang kedua. Bergantung kepada kesakitan dan kesengsaraan yang dihadapi. Kata pepatah kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai. Kalau takut dengan risiko kalau takut dengan kesakitan hapuskan peluang kedua dalam kamus hidup anda. Kalau anda seorang yang cukup redha dan tawakkal peluang kedua mungkin banyak kebaikan. Kerana peluang kedua biasanya lubuk orang lain mengambil kesempatan dalam kesempitan.
Banyak pengajaran yang boleh diperolehi dari rancangan tersebut. Bagi yang telah berkeluarga wajib menontonnya sebagai penambah pengetahuan. Minggu depan nampak begitu seronok tajuknya iaitu 'realiti bermadu' tetapi mungkin menyakitkan bagi yang pernah merasa pahit bermadu. Namun harus positif. Tonton dan dengar untuk manambah pengetahuan.
MKBS : Susahnya menjana 'IKHLAS' dalam hati.........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou