Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Isnin, 6 Jun 2011

Seminggu Sekali....


Seminggu sekali pergi jogging. Rasa segar sedap badan. Kalaulah dekat sini ada batu refleksi kan bagus... Jauh nak ke hospital. Yang kelakarnya pagi jogging malamnya ada cerekarama Jemaah Kolestrol di tv3. Hahaha.... Kerja tak seberapa makan lebih. Tidak dinafikan. Semua orang suka makan free... Tapi yang dahsyatnya macam satu budaya pula. Tempat orang ambil kesempatan. Makan penting ba.... Nak meeting mesti ada makan. My mindset yes. Alasannya supaya tengahari tak perlu berasak-asak nak membeli. Apa salahnya kan? Itu saya tidak hairan. Tapi yang paling saya tidak suka baru buat kerja dah disuruh makan. Kalau tak makan macam-macam dikatanya. Tak sudilah, nanti tenaga tiadalah...habis sebelum mula kerja tadi kan dah makan... Kalau tengok orang yang banyak cakap banyak makan kerja tak buat lagi PANAS! Pantang saya dengar orang bercakap 'makan selagi sihat'. Bila jatuh sakit merungut. (Dalam hati saya nasib baik tidak KO) menyampah!... Nak buat macam mana badan masing-masing yang punya. Sakit sendiri tanggung. Duit sendiri yang melayang. Berbalik kepada cerekarama JK tadi. Seronoknya melihat jemaah masjid berjogging. Contoh yang baik. Watak Bujal berjaya mempengaruhi minda orang beriman. Itu yang dikatakan semakin tinggi darjat keimanan seseorang itu semakin tinggi ujiannya. Menakutkan! Tiba-tiba saya teringat satu dialog drama. Tapi tak ingat drama apa. 'Diakan ada 99 akal. Biarlah dia guna semua akal dia tu..'. Habis kalau perempuan buat maksiat boleh ke kata 'diakan ada 99 nafsu, biarlah dia gunakan..' Wow!....tapi saya fikir remaja yang over social memang itu jawapannya. Cuma tidak dilafazkan. Hebat!!!....



Siang tadi sa stres butul abis inda tepos tu barang. Tutup konogi tu pajabat pos. Sa nodipon mangangkat kan....na turus nakawi maggi 3 bungkus. Huhuhu....


Mkbs - berusaha untuk menjaga kesihatan agar tidak menyusahkan sekeliling. Because i know i am not a health person. But scared and worry about hospital.

JANGAN AKTIFKAN SEL-SEL MERBAHAYA YANG ADA DI DALAM BADAN ANDA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou