Secantik Bunga Semanis Madu, Jauh Melangkah Ingat Pesan Ibu, Sekeras Kerikil Semangat Harus JITU... MAWAR KASTURI BIDADARI SYURGA terus melangkah selagi mengerti arah sendiri....
About Me
Halaman
"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"
Isnin, 31 Oktober 2011
"Brain Drain"
How about the cat?
Saya tertarik dengan topik bual bicara di tv1 yang bersiaran dari Australia bertajuk 'brain drain'. Dihoskan oleh Syed Munawar dengan tetamu jemputan Dr Mohd Rameez Yahaya, Dr Ihsanuddin dan Puan Malika (nama penuh tak ingat...)
Mengapa pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian di luar negara tidak kembali untuk berkhidmat kepada negara? Mereka memilih untuk berkerja di sana. Ada pelbagai alasan yang diberikan. Suasana, peluang dan kepuasan. Ada apa dengan suasana? Adakah maksudnya free style? Adakah maksudnya more relax? Atau just be way you are... Mungkin kerana teknologi. (Ada ke mereka ni kerja di pedalaman?) Saya menonton rancangan 'field trip to USA'. Semua pelajar mengakui seronok belajar di sana. Mereka bebas memilih dan tidak terikat dengan pelbagai peraturan remeh-temeh seperti Malaysia. Ada yang kata "jangan menghukum Amerika sebelum datang ke sini". Sampai begitu sekali.
Apa yang dimaksudkan dengan peluang? Adakah Malaysia tidak menyediakan peluang kepada mereka? Peluang yang bagaimana? Peluang untuk bersuara. Peluang untuk ke hadapan. Peluang untuk berkembang. Nak ke hadapan nak jadi yang terbaik mesti berani bersaing. Tak nak bersaing macam mana nak berkembang. Bukankah begitu? Atau mereka terlalu memilih peluang.
Bagaimana dengan kepuasan? Ya. Suasana kerja yang seronok, output maksimum lahirlah kepuasan. Atau ada maksud lain. Mungkin juga kerana kerja lebih bayar lebih. Malaysia lebih kepada buat kebajikan.
Jangan dibandingkan Malaysia dengan negara luar. Amerika, Australia, UK umpamanya. Budaya kita, sosial kita dan ekonomi negara kita berbeza. Ada individu yang lebih suka hidup di celah-celah perbezaan dan sebaliknya. (Kini sosial rakyat Malaysia banyak dipengaruhi negara barat. Kenapa lebih teruk dari mereka?) Ekonomi negara kita belum setanding dengan USA umpamanya. Namun mengapa perlu takut? Jika rakyat Malaysia tidak berminat dengan Malaysia, ada orang luar yang berminat. Asalkan tiada peperangan boleh saja! (Seperti kata Puan Malika 'warganegara alam semesta')
Pada hari ini, kerajaan Malaysia mahu memanggil semua pakar ilmuan untuk kembali berkhidmat kepada negara. Dengan menyediakan bermacam-macan intensif. Pada saya, meminta mereka kembali banyak faedahnya. Cuma kerajaan tidak perlu merayu. Tidak perlu membazir untuk menarik minat mereka. Bukankah mereka kata wang bukan faktor utama? Tiada maknanya pemberian 2 buah kereta, pelepasan 15 peratus cukai dan sebagainya jika citarasa mereka bukan di bumi Malaysia. Tak nak balik biarkan saja. Tak cukup pakar, upah pakar dari luar. Saya pasti ramai yang sudi. Lulusan dalam negara apa kurangnya. Namun percayalah, mereka pasti kembali ke Malaysia. Kalau bukan untuk berkhidmat mungkin untuk memeriahkan bumi Malaysia. Melainkan mereka telah berpaling tadah. Siapa yang boleh melupakan keamanan dan keindahan bumi Malaysia?
* salah seorang pelajar tahun akhir perubatan di Melbourne University berkata 'nak kembali ke Malaysia atau tak bergantung kepada keadaan'. Saya fikir sudah sampai masanya kerajaan atau institusi berkaitan bertindak lebih tegas. Pelajar tajaan biasiswa atau pinjaman jika gagal kembali perlu membayar 3 kali ganda daripada jumlah perbelanjaan sebenar. Tanpa kompromi.
Mkbs - 9 tahun berada di bumi semenanjung belum pernah lagi my family datang sini. Lagi pula kos mahal. Lagipun tiada beza. Jika diizinkan......
Jumaat, 28 Oktober 2011
Mimpi Semalam
Masing-masing sibuk dengan tugas. Ada yang menghias pentas ada yang menyusunatur meja dan kerusi. Manakala yang lain sibuk berlatih persembahan pentas. Sekali-sekala kedengaran gelak tawa di sana sini. Tidak kurang juga suara-suara keluhan. Dalam sibuk-sibuk menghias meja, tiba-tiba teringat...di mana anakku. Jam menunjukkan pukul 5 petang. Majlis akan bermula pada pukul 8.30 malam. Orang lain sudah beransur pulang untuk mempersiapkan diri. Aku pula sibuk mencari abangku. Kat mana dia. Nak balik ni... Takut tak sempat. Uh..rupanya dia masih sibuk berborak dengan kawan-kawannya. "Bang, cepatlah." Dua kali aku panggil barulah dia menyahut. "Ye...sayang. Abang datang ni". Dia berjalan laju ke arahku bersama dengan anak sulungku. "shira mana?"... Abangku terpinga-pinga. Aku mulai gelabah. Si kecil sudah hilang. Kakiku tersentak. Ohhh....mimpi rupanya. Tengok jam baru pukul 5.29 pagi. Apa punya mimpi. Menakutkan. Apa kes mimpi dah kahwin ada dua anak pula tu... Ganggu tidur den. Menunggu waktu untuk mandi pukul 5.45 pagi, saya cuba meningat kembali wajah suamiku dalam mimpi. Tak ingat. Bertubuh agak besar berkulit putih berbaju merah bertopi biru. Entah-entah tak hansom kan....heheheheeee....... Tapi i tergoda dengan suaranya time i panggil dia...heheheee....... Huh!...bisuk cuti hujung minggu. Bisuk nak pi Alamanda nak pos something untuk adik-adik. Semoga mereka gembira dengannya memandangkan cuti sekolah akan menjelang tiba.
Rabu, 26 Oktober 2011
25 Oct 2011
Hari ni hari cuti Deepavali. Saya ambil kesempatan ini turun jogging. Perasaan jadi segar-bugar dapat pijak batu. Tahun lalu bila pijak batu saya tak terasa sakit pun tapi sekarang sudah ada rasa sedikit sikit. Mungkinkah sebab berat badan naik? Ataupun kerana umur dah naik? Harus lebih berhati-hati dengan kesihatan diri.
Kalaulah hari ni hari 5 kan bagus....
Saya fikir kualiti kerja saya sudah semakin menurun. Perasaan mudah bosan sering datang mengganggu kosentrasi. Saya fikir, perlu bagi saya mengubah atau berhijrah pada persekitaran dan suasana kerja baru. Berada di bawah naungan unit BP memang amat beruntung. Bos dan bos baik-baik belaka. Tetapi kenapa saya rasa kosong? Semasa di unit lama, walaupun pernah dimarah, diugut dan macam-macam lagi namun jiwa tetap ada.
Mkbs - meluat dengan seseorang. 80 percent percakapannya layar buruk. Bosan aku dibuatnya.
Laparnya.....nak makan apa ya....
Selasa, 25 Oktober 2011
Isnin, 24 Oktober 2011
Gadaffi mati ditembak...
Akhirnya Gadaffi pergi buat selama-lamanya. Mati ditembak. Katanya, Gadaffi sempat merayu agar tidak dibunuh. Kasihan!.. Pembunuh tersebut sudah terlalu penat agaknya. Bagus bunuh saja. Menyusahkan!. Selagi tak mati perang tak tamat. Saya tidaklah mengikuti perkembangan Gadaffi secara terperinci, namun saya tahu dia seorang pemimpin islam pertama yang berani menentang AS dan Israel. Mungkin itu bahananya apabila terlalu lama memegang tampuk pemerintahan. Sepatutnya Gadaffi berundur sebaik saja didesak oleh rakyatnya sendiri. Kalau Gadaffi tidak buat apa-apa kesalahan, dia sepatutnya berani berundur secara aman. Atau mungkin dia punya rahsia yang belum dilupuskan sebelum lepas tangan. Yang hairannya, jika Gadaffi memang seorang pemimpin islam yang beriman, mengapa dia dibenci? Mengapa perlu bertindak kejam terhadap penentang? Antara Gadaffi dengan Saddam, saya suka Saddam. Saya yakin dia boleh menang dalam peperangan itu tetapi sebaliknya. Persamaan mereka, kejam kepada penentang. Bezanya, Saddam mati dihukum dan Gadaffi mati ditembak. Mungkin itulah hukuman bagi insan/pemimpin yang muaranya tenang tapi dasarnya kejam. Kita tunggu dan lihat siapa lagi pemimpin islam yang akan mengikuti jejak mereka. Rakyat Libya perlu buktikan pada dunia bahawa mereka boleh bangkit maju membangun semula tanpa Gadaffi. Malah lebih baik lagi. Ataupun sekurang-kurangnya tidak seperti Iraq.
Kadang-kadang saya terfikir, kenapa mesti berperang untuk pertahan tanah air? Biarlah orang nak ambil pun. Asalkan masih dapat kebebasan menunaikan tuntutan agama. Tak perlu bersusah payah. Kalau terbunuh belum tentu dapat nikmat mati syahid. Bolehkah fikir begitu? Kalau Malaysia jadi begitu? Bagaimana? Ramai pembelot di celah-celah kerusi...
Mkbs - Badan rasa segar dan sihat dapat berjogging sabtu dan ahad. Dapat pijak batu acara kegemaran...
Bugou - sa plan ngawi mo pi alamanda nga nda tepigi gara-gara nokodop. Adeheii...entah bila dapat pigi ni... Sa pelupa suda ngawi. Hari lima sa kira bajet. Sa bawa laitu kalulat pi ruang tamu. Lapas siap sa mo simpan balik. Tapi patang tadi sa tingu masi ada lagitu kalkulat. Aik...bulum simpan. Sa pun heran. Abis apa yang sa bawa. Huhuhu.... Rupa-rupanya, bantal sandar ruang tamu yang sa pigi bawa masuk bilil. Wawawa...
Jumaat, 21 Oktober 2011
Jogging
Huh!!!!!!!!!!........esok nak jogging.... dah janji dengan kawan. Yahuuuu.............seronok rasanya...x sabar ba... Zee, jangan lupa janji temu kita mengeluarkan peluh esok yer.....
Rabu, 19 Oktober 2011
Pandangan Ilmuan Islam Berkenaan Bajet 2012
Pandangan Ilmuan Islam Berkenaan Bajet 2012
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarganya, sahabat dan seluruh umat yang menurutinya dalam kebaikan dan keimanan.
Kami sekumpulan ilmuan Islam dan pendakwah tanahair dengan ini sukacita untuk berkongsi sedikit respon kami terhadap bajet 2012 yang baru dibentangkan Jumaat. Dengan status sebahagian besar kami yang kerap diajukan soalan berkaitan kehidupan dari pelbagai aspek khususnya dalam bab agama, kami merasa tanggungjawab untuk menyumbang idea dan ilmu, justeru kami duduk mengadakan pertemuan di antara ilmuan dan beberapa pendakwah yang berkesempatan bagi membincangkan BAJET 2012 walau mengakui kami tidak mempunyai angka-angka lengkap dan terperinci berkait pembangunan ekonomi Negara. Pun begitu, itu tidaklah menghalang kami dari memberikan respon dari angka-angka dan cadangan yang termaktub di dalam buku bajet 2012.
Bajet 2012 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam menyediakan peruntukan RM232.8 bilion dengan defisit 4.7 peratus.Secara umumnya kami mengakui bahawa bajet yang dibentangkan secara umumnya adalah baik dan memberi perhatian yang banyak serta agak komprehensif kepada kemaslahatan rakyat dari pelbagai genap lapisan dan sektor.
Pun begitu, agak merungsingkan apabila bajet ini masih kekal defisit, tahun lalu defisit adalah sebanyak 5.4 peratus.Perlu difahami unjuran hasil kerajaan pada tahun 2012 hanyalah RM 186.9 billion dan ini bermakna kerajaan perlu membuat hutang dalam negara yang baru sebanyak RM 45.9 billion.
Kami dengan ini, menyuarakan kebimbangan kami terhadap trend menambah hutang dalam mengurus dan membangun Negara tercinta ini. Menurut Laporan Bank Negara Malaysia yang terkini bertarikh 30 September 2011, berdasarkan angka hutang negara setakat suku kedua 2011 menunjukkan jumlah hutang negara telah pun mencecah RM437 bilion dan meningkat 11.9 peratus kepada RM455.75 billion bagi hujung tahun ini.
Berdasarkan hasil perbincangan telus, sederhana akademik dan sifat non-partisan di antara beberapa peserta pertemuan ilmuan Islam dan pendakwah terlibat dalam pertemuan berkala ini, pihak kami menyambut Bajet Negara 2012 dengan perasaan bercampur-campur.
Secara ringkas dan mudah dan berdasarkan kemampuan kami yang sederhana, berikut adalah respons kami terhadap beberapa isi penting terpilih dari Bajet 2012 yang dibentang pada 7 Oktober 2011:-
A) Sokongan sepenuhnya
Kami memberikan sokongan sepenuhnya terhadap item-item berikut:-
Berikut pula adalah item yang disokong, namun dengan dengan sedikit nota:-
Berikut pula komentar umum kami terhadap bajet 2012 :-
Firman Allah juga :
Sabda Rasulullah SAW:
“Tiada iman pada orang yang tidak beramanah” (Riwayat Ahmad)
Dari kami untuk khidmat masyarakat,
Ustaz Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Mursyid)
Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi)
Ustaz Dr. Maszlee Malik
Ustaz Dr Zahazan Muhammad,
Ustaz Syed Mohd Norhisyam
Ustaz Dr Abdul Basit Abdul Rahman,
Ustaz Hj Mohammad Nidzam Abdul Kadir,
Ustaz Hj Aizam Mas’ud,
Ustaz Hj Hasrizal Abdul Jamil,
Ustaz Dr. Khairuddin Aman Razali,
Ustaz Imam Muda Asyraf Mohd Ridzuan,
Ustaz Ramadhan Fitri Elias,
Ustaz Dr.Ahmad Wifaq Mokhtar,
Ustaz Zamri Zainuldin ‘Mantop’
Ustaz Abdullah Bukhari Al-hafiz
Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman
Ustaz Shauqi Othman
Ustaz Dr Firdaus Mohd Hatta
Dr. Mohd Nizam Barom
mkbs - baru baca... tak dengar pembentangan tak tengok berita. bila dah baca oooooooo......... saya ikut jer... kerajaan pasti tahu apa yang dikehendakinya apa yang penting untuk agama bangsa dan negara. orang bagi saya ambil...yang saya tak suka ignore jer...tapi pasal naik bersara 60 tahun tu, saya masih fikirkan. sebab nak naik gaji. hahahaaaa.......setakat jawatan macam saya ni gaji ????.... lagipun akta tu kan buatan manusia. Mungkin akan datang umur bersara tu akan diturunkan pula... janji gaji naik ba kan?.... juga ajal maut kan di tangan tuhan... ada yang kata lepas bersara baru nak enjoy...baru nak tumpu beribadat...nak luangkan masa dengan keluarga cucu-cicit... itu pandangan individu. tapi bila saya fikir, kenapa mesti tunggu usia emas baru nak buat... apa salahnya nikmati saja hidup ini seadanya... kalau ada peluang untuk enjoy, enjoy saja. dalam kesibukan kerja cuba untuk terus beribadat kepada Allah SWT. Janji yang wajib jangan tinggal......luangkan masa dengan keluarga setiap masa...dalam kesibukan dalam kesempitan cuba cari waktu untuk bersama insan-insan yang disayangi. kita tak tahu siapa yang pergi dulu... Apa yang kita rancang, fikir nak buat di masa akan datang cuba mulakan pada hari ini...kerana apabila sampai waktunya mungkin hati kita, perasaan kita, keadaan kita akan berubah...dan kesimpulannya ia tak akan tercapai. Kita hanya merancang tuhan yang menentukannya. Sekurang-kurangnya, kita pernah mencuba untuk memilikinya. Semua yang kita ada sekarang ni bukan milik kita....kita pinjam saja. kalau kita tidak nikmati sekarang takut-takut akan diambil balik dalam waktu terdekat..... wallahu 'alam
Kami sekumpulan ilmuan Islam dan pendakwah tanahair dengan ini sukacita untuk berkongsi sedikit respon kami terhadap bajet 2012 yang baru dibentangkan Jumaat. Dengan status sebahagian besar kami yang kerap diajukan soalan berkaitan kehidupan dari pelbagai aspek khususnya dalam bab agama, kami merasa tanggungjawab untuk menyumbang idea dan ilmu, justeru kami duduk mengadakan pertemuan di antara ilmuan dan beberapa pendakwah yang berkesempatan bagi membincangkan BAJET 2012 walau mengakui kami tidak mempunyai angka-angka lengkap dan terperinci berkait pembangunan ekonomi Negara. Pun begitu, itu tidaklah menghalang kami dari memberikan respon dari angka-angka dan cadangan yang termaktub di dalam buku bajet 2012.
Bajet 2012 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam menyediakan peruntukan RM232.8 bilion dengan defisit 4.7 peratus.Secara umumnya kami mengakui bahawa bajet yang dibentangkan secara umumnya adalah baik dan memberi perhatian yang banyak serta agak komprehensif kepada kemaslahatan rakyat dari pelbagai genap lapisan dan sektor.
Pun begitu, agak merungsingkan apabila bajet ini masih kekal defisit, tahun lalu defisit adalah sebanyak 5.4 peratus.Perlu difahami unjuran hasil kerajaan pada tahun 2012 hanyalah RM 186.9 billion dan ini bermakna kerajaan perlu membuat hutang dalam negara yang baru sebanyak RM 45.9 billion.
Kami dengan ini, menyuarakan kebimbangan kami terhadap trend menambah hutang dalam mengurus dan membangun Negara tercinta ini. Menurut Laporan Bank Negara Malaysia yang terkini bertarikh 30 September 2011, berdasarkan angka hutang negara setakat suku kedua 2011 menunjukkan jumlah hutang negara telah pun mencecah RM437 bilion dan meningkat 11.9 peratus kepada RM455.75 billion bagi hujung tahun ini.
Berhutang itu bukanlah perkara yang sihat untuk diteruskan tanpa sebarang plan konkrit untuk menyelesaikannya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه الله
Ertinya: “Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya” ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )
Juga sabda baginda:-
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف
Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepada-MU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : ” Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari” ( Riwayat Al-Bukhari, 1/214 )
Secara ringkas dan mudah dan berdasarkan kemampuan kami yang sederhana, berikut adalah respons kami terhadap beberapa isi penting terpilih dari Bajet 2012 yang dibentang pada 7 Oktober 2011:-
A) Sokongan sepenuhnya
Kami memberikan sokongan sepenuhnya terhadap item-item berikut:-
- Kewujudan Dana Perusahaan Kecil Sederhana secara Patuh Shariah bernilai RM2 billion yang akan diagihkan melalui institusi kewangan Islam yang terpilih.
- Potongan cukai kepada sukuk terbitan wakalah, sebelum ini telah diberikan kepada sukuk mudarabah, BBA, Istisna’, murabahah, ijarah.
- Pengecualian cukai bagi urusniaga sukuk bukan ringgit sebagai galakan perkembangan industri kewangan Islam.
- Skim pembelian kereta baru jenama tempatan bagi pemilik teksi individu dengan beberapa tawaran nilai lupusan bagi jangka hayat kereta yang berbeza. Ini juga baik, bagi menggalakkan kualiti teksi sedia ada, sekaligus mengurangkan risiko pengguna dan menaikkan imej negara.
- Potongan dua kali belanja syarikat bagi yang menyediakan latihan internship. Langkah ini juga disokong khususnya latihan teori dan peperiksaan di universiti semata sememangnya tidak mampu menghasilkan tenaga kerja yang cekap dan mahir, justeru tawaran ini dikira mampu meningkatkan kecekapan tenaga kerja muda di Malaysia disamping menaikkan produktiviti syarikat terbabit dengan tenaga kerja yang lebih menjimatkan.
- Mana-mana pemberi biasiswa dari kalangan syarikat swasta akan memperolehi pengecualian cukai.
- Pertukaran gaji kepada sistem satu lapis dan kenaikan gaji, iaitu pada kadarRM80 – RM320 atau opsyen skim SBPA dengan faedah kenaikan gaji pada kadar 7-13 peratus.
- Bonus setengah bulan kepada kakitangan awam dan bantuan RM500 kepada pesara.
- Dana Pengkomersialan Inovasi bagi PKS sebanyak RM 500 juta melalui pembiayaan patuh Shariah.
- Yuran sekolah rendah & menengah dimansukhkan.
- Sumbangan orang ramai kepada rumah ibadah dan sekolah swastaakan mendapat potongan cukai.
- Pelbagai program membangun hal asasi di luar Bandar melalui danabernilai RM5 bilion untuk jalanraya, air bersih, elektrik, tangki air, felda diperbaiki sistem pengairan dengan bajet RM400 juta lagi.
- Umur bersara lanjut ke 60 tahun.
- Jadual dan jumlah jam kerja pegawai perubatan di ubah kepada purata hanya 60 jam seminggu sahaja, ditambah dengan sistem elaun oncall pada kadar RM30 ke RM 80 semalaman.
- Bajet biasiswa bagi galakan penjawat awam menyambung pelajaran di peringkat BA, MA dan PhD
- Naik pencen 2 peratus setahun.
- Baiki rumah nelayan dari dana sumbangan bernilai RM 300 juta.
- Bantuan guaman bagi yang tertuduh tidak mampu. Bajet RM 15 juta diperuntukan.
- Hospital kanak-kanak dan wanita RM 700 juta.
- Warga emas berumur 60 ke atas dikecualikan dari caj hospital kerajaansebagai pesakit luar. Selain itu juga diberikan 50% diskaun tambang LRT dan Monorel
- Orang ramai boleh menggunakan RM 1300 dari wang KWSP mereka untuk mendapatkan kuota haji melalui kaedah ring-fencing.
- Peruntukan meningkatkan sumber makanan melalui pertanian dengan nilai 1.1 billion.
- Baucar buku RM 200 bagi pelajar matrikulasi, IPTA, IPTS dan tingakatan enam.
- Galakan sistem bina kemudian jual, diperuntukan melalui perbankan Islam bagi rumah bernilai RM 600,000 ke bawah. Ertinya, hanya apabila rumah siap, barulah pelanggan diperlukan untuk membuat bayaran bulanan.
Berikut pula adalah item yang disokong, namun dengan dengan sedikit nota:-
- Pengecualian cukai duti import dan duti eksais untuk kereta elektrik dan hybrid. Namun pihak kami merasakan pihak kerajaan sewajarnya meluaskan lagi galakan ini dan bukan sekadar terhad kepada dalam industri automatif, malah juga wajar diberikan potongan cukai atau insentif yang sesuai kepada mana-mana perusahaan dan perkilangan yang mampu beroperasi secara bersih dan kurang pencemaran melalui sistem ‘tekonologi hijau’, selain itu kami juga ingin mencadangkan agar kerajaan mengkaji bagi mengenakan cukai penalti atau khas kepada mana-mana kenderaan dan kilang yang mengakibatkan sebaran ‘carbon emission’ berlebihan kepada persekitaran.
- Pengecualian cukai bagi francais tempatan bagi mengalakkan perkembangannya. Dengan kelebihan ini, pihak kami menyeru agar harga khidmat, servis dan makanan yang disediakan oleh francais terlibat tidak dinaikkan bagi mengelakkan tambahan beban bagi rakyat, juga diharapkan pihak kerajaan mampu mengambil inisiatif menasihatkan pihak francias menaikkan kualiti perkhidmatan mereka.
- Skim rumah pertama bagi kakitangan berpendapatan di bawah RM 3000, dibenarkan untuk membeli rumah pada harga maksimum RM 400 ribu berbanding RM220 ribu sebelum ini, dengan kebenaran menggabung nama suami isteri. Kami berpendapat kenyataan ini hanya merawat sebahagian masalah pemilik rumah pertama sedang ia tidak mampu menyelesaikan masalah harga rumah yang tinggi kepada golongan ini. Selain itu, pengumuman ini dijangka boleh mengakibatkan galakan tidak langsung penjual untuk menaikkan harga rumah lalu menambahkan risiko kemampuan peluang golongan ini memperolehi rumah.
- Amanah ikhtiyar – 2.1 billion bagi tujuan ‘micro credit’, namun diharapkan agar ia mampu disalur juga melalui dana patuh Shariah.
- Sistem bas di luar Bandar RM 150 juta. Namun begitu, bajet kali ini mengalpakan peruntukan dan tumpuan untuk pengemaskinian dan sistem transportasi dalam bandar yang masih belum berkesan.
- Menggalakkan Doktor, akauntan, guaman dan lain-lain professional membuka perkhidmatan di luar Bandar dengan dana RM100 juta bagi pinjaman riba 4 peratus. Ia disokong namun mengapa tiada pilihan dana patuh Shariah? Juga disarankan agar kerajaan bukan hanya mengehadkan kepada badan professional tetapi juga badan-badan kebajikan dan sukarela yang ingin mengadakan khidmat sepertinya.
- SME ‘revitalization fund’ untuk SME bermasalah. Pinjaman mudah 1 juta boleh diberikan dari dana bernilai RM 100 juta yang disediakan. Walau bersetuju namun pihak kami merasakan keperluan kerajaan memberi pilihan perkhidmatan Patuh Shariah melalui perbankan Islam.
- Bantuan RM500 kepada isu rumah berpendapatan bulan RM3000 dan ke bawah dalam usaha meringankan belanja seharian rakyat termasuklah dalam menyekolahkan anak-anak mereka. Kami bimbang bantuan ini akan mencetuskan lambakan tunai ke dalam masyarakat yang boleh mengakibatkan peningkatan kadar inflasi akibat kenaikan harga barangan, justeru pihak kami mengharapkan kerjaaan mampu merancang tatacara yang boleh digunakan bagi mengawal kenaikan harga barang agar tidak dinaikan sewenangnya akibat pengumuman ini, khususnya apabila ditambah dengan pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji. Juga pihak kami juga menegaskan bahawa agak ramai keluarga berpendapatan kurang dari RM 3000 yang tidak akan mendapat bantuan ini lantaran mereka tidak berdaftar dengan LHDN, juga tidak jelas sama ada individu yang tidak pernah membayar cukai LHDN boleh berdaftar tahun ini lalu terus mendapat kemudahan ini.
- Pemilik teksi individu dan kereta sewa dikecualikan dari duti eksais dan cukai jalan sebanyak 100 %. Ini adalah baik bagi menggalakan lagi tekanan syarikat kepada pemandu teksi. Pun begitu, kami juga merasakan adalah bertambah jika kerajaan dapat juga mempertimbangkan pemberian permit-permit teksi kepada individu dengan lebih banyak.
- KARISMA: Untuk warga emas miskin RM 300 sebulan, kanak-kanak miskin RM 100 sebulan, kurang upaya RM 150-350 sebulan. Kami bersetuju cuma melihat agar perlu ada peruntukan bagi OKU untuk mendapatkan peluang pekerjaan di dalam perkhidmatan awam, menaikan fasiliti asasi mereka di tempat awam selaras dengan dasar OKU, selain itu sewajarnya kerajaan memberikan pengecualian cukai kepada syarikat swasta yang mengambil OKU bekerja (jika belum ada)
Berikut pula komentar umum kami terhadap bajet 2012 :-
- Belanjawan defisit berterusan melebihi 5 tahun bukanlah sesuatu yang sihat. Defisit menyebabkan keperluan kerjaaan untuk meminjam dengan faedah riba, apabila setiap tahun pinjaman bertambah maka jumlah hutang-hutang sebelum ini yang ‘outstanding’ pasti akan semakin menyesakkan. Bajet kali ini masih tidak menjelaskan plan kerajaan untuk menaikkan hasil dan pendapatan bagi mengelakkan belanjawan defisit.
- Tiada sama sekali peruntukan untuk pembangunan urusan hal ehwal Islam sebagai agama rasmi melalui agensi-agensi kerajaan. Ini patut dikaji segera oleh kerajaan kerana bajet sepatutnya memberi perhatian dan sokongan kepada resolusi yang dicapai dalam Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia bagi membangunkan pengurusan hal ehwal Islam.
- Peruntukan bagi sekolah-sekolah agama rakyat tiada disebut dan diabaikan.
- Peruntukan untuk mengatasi gejala sosial yang semakin meruncing juga tiada diberikan perhatian sama sekali. Peruntukan patut disediakan sama ada melalui sekolah, agensi kerajaan terbabit, NGO dan yang layak.
- Pemberian konsesi dan kontrak kepada beberapa pengendali lebuh raya yang akan dibuat sebagaimana diumum di dalam bajet mestilah diurus dengan penuh integriti agar tidak lagi klausa perjanjian yang merugikan rakyat akibat menjamin kenaikan wajib setiap tahun.
- Di dalam keadaan defisit dan pemotongan pelbagai cukai terhadap pelbagai perkara, kerajaan sangat wajar mengenakan kembali ‘import tax’ untuk barang mewah yang pernah dihapuskan sebelum ini.
- Terlalu banyak agihan perlu sampai segera kepada masyarakat yang mengharap dari bajet ini, tanpa sikap efisyen tinggi dan tiada badan khas yang dipertanggungjawab, ia mungkin hanya tinggal pengumuman sahaja.Justeru, kami mencadangkan bagi membuktikan ketelusan dan keikhlasan bukan sekadar pilihanraya, kerajaan mewujudkan badan pemantau khas dianggotai wakil kementerian, NGO & ahli politik untuk mencatat setiap agihan yang diumumkan di dalam bajet, lalu melaporkannya secara suku tahunan (quarterly) kepada parlimen bagi pengetahuan rakyat.
- Pengecualian cukai bagi projek dan syarikat-syarikat KLIFD yang diberikan sehingga 10 tahunadalah terlalu panjang yang merugikan Negara khususnya apabilakewangan negara berada di dalam kedaaan defisit, justeru kami mencadangkan ia dikaji semula dan diubah kepada lima tahun sahaja.
- Sekuriti dan isu keselamatan rakyat tidak diperuntukan dengan peruntukan yang mencukupi, walaupun ada bajet untuk polis namun kita perlukan peruntukan khususuntuk sistem tekonologi sekuriti lebih baik seperti CCTV dan lain-lain sistem bagi memudahkan polis membantu keselamatan rakyat jelata.
- ‘Green tax’ sekali lagi ingin kami highlightkan, pengecualian cukai bagi syarikat mampu mengurangkan pencemaran dan kenakan cukai bagi yang membuat pencemaran diperlukan.
- Bagi mengelak spekulasi di dalam pemilikan perumahan, kami berharap kerajaan mampu mengkaji lagi sistem yang telah diperkenalan sebelum ini iaitu pembelian rumahketiga dan seterusnya, institusi kewangan diminta untuk memberi pinjman sehingga 70 % sahaja, namun bagi merendahkan terus peluang spekulasi yang menyebabkan harga rumah meningkat sehingga menyukarkan pembeli rumah pertama dan pembeli untuk tujuan penginapan (bukan pelaburan), kami meminta pembiayaan dan pinjaman untuk pembelian rumah ketiga dan ke atas dihadkan kepada 50 % sahaja berbanding 70 % sebelum ini.
- Peruntukan bagi mengemaskan dan menaiktaraf sistem pengangkutan dalam bandar tidak disebut di dalam bajet kali ini.
- Selain memberikan tumpuan kepada hospital baru, naik taraf hospital swasta dan klinik, perlu juga perlu juga mengkaji khidmat di hospital swasta yang kian meningkat kos khidmat mereka.
- Transformasi sepatutnya tidak hanya terhad kepada plan agihan yang baik tetapi plan kerajaan untuk tingkatkan integriti, kesungguhan dan keazaman mengelak ketirisan yang mengakibatkan perbelanjaan mengembang.
- Tidak disebut kali ini berkenaan cukai barangan ‘dosa’ ke atas rokok, arak, judi dan sepertinya. Ini diperlukan bagi memperolehi pendapatan Negara dalam keadaan defisit dan mengecilkan jumlah mereka yang ingin terjebak di dalam masalah terbabit.
- Kedai 1Malaysia (KRIM) adalah baik namun perlu disedari peruncit kecil terpaksa bersaing dengan hargabarangan jualan KRIM yang 40% lebih rendah dari harga pasaran, jika tidak dikawal lokasinya boleh ‘membunuh’ kedai-kedai runcit milik peniaga kecil dan sederhana, justeru kami mencadangkan agar kedai ini benar-benar ditempatkan lebih banyak di kawasan luar bandar atau di kawasan yang dikenalpasti didiami kumpulan pendapatan rendah seperti PPRT di kawasan bandar atau universiti.
- Kadar keuntungan cukai harta tanah, di dalam lampiran bajet 2012 disebutkan niat kerajaan adalah untuk mengekang spekulator hartanah dari berleluasa lalu cukai ke atas keuntungan jualan harta tanah dinaikkan dari 5 % ke 10 % bagi pelupusan dalam tempoh kurang dari 2 tahun, kami mencadangkan agar kerajaan mengembalikannya kepda jadual cukai asal iaitu 30% secara berperingkat dwi tahunan agar masalah ini dapat dibendung dengan lebih efektif. Selain itu, jualan harta tanah setelah 5-10 tahun pula dicadangkan agar tidak dihapuskan terus, maka boleh diletakkan cukai minima sekitar 1 peratus,iadijangka penting untuk menjana pendapatan kerajaan.
إِنَّ اللّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤدُّواْ الأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُواْ بِالْعَدْلِ إِنَّ اللّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ إِنَّ اللّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرً
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil.Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu.Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat”. (An Nisa:58)Firman Allah juga :
إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِينُ
Ertinya: “Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercaya.” ( Al-Qasas: 26)Sabda Rasulullah SAW:
“Tiada iman pada orang yang tidak beramanah” (Riwayat Ahmad)
Dari kami untuk khidmat masyarakat,
Ustaz Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Mursyid)
Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi)
Ustaz Dr. Maszlee Malik
Ustaz Dr Zahazan Muhammad,
Ustaz Syed Mohd Norhisyam
Ustaz Dr Abdul Basit Abdul Rahman,
Ustaz Hj Mohammad Nidzam Abdul Kadir,
Ustaz Hj Aizam Mas’ud,
Ustaz Hj Hasrizal Abdul Jamil,
Ustaz Dr. Khairuddin Aman Razali,
Ustaz Imam Muda Asyraf Mohd Ridzuan,
Ustaz Ramadhan Fitri Elias,
Ustaz Dr.Ahmad Wifaq Mokhtar,
Ustaz Zamri Zainuldin ‘Mantop’
Ustaz Abdullah Bukhari Al-hafiz
Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman
Ustaz Shauqi Othman
Ustaz Dr Firdaus Mohd Hatta
Dr. Mohd Nizam Barom
mkbs - baru baca... tak dengar pembentangan tak tengok berita. bila dah baca oooooooo......... saya ikut jer... kerajaan pasti tahu apa yang dikehendakinya apa yang penting untuk agama bangsa dan negara. orang bagi saya ambil...yang saya tak suka ignore jer...tapi pasal naik bersara 60 tahun tu, saya masih fikirkan. sebab nak naik gaji. hahahaaaa.......setakat jawatan macam saya ni gaji ????.... lagipun akta tu kan buatan manusia. Mungkin akan datang umur bersara tu akan diturunkan pula... janji gaji naik ba kan?.... juga ajal maut kan di tangan tuhan... ada yang kata lepas bersara baru nak enjoy...baru nak tumpu beribadat...nak luangkan masa dengan keluarga cucu-cicit... itu pandangan individu. tapi bila saya fikir, kenapa mesti tunggu usia emas baru nak buat... apa salahnya nikmati saja hidup ini seadanya... kalau ada peluang untuk enjoy, enjoy saja. dalam kesibukan kerja cuba untuk terus beribadat kepada Allah SWT. Janji yang wajib jangan tinggal......luangkan masa dengan keluarga setiap masa...dalam kesibukan dalam kesempitan cuba cari waktu untuk bersama insan-insan yang disayangi. kita tak tahu siapa yang pergi dulu... Apa yang kita rancang, fikir nak buat di masa akan datang cuba mulakan pada hari ini...kerana apabila sampai waktunya mungkin hati kita, perasaan kita, keadaan kita akan berubah...dan kesimpulannya ia tak akan tercapai. Kita hanya merancang tuhan yang menentukannya. Sekurang-kurangnya, kita pernah mencuba untuk memilikinya. Semua yang kita ada sekarang ni bukan milik kita....kita pinjam saja. kalau kita tidak nikmati sekarang takut-takut akan diambil balik dalam waktu terdekat..... wallahu 'alam
Selasa, 18 Oktober 2011
Drama Terkini Yang Disukai
Drama-drama ini adalah drama kegemaran saya sekarang. Setiap hari setiap minggu dinanti. Tak boleh dan tak pernah missed. Telefon berdering tidak akan dilayan. Hahahaaaa........
Isnin, 17 Oktober 2011
Semoga....
Gambar lama adik dengan kawan-kawannya sebelum mereka berpindah ke daerah lain. Sekarang kawasan ni okurowut suda. Semua gebulan mo manabas. Hahaha.......
Saya risau dengan kawanku Shahila. Esok dia kena pergi hospital untuk follow-up kandungannya. Bayinya songsang. Kalau tak ok terpaksa kena masuk wad. Semoga semua berjalan lancar, kesihatannya, babynya dalam keadaan baik. Insya-Allah. I believe that she will. I hope so....
Mkbs - akhirnya sy berjaya menidakkan. Selama ini apa sahaja yg berkaitan bayaran ldp sama ada perbincangan atau perjumpaan dengan unit operasi semua tak nak ambil tahu. Hanya mengharap saya dan ila. Tapi pagi tadi sy x mau pi terpaksa juga dia pi. Cakap depan tak nak, cakap belakang lagak sungguh. Penuh dgn layar buruk lagi...asyik-asyik nak perli orang....bos suruh ambil baucar ila pun nak minta bantuan. Tak pandai cari sendiri. Dapat anugerah dekan dalam exam tapi kerja malas. Nanti kalau dapat jadi pegawai maybe 2 x 5 dengan c comot. Mungkin lagi teruk sebab ada angin taufan yg tiba2......peh!!!.... Mungkin juga itu kelebihannya. Huhuhu.... Hanya Tuhan yang tahu...
Jumaat, 14 Oktober 2011
Hari Jumaat
Seronok bisuk cuti ujung minggu.... Cadang bisuk mo pi jogging d hospital. bulih juga injak batu....kasi urut tu kaki....harap-harap jadi
Rabu, 12 Oktober 2011
Macam-macam rasa
Hari ni ada banyak rasa d ofis. Awal pagi lagi we kena panggil masuk bilik bos.
Masalah bayaran memang kerap kali berlaku. Yang menjadi sasaran adalah kewangan. Masih segar d ingatan, tahun 2008 unit operasi tercicir hantar memo bayaran ospos-Australia pakar perubatan. Datin Madinah pengarah bmi waktu tu kata 'awak sepatutnya tahu dan ambil tahu apa yang perlu dibayar. Double check. Awak tahu tak kerja awak?' D akhir bicara katanya 'Patutkah saya keluarkan surat amaran kepada awak?' ... Huhuhu.... Bayangkan kalu korang kena begitu? Betul kata somebody, dalam kerja jangan percaya kepada sesiapapun. Saya percaya setelah terhantuk. Setelah masalah timbul terus dipersalahkan walaupun sebenarnya ia bermula d pihak lain.
Satu pengajaran yang patut diambil serius. Untuk lebih berhati-hati d lain hari. Sentiasa ingat, walaupun kita berhati-hati selalu jika Allah tak izinkan kesilapan tetap berlaku. Kita bukan insan sempurna tetapi berusahalah untuk jadi sempurna. Kerana orang luar tak faham kerja kita. Mereka hanya tahu mengarah, marah dan mengadu.
Kata somebody 'ikan bilis memang kena marah'. PT like us 'landoi' maybe.
Adui, laparla.....
Selasa, 4 Oktober 2011
1Malaysian Development Berhad
Majlis penyerahan geran akademik 1MDB di Dewan Sri Sarjana, UNITEN. Lebih enam ratus penerima geran tersebut. Namun yang datang hanya segelintir sahaja. Jika dilihat pada yang hadir tadi, kaum cina dan india lebih ramai. Namun jika mengikut senarai penuh penerima sama rata. Konsep 1 Malaysia saya bagi sepuluh bintang (markah penuh). Penerima akan menerima wang serendah RM7,500.00 sehingga RM16,000.00 mengikut bidang. Kaya beb!... Menteri 1 Malaysia pun datang. Sekilas pandang macam ada unsur politik. Apa-apa sajalah janji negara aman.
Majlis
@ Berjalan lancar. Buat kerja ikut suka sendiri. Macam kartun. Kejap disuruh ini kejap disuruh itu.
Corat-coret
@ En. Edh tanya siapa jaga meja media, boleh saya jawab 'tidak tahu'. Riak wajahnya lain. Buat malu jer. Tapi betul tak tau...
@ Seorang wakil media tu, saya bagitau dia kena duduk meja 10 atau 17. Boleh dia jawab 'ya ya saya tau. Saya duduk meja 10' sambil bersms. Adui!. Rasa macam tiada fungsi pula. Adiyeiii....
@ Makanan sedap.
@ Puan Fauzana nampak berisi.
@ Pegawai pengiring VVIP mana menghilang? Tugas anda tidak sempurna...
@ Urus setia pintu utama sepatutnya meminta VIP ke kaunter pendaftaran untuk mendapatkan no. meja. Ini tidak... Tau marah ikan bilis saja...hahaha...
@ Saya tak sesuai dengan tugas penyambut tetamu. Kalau setakat senyum angguk ucap selamat datang ok. Nak pi tegur tunjuk arah pi mana duduk mana, gagal. Tapi dah disuruh nak buat macam mana? Saya menurut perintah. Senang kan?
Nak tidur dulu. Esok kerja menunggu
Adikku Asma Ruqaiyah - exam jawab baik-baik yee... I believe u...
Isnin, 3 Oktober 2011
Bulan Oktober
Pejam celik tutup mata buka mata sudah bulan 10. Masa terus berlalu tahun berganti tahun. My age? Move and move... But i'm still there... Same as before... How about my aim? Still in my plan? Or just forget it?... Wait and see... Either win or lost.
Mkbs - Saya masih berpegang "sehebat mana kita merancang tidak akan berjaya jika ia dirancang bukan untuk kita. Setiap kegagalan pasti ada kejayaan cuma masanya kita tidak tahu. Kita harus terus bersabar jika ingin menang"
Bugou - 'aku bahagia dengan hidupku sekarang. Aku ingin ia kekal selamanya. Jika perlu berubah biar takdir yang menghendakinya. Sekiranya perlu berubah aku harap hati ini jiwa ini iman ini tetap utuh kepada Yang Maha Esa. Amiin...'
SEMOGA TERBITNYA MENTARI PAGI BAKAL MEMBERI SINAR KEBAHAGIAAN BUATKU DAN SELURUH KELUARGAKU. Insya-Allah
Langgan:
Catatan (Atom)