How about the cat?
Saya tertarik dengan topik bual bicara di tv1 yang bersiaran dari Australia bertajuk 'brain drain'. Dihoskan oleh Syed Munawar dengan tetamu jemputan Dr Mohd Rameez Yahaya, Dr Ihsanuddin dan Puan Malika (nama penuh tak ingat...)
Mengapa pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian di luar negara tidak kembali untuk berkhidmat kepada negara? Mereka memilih untuk berkerja di sana. Ada pelbagai alasan yang diberikan. Suasana, peluang dan kepuasan. Ada apa dengan suasana? Adakah maksudnya free style? Adakah maksudnya more relax? Atau just be way you are... Mungkin kerana teknologi. (Ada ke mereka ni kerja di pedalaman?) Saya menonton rancangan 'field trip to USA'. Semua pelajar mengakui seronok belajar di sana. Mereka bebas memilih dan tidak terikat dengan pelbagai peraturan remeh-temeh seperti Malaysia. Ada yang kata "jangan menghukum Amerika sebelum datang ke sini". Sampai begitu sekali.
Apa yang dimaksudkan dengan peluang? Adakah Malaysia tidak menyediakan peluang kepada mereka? Peluang yang bagaimana? Peluang untuk bersuara. Peluang untuk ke hadapan. Peluang untuk berkembang. Nak ke hadapan nak jadi yang terbaik mesti berani bersaing. Tak nak bersaing macam mana nak berkembang. Bukankah begitu? Atau mereka terlalu memilih peluang.
Bagaimana dengan kepuasan? Ya. Suasana kerja yang seronok, output maksimum lahirlah kepuasan. Atau ada maksud lain. Mungkin juga kerana kerja lebih bayar lebih. Malaysia lebih kepada buat kebajikan.
Jangan dibandingkan Malaysia dengan negara luar. Amerika, Australia, UK umpamanya. Budaya kita, sosial kita dan ekonomi negara kita berbeza. Ada individu yang lebih suka hidup di celah-celah perbezaan dan sebaliknya. (Kini sosial rakyat Malaysia banyak dipengaruhi negara barat. Kenapa lebih teruk dari mereka?) Ekonomi negara kita belum setanding dengan USA umpamanya. Namun mengapa perlu takut? Jika rakyat Malaysia tidak berminat dengan Malaysia, ada orang luar yang berminat. Asalkan tiada peperangan boleh saja! (Seperti kata Puan Malika 'warganegara alam semesta')
Pada hari ini, kerajaan Malaysia mahu memanggil semua pakar ilmuan untuk kembali berkhidmat kepada negara. Dengan menyediakan bermacam-macan intensif. Pada saya, meminta mereka kembali banyak faedahnya. Cuma kerajaan tidak perlu merayu. Tidak perlu membazir untuk menarik minat mereka. Bukankah mereka kata wang bukan faktor utama? Tiada maknanya pemberian 2 buah kereta, pelepasan 15 peratus cukai dan sebagainya jika citarasa mereka bukan di bumi Malaysia. Tak nak balik biarkan saja. Tak cukup pakar, upah pakar dari luar. Saya pasti ramai yang sudi. Lulusan dalam negara apa kurangnya. Namun percayalah, mereka pasti kembali ke Malaysia. Kalau bukan untuk berkhidmat mungkin untuk memeriahkan bumi Malaysia. Melainkan mereka telah berpaling tadah. Siapa yang boleh melupakan keamanan dan keindahan bumi Malaysia?
* salah seorang pelajar tahun akhir perubatan di Melbourne University berkata 'nak kembali ke Malaysia atau tak bergantung kepada keadaan'. Saya fikir sudah sampai masanya kerajaan atau institusi berkaitan bertindak lebih tegas. Pelajar tajaan biasiswa atau pinjaman jika gagal kembali perlu membayar 3 kali ganda daripada jumlah perbelanjaan sebenar. Tanpa kompromi.
Mkbs - 9 tahun berada di bumi semenanjung belum pernah lagi my family datang sini. Lagi pula kos mahal. Lagipun tiada beza. Jika diizinkan......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou