Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Jumaat, 30 Mac 2012

Forum Perdana - Pesan Trend


Akhirnya berjaya tiba dan solat berjemaah di Masjid besi Putrajaya. Forum Perdana siaran langsung di tv1 dipengerusikan oleh Ridhuan Tee dan pensyarah dari UNIMAP dan UKM. Ditaja oleh unimap, jakim dan rtm. Saya duk tepi tak digmbr pun. Alih-alih Rose yg masuk tv. Huhuhu.... Jadikan pesan-memesan ni satu trend. Kita perlu sentiasa dan saling ingat-mengingati. Agar kita tidak lupa dan tidak leka. Kata pengerusi, nak berhibur nyanyilah lagu sepohon kayu etc. ....ini tidk adil tidk adil...menyampah aku dengar. Hahaha terus terang ustaz.
Ada lagi yg nak ditulis tapi mata x tahan dah. Ngantuk sangat. Bye...

Rabu, 28 Mac 2012

Ginger a.k.a Halia


Saya memasak wajib ada halia. Rebus atau goreng mesti ada. Kerananya perutku rasa selesa. Masa ni sebelum tidur saya baca buku berkaitan khasiat atau healing ginger. Iaitu
- mampu melawan keradangan usus
- dapat mengurangkan kesakitan dan bengkak bagi pesakit sendi.
- juga melawan migrain.
- mengelak dan melambatkan pembesaran kanser.
- baik untuk sistem penghadaman.
- melawan rasa mual @ loya.

Banyak juga benefitnya. Nak baca lagi tapi baru tengok huruf mata dah nak tutup. Rancangan asal nak baca tentang breast cancer tapi ditangguhkan. Jangan terus batal sudah. Hahaha....


Tadi ada sesi pemurnian lejer. Untung masalah dia senang. Yang bikin panas, asal dia tiada mesti ada perkara berbangkit. Mesti banyak bayaran. Masa dia ada forum memanjang. Tambah panas, fail tidak update. Mau cari macam mana.... Paling tidak puas hati, tahu nak cuti seminggu...terima memo tak proses terus. Mangsanya?.... Bila suda selalu terkena hati mulai panas.... Tapi selagi tak terkena marah....biarkan saja. Positif..... Unit K ni pun mengada-ngada. Macam nak salahkan kewangan. Dah jawab memo hantar lagi.... Sebenarnya masalah senang saja tapi mungkin sebab tak berani beri kata putus. Bagus dengan kehadiran timbalan. Ikut kata putus dia. Tak payah susah-susah. Hahaha


Seronok tengok kawan-kawan riang ria - dapat hadiah KFC. Tahniah!

Rasa lapar pula. Sleep first...byee....

Isnin, 26 Mac 2012

Preskripsi - Kongsi


2 hari jogging, pijak batu...now i rasa sakit belakang. Badan terlalu banyak asid. Mungkin salah tidur siang tadi. Now, i want to share about healthy. Tentang apa makanan yg diperlukan bagi suatu penyakit.

JERAWAT

1) Brazil nuts. Cth lain telur, itik, whole grains, ayam .....
2) Makanan kaya zinc. Cth ikan, kekacang, tiram
3) Makanan tinggi omega-3. Cth salmon, fatty fish
4) Makanan tinggi vitamin C. Cth, Oranges, tomatoes, melons.

ELAKKAN
- Kurangkan pengambilan makanan putih - roti putih, tepung putih, kentang lenyek dan makanan yg tinggi kandungan gula.

ANEMIA
- Kurang sel darah merah untuk membawa oksigen yg cukup ke seluruh badan.
- disebabkan kekurangan iron, vitamin B12.

1) Daging merah, itik, ikan, shellfish
2) Makanan kaya vitamin C, citrus fruit, brokoli
3) Makanan kaya folate, peas, beans, green leafy vegetables.
4) Makan supplements diperlukan - iron, vitamin C, vitamin B12, folic acid.

ELAKKAN
- Tea (menghalang penyerapan zat besi). Ada yg menyarankan boleh minum 2 jam selepas makan.
- Celery, chocolate, wheatgrem, bran, tea dan food rich in oxalates.


That's all so far. Masih banyak lagi yang perlu dibaca. Baca tidur tidur baca. After this kena baca buku untuk lulus BITK pula. Sudah 8 tahun kerja exam ni tak lulus lagi. Apa nak jadi? So, this year nak cuba dan target untuk lulus. Begitulah susahnya nak dapat rm40. Have to...must have been.... Wait and see....
Tadi tengok mentor... DHRMS tiada. DSA tu bagi komen - komen selamat. Emo lebih. Wow! Anas mendahului kumpulan A dgn markah 79. Tisha (55) dan Ana (51). Tak suka tengok ekspresi wajah FT - lagu key rendah tapi nyanyi macam nak tercabut leher. Over!... Feel so sorry with Wani. Tidak mengapa rezeki anda bukan d mentor 6. Balik kg rehat secukupnya, bina dan perkukuhkan kekuatan minda dan fizikal....dan kembali mengejar impian. Utamakan kesihatan anda!....

MERLIN akan kembali....entah bila lagi. So during the time, i will miss Merlin and Athur. Aiyyoo.... Tak sabar nak tengok NCIS - ejen Gibbs. Miss u. I also love Hee Jun - American Idol 11. Hahaha.... Penulis blog Rotikaya - look handsome. Huhuhu....macam-macamlah lu...

Kemalasan masih menghantui diri.....lapar lah.... Tidurlah.......


Haropo kopisanangan tadau suab? Hoh!...

Jumaat, 23 Mac 2012

Hantu

Minggu ini satu ofis heboh pasal hantu. gara-gara seorang kpp ternampak lembaga berbaju biru tiada kepala. OMG!...sebenarnya saya pun takut. selama ini saya belum nampak yang real..tapi yang bayang-bayang tu selalu. nampak kelibat tapi bila gi tengok tiada pun...so... oh ok. dalam hati 'jika ko sekadar lalu di sini (tanpa niat buruk tanpa mendatangkan kebinasaan)...lalu la. terima kasih. namun jika ko datang untuk mengganggu saya tak akan maafkan ko...'... Dahsyat kan?.... macam berlagak kuat... but itulah realitinya hatiku.... masih ingat lagi masa berada di sekolah rendah. kasut sekolah yang saya letak di bawah meja hilang masa cikgu mengajar... ya, saya nampak kelibat orang pi bawah meja saya tapi saya tidak endahkan...tup tup....i lost it...my friend said...tak nampak apa-apa pun... masa tidur di rumah ada something tarik selimut. kami saling tarik-menarik. lastly, ada ekor like ekor kucing...panjang lagi tu... saya amatlah terkejut dan takut. dalam ketakutan tu saya bangun dan berkata 'hoi...siapa ko?...kalu berani keluarlah. jan main-main sama sy...' yang hairannya adik-adik sebelah saya tak terjaga pun...termasuklah mak bapa... adui... but lepas tu tidak pernah suda.... But ada yang kata 'jienah, ko tak akan jumpa hantu tu sebab ko tak balik lewat...' it's true. hahahahaaaa........

semalam last cerita pelangi kasih. Ok jugalah... tapi saya tidak setuju dengan cara sofea. kata tak nak berdendam. tindakkannya saja suda menunjukkan dendam. zafrul pula tetap dengan egonya. saya paling kasihan dengan azlin. mesti dia banyak menderita. lelaki yang dia kahwini suka dan bercinta dengan sofea. lelaki itu sentiasa cuba mendampingi sofea walaupun suda berkeluarga. paling saya tidak suka anak azlin tu...berani dia serah diri...hahahaaa....nasib baik sofea tu baik...kalau sebaliknya...padan muka dia. nak mendamaikan keluarga bukan begitu....itu nasib baik sahaja. Namun itu cuma dalam drama. Kalau dalam realiti sanggup ke buat begitu..... jika percintaan itu akan menyebabkan dendam lama mekar kembali....lupakan saja. Kalau sanggup menjadi mangsa...tiada masalah. Kena perli sikit pun dah meroyan..apalagi ????.... Benar kata junjungan 'tamak boleh membinasakan'....

Malam rabu lalu saya tengok drama 'yatimkah aku' di tv9. Mula-mula rasa geram dan marah. Tapi di pertengahan hingga akhir cerita sedih yang amat sangat. Menangis saya. nasib baik saya seorang saja tengok tv. maybe sebab cerita about family...saya mudah tersentuh... nevermind.

Hari ini hari jumaat. Seronok sebab esok cuti hujung minggu...boleh rehat and sleep sleep and sleep lagi...hahahaaaa........ Uhhhh.....setakat itu saja la....

mkbs - adik bagi tau tv dekat kg rosak lagi..kena kilat kuat sangat... uuulalalalaaa.... nasib baik ada tv satu lagi... dah nak hantar untuk dibaiki.....but duit utk byr belum ada lagi la...bulan depan boleh ye.... bajet lari la.... bulan lalu belanja banyak sangat.....

Selasa, 20 Mac 2012

Tahniah...

Tahniah diucapkan khusus buat adikku sayang Asma Ruqaiyah. Hari ni dia sertai pertandingan MTQ Majlis Tilawah al-Quran peringkat Daerah Keningau. Katanya, dia dapat tempat ke-3. Saya hanya sempat mendengar bacaannya sebanyak 2 kali melalui telefon. Dari segi tarannum kira ok. Cuma tajwidnya jadi serabut apabila terlalu berlagu. Belajar dan memperbetulkan bacaan melalui telefon agak payah. Tak jelas. Lagipun saya cuma lihat dari segi tajwid dan makraj huruf. Tarannum dan fashoha dia buat sendiri. Katanya ustazah dengar dia membaca pada sesi latihan sahaja. Tiada teguran. Katanya 'ok laitu'.... Katanya lagi, masa baca tu menggeletar dan nafas tak cukup. Hahahahaa.... i also did it.... it's normal. Time dengar bacaannya tempoh hari memang tak puas hati. Tapi tidak mengapa. Lagipun itu pengalaman pertamanya. Selepas ini boleh buat more better. Keputusannya pun agak baik. Tahniah sekali lagi.  Malam nanti i call u yer...we talk puas2....hahahaaa.........

Isnin, 19 Mac 2012

KJ protege Adam - Mentor 6






I like him...huhuhuhu.... buat butul kio...bulih ba kalo ko.... yakin ma sama ko ngan Adam....

Ahad, 18 Mac 2012

MITOS



Hari ni setelah puas tidur, saya baca buku berkaitan makanan kesihatan. So, di sini maklumatnya.

MITOS 1

Telur tidak baik

- 75% kolestrol dtg dr hati yg disebabkan bnyk mkn burger, donat dan makanan tepu lemak yg tinggi.
- telur bnyk nutrein yg berguna spt lemak tak tepu, folate, vitamin B dan minerals - menghalang kerosakkan akibat kolestrol.
- telur sesuai utk keseimbangan diet. Udang adalah mknan tinggi kolestrol.

MITOS 2

Coffe penyebab kanser

- kajian lewat 1970an - caffeine penybb ketumbuhan cysts dlm tisu breast.
- 1981 - penemuan, coffee boleh menambahkn pancreatic cancer.
- mengurangkn risiko colon cancer.
- minum coffee dpt melindungi sesetengah penyakit spt parkinson dan diabetes.
- coffee tidak menyebabkn peningkatn risiko tekanan darah tinggi.

MITOS 3

Nut berlemak - jauhi

- memakan nut dlm amaun yg kecil dpt membantu kurangkn berat badan.
- nut mengandungi high protein yg dpt membantu kita rasa kenyang tanpa meningkatkn paras kolestrol dan lemak darah.
- nut juga mempunyai tinggi fibre, nutrein termasuk vitamin E, magnesium, folate dan copper.
- mkn peanut butter sandwich on wholegrain bread mampu kurangkan risiko diabetes.

Itu saja. Setakat yang larat dibaca. Lagipun dlm english language ba. Pening mo faham. Kalau terus baca lagi nanti tidurlah akibatnya. Emmm...... Mlm ni inda sabar mo tingu mentor Adam, KJ - bekas penari Showdance. Boleh menyanyi ke? Menari ko memang top. Hahaha.... Actually i hope Adam choose him. And now....it's real. Do the best.

Jumaat, 16 Mac 2012

Ustaz Badlishah Alauddin




Pagi tadi Ustaz Badlishah datang ke JPA untuk sesi ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul. Tajuk ceramah yang diberi "Kehidupan Rasulullah Dari Perspektif Psikologi". Seronok mendengar ceramahnya. Motivasi singgah sekejap dalam hati.

Antara intipati ceramahnya yang berjaya menarik perhatian hati saya...(bukan senang nak tarik perhatian saya...hehehe...).

1) Kalau kita gagal / felt down - apa yang perlu kita lakukan
    - bangkitkan semangat - pergi bercuti / berjalan-jalan / jumpa orang lama. Ada orang yang bila   stress jogging / gim. Ada juga yang keluar dengan kawan-kawan pergi melepak. Dan juga yang melegakan rasa stress dengan tidur. Lain orang lain caranya. Asalkan akibatnya nanti positif.

2) Jangan terlalu mengutamakan emosi sendiri.

3) Spiritual dan kejujuran perlu seiring untuk menjadi insan yang berguna.

4) Hindari perasaan dendam dalam diri.

5) Banyakkan bersabar. (sabar yang bertempat). Ada peluang, ada tempat, ada ruang ambil peluang.
    Dalam tunduk perlu menanduk. 


Kakitangan awam ada 5 kategori :-

1) Wajib - kewujudannya diperlukan, ketiadaannya satu kehilangan
               (akhlak tinggi, kerja cemerlang)

2) Sunat - kewujudannya diperlukan, ketiadaannya tidak merugikan / tidak dirasai.
               (kerja bagus, akhlak rendah)

3) Harus - wujud atau tidak = sama saja. Tidak dirasai.

4) Makruh - Jika ada - ada problem. Jika tiada - tiada problem. Ibarat lalat dan langau.
                  (yang giler-giler - sense of humour)
                  Tapi jangan dinafikan sumbangan mereka. Golongan ini perlu ada dalam bilangan yang
                  sedikit.

5) Haram - kewujudannya - merugikan. Ketiadaannya - diharamkan.
                (yang ni saya tak tahu sama ada wujud ke tak....) Wallahu 'alam.


 - We do the best, let do the rest -



Keputusan Penganjuran Penerapan Nilai-Nilai Murni Tahun 2011

Johan = Rumah Biru (huhuhu...bangga ooo....bukan senang tu...saya kena round 1 jpa hantar kad
             jemputan untuk pengarah, timbalan bahagian... siap salah orang lagi. Yang tak tahan tu...boleh
             mengelak dari dilantik jadi ajk....rasanya kpp tu bengang seharian....huahuahua...ahli rumah
             biru BMI jadi urus setia bahagian pendaftaran, banner, jualan, kad jemputan...pendek kata
             bahagian hadapan....tahu dah akan menang...)

2nd = Rumah Oren

3nd = Rumah Merah

Keputusan Vedio Pendek 3S

Johan = INTAN, Sarawak
2nd = Bahagian Pengurusan Psykologi
3nd = Bahagian Khidmat Pengurusan

* ict bmi kan hebat-hebat...kenapa tak win...atau tak join competition... bagus idea Intan, Sarawak dalam vedio pendek 3S.....


- orang menghina kita, jangan balas dengan ikut caranya... ikutlah cara lembut dan berhikmah... sebenarnya orang yang menghina, mengasari kita itu hatinya tidak pernah tenang - 3 hari 3 malam...mungkin seumur hidupnya (hidupnya akan sentiasa dihantui....).. maka itu jangan terlalu sedih atau rasa rendah diri apabila dihina ataupun dikasari oleh mereka -            

D.U.I.T

Pukul 6.30 pagi tadi saya dengar siaran selangorfm. Bagus dengar siaran radio ni awal pagi sebab lagu-lagu yang diputarkan berunsurkan kerohanian. Seperkara yang telah menarik perhatian saya,

D = doa
U = usaha
I = ikhtiar
T = tawakkal

kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mencapai apa yang kita kehendaki berpandukan garis kemampuan diri. Ini kerana kita tidak selalunya akan bernasib baik. Hasil yang kita perolehi daripada usaha gigih yang kita lakukan adalah lebih baik dan memuaskan. Manakala hasil yang diperolehi daripada mengharap nasib baik selalunya sekadar baik sahaja.

Saya setuju!.... kalau kita terus berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang diingini, sama ada berjaya atau sebaliknya ......harus tawakkal.

Semalam saya terbaca kisah seorang pelajar Thailand yang pergi ke Singapore bersama kawan-kawannya untuk menghadiri seminar. Pelajar tersebut terlibat dalam kemalangan. Menunggu keretapi, orang ramai berpusu-pusu, tolak-menolak dan akhirnya yang menjadi mangsa pelajar tersebut. Akibatnya kedua-dua kakinya terpaksa dipotong. Tanpa merungut, tiada ucapan, tiada air mata dia pasrah dengan ketentuan Tuhan. Tabahnya dia.

Semalam juga saya baca buku tentang food cures. Coffe boleh melegakan migrain. Namun coffe juga boleh menyebabkan cancer. Tea adalah minuman terbaik antioksida namun ia juga boleh menyebabkan cyst. Ada banyak lagi tapi hanya itu yang tiba-tiba bermain di fikiran saya.

Pagi ni saya minum teh tarik yang dibuat oleh Cik Mashi.... sedapnya....boleh buka kedai dah ni...boleh dibuat menantu juga....heheheee.....

Selasa, 13 Mac 2012

My Birthday


Today is my birthday. My big hope ..... Gaji lambat lagi - duit suda abis. Aduii..... Harapan saya ialah mahu kekal sihat (now sakit kepala. Antara lapar atau power dah naik)...dimurahkan rezeki, hidup diberkati, usia dipanjangkan....ada lagi tapi tidak boleh dinyatakan di sini (dalam buku rahsia saja).... Cuma 1 yang belum pernah masuk dalam perancangan dan bajet 'get married'. Alamak...umur dah makin meninggi tapi tak ? lagi.... Belum ada pilihan spesifik. Mata keranjang.... Nak yang begitu nak yang begini....tamak sungguh. Susah juga kan....perempuan tak cantik like me suka lelaki kacak. Hehehe.... Jumpa yang kacak tak menawan hati pula.... Ceh!,..... "Semua orang ingat lepas kahwin hidup bahagia. Tapi sebenarnya tidak" - kata-kata yg berpengalaman. Erti bahagia berbeza pada setiap individu. But saya setuju 100% dengan kenyataan itu.

Sy tension btul somebody yg asal jumpa mesti talk about age. Siap perli2 lagi. Joke maybe but selalu sangat. Jadi malas nak bersembang.... Alahai dah mengantuk dah. Esok ada kursus sehari. Kena dengar orang membebel lagi. Terpaksa.

"SITI JIENAH, SEMOGA KAU TERUS BERSABAR" insya-Allah.

Isnin, 12 Mac 2012

Chong Wei....All England


Masa pengulas sukan tu cakap 'TM Malaysia ada kerisauan - CW sakit bahu'...ingatkan sekadar perang sykologi. True!... Mula set 1 sy suda nampak raut wajah mcm tahan sakit. Sy masi berdoa. Mungkin itu strategi. No! Makin lama makin ketara. Hayunan pukulan terlalu lemah. Kalu sy abis saja set 1 - enough. Tak perlu menguji kesakitan tu. Kejohanan All England bukannya penentu hidup mati. Kalau CW tidak cedera dia pasti menang kerana LD tak main dengan sempurna. Walaupun CW beri kemenangan percuma kpd LD - LD nampak tidak puas hati. Dia nampak terganggu dengan kecederaan CW. Apa signifikan mereka bertukar baju.

Walaupun kecewa dgn result tersebut, kesihatan jaguh lebih utama. Dia sudah pernah memahatkan namanya di kejuaraan ini. So, don't worry. Keringatnya masih dan amat diperlukan di Olimpik nanti. Tahniah kerana berjaya sampai di final.

CW - I LOVE U ....

Jumaat, 9 Mac 2012

SBPA dibatalkan......


Akhirnya SBPA dibatalkan. Mengapalah tak teliti awal-awal. Kan dah jadi masalah.... Yang kelakarnya, orang yang dulu tak setuju sekarang kecewa pula. Bagi mereka yang sudah nampak kelebihan SBPA kepada kerjaya mereka tentu kecewa. Terutama mereka yang tangga gaji dah langgar dinding. Yang bagusnya orang atasan tak dapat nak berlagak mewah lagi. Gaji banyak pun RASUAH tetap jadi makanan. Tiada bezanya. Peniaga pula tak sudah-sudah nak ambil kesempatan. Semua nak untung. Apa-apa pun bersyukur seadanya. Rezeki kurniaan Allah. Al-Hamdulillah.


Tadi dekat ofis ada kekecohan sedikit. Soalan umum - tak sebut nama seseorang, maknanya siapa saja boleh jawab. Jawaban yang diberi pun ringkas, umum. Kenapa nak melenting? Kalau saya - saya pun akan jawab begitu. Pelik!!.... Yang hebatnya, siap cerita pada semua orang dia telah berkasar. Bangga sungguh dia. Fuh!... Lagi maha dahsyat, perbualan masa makan disampaikan padanya. Siapakah orang yang menyampaikan tu? Talam dua muka betul. Mungkin orang tu suka tengok orang tu terus meroyan. Dan mungkin juga orang tu tak suka orang yang dikasari. Saya pula yang panas hati mendengarnya. Durang tidak suka orang yang dikasari tapi sebenarnya perangai durang sama sepertinya. Tak percaya perhati betul-betul. Durang tu tak takut ke? Durang ada anak kecil. Tunggu anak besar - bersikap kurang ajar - rasakan. Kalau ada masalah kawallah sebaiknya. Hari-hari ada masalah takkan tak reti-reti nak settle. Kata hidup berdikari. Jadi, buktikan tanpa keluhan.
Allah maha mengetahui.



20hb ni, Asma Ruqaiyah akan mewakili sekolahnya dalam pertanding Musabaqah Tilawah Al-Quran peringkat daerah Keningau. Semoga dia terus berusaha selepas exam this week. Saya pernah menjuarainya dua tahun berturut-turut. Dan saya peserta pertama yang dapat menewaskan peserta dari sekolah agama bahasa arab. Saya menjadi tumpuan ketika itu. Sekolah saya buat pertama kali memenangi pertandingan tersebut. Bangga siut!... Kalau Asma Ruqaiyah berjaya mengulangi rekod kakaknya bermakna sudah dua orang anak Liyor masuk carta sekolah. Bezanya AR lebih pintar daripada SJ dalam akademik. AR berusaha untuk masuk aliran sains tulen demi cita-citanya, SJ pula belajar saja - mana-mana pun boleh. Dapat masuk aliran sains tulen tapi result hampeh...cukup makan. Nasib baik dapat juga kerja kerani kewangan. Mungkin sebab maths dapat A. Syukurlah.

Mengantuk pula tunggu maghrib.


Selasa, 6 Mac 2012

Masih Terasa


Rindu mo karoke. Belum puas dah balik. Hari ni penat betul. Angkat, susun dan koyak kertas. Honestly, saya risau juga nak koyakkan baucar lama. But tiada tempat suda. Hantam saja. Lagipun biasiswa. Kalau yg part panjar saya just go on. Koyak saja. Apa-apa pun semoga esok semuanya akan berjalan dengan lancar. Tadi petang pun ada perjumpaan Temenggung. But kitorang tak pi pun. Sibuk. Hahaha......
Sebenarnya hari ni saya terlupa buat memo yg sampai petang semlm. Nasib baik bos minit tarikh hari ni. Buuuooooossssssss.......


Siuk tingu c ariana pilih cinta pertamanya. Siuk pula jadi mcm ariana - ada 3 lelaki yg suka @ berharap dengannya. Nak memilih? ADAKALANYA JODOH MENDAHULUI CINTA SEJATI. What's mean?



Office Humour

An Honest Boss
- Working in a busy office, i finally heard some truth in a senior manager's phone call. He was trying to pass the caller back to an office assistant with, “do you want to speak to me? Or do you want to speak to someone who knows what they're talking about?”


Bikin panas tengok drama BFF.

Sabtu, 3 Mac 2012

Sampai....


Akhirnya sampai di kediaman Putrajaya. Penatnya. From house naik kereta rusa (bapa hantar) ke stesen taxi. Naik taxi ke airport. Kemudian naik kapal. Sampai di lcct naik bas ke salak tinggi untuk menaiki transit erl ke putrajaya. Lepas tu naik taxi ke kediaman di presint 9. Nasib baik tiada laluan menggunakan bot @ sampan. Thats why saya tak suka perjalanan jauh. Perjalanan jauh tidak pernah meninggalkan kesan yang outstanding dalam diri saya. Meskipun ada kemanisan namun kepahitan paling diingati sampai bila-bila pun. Ia mengatasi segala-galanya. Apa-apa pun dah selamat sampai al-Hamdulillah.

Lapar..


Time To Back


Sekejap lagi naik kapal. Tengah berbaris ramainya orang. First time naik kapal warna hijau NAZA. Apa bezanya dengan yang lain?
So hate this situation...leave my home.... Very tired also.... Tomorrow i want to sleep puas-puas. Just now i feel about home....fuh! I hope this feeling will lost when i leave here... Have to do.... Ready to work this monday...

Bye Sabah.,my family... See you all six month yet...

Jumaat, 2 Mac 2012

Keningau


Keningau kini bertambah sesak. Office hour bermula jam 4.30 petang jalan raya akan sesak. Like Putrajaya.

Bos nak kuih cincin tapi tidak berjaya diperolehi. Keningau tiada. Penat mencari tak jumpa. Kalau ke Pasar Pelipin maybe yes. Tapi saya tak pergi. Jauh dan mahal naik teksi. I am sorry En. Faizal. Kalau ada di airport nanti saya.

Khamis, 1 Mac 2012

Birthday My Mum


Ini kek untuk birthday my mum malam ini. Saya tak tahu nama kek ni sebab adik saya yang tempah. Harganya RM50.00. Tak sabar nak rasa. Sedap kata mereka yang pernah menempahnya. Acara malam ni mesti meriah. Barbeque.... Saya tengah menunggu apalagi kejutan yang bakal dilakukan oleh adik-adik. Pagi tadi mereka telah menyiram mama yang sedang berhias. Mama menjerit-jerit, kami bergelak ketawa. Sakit perut tengok mereka. Huhuhu.... Suasana di rumah sekarang sungguh riuh dengan acara berkaroke oleh tiga beradik. Pagi tadi adik lelaki. Saya minta tolong potong daging ayam pun tidak dilayan. Kesian saya.... Tunggu, saya pun nak juga. Mengantuk. Cuaca teramat panas. Kalau boleh nak tanggalkan semua pakaian.....hahaha.......


Nak simpan dadih dalam peti ais dulu.
Selamat Hari Jadi untuk mama....semoga panjang umur dan sihat selalu...