Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Jumaat, 9 Mac 2012

SBPA dibatalkan......


Akhirnya SBPA dibatalkan. Mengapalah tak teliti awal-awal. Kan dah jadi masalah.... Yang kelakarnya, orang yang dulu tak setuju sekarang kecewa pula. Bagi mereka yang sudah nampak kelebihan SBPA kepada kerjaya mereka tentu kecewa. Terutama mereka yang tangga gaji dah langgar dinding. Yang bagusnya orang atasan tak dapat nak berlagak mewah lagi. Gaji banyak pun RASUAH tetap jadi makanan. Tiada bezanya. Peniaga pula tak sudah-sudah nak ambil kesempatan. Semua nak untung. Apa-apa pun bersyukur seadanya. Rezeki kurniaan Allah. Al-Hamdulillah.


Tadi dekat ofis ada kekecohan sedikit. Soalan umum - tak sebut nama seseorang, maknanya siapa saja boleh jawab. Jawaban yang diberi pun ringkas, umum. Kenapa nak melenting? Kalau saya - saya pun akan jawab begitu. Pelik!!.... Yang hebatnya, siap cerita pada semua orang dia telah berkasar. Bangga sungguh dia. Fuh!... Lagi maha dahsyat, perbualan masa makan disampaikan padanya. Siapakah orang yang menyampaikan tu? Talam dua muka betul. Mungkin orang tu suka tengok orang tu terus meroyan. Dan mungkin juga orang tu tak suka orang yang dikasari. Saya pula yang panas hati mendengarnya. Durang tidak suka orang yang dikasari tapi sebenarnya perangai durang sama sepertinya. Tak percaya perhati betul-betul. Durang tu tak takut ke? Durang ada anak kecil. Tunggu anak besar - bersikap kurang ajar - rasakan. Kalau ada masalah kawallah sebaiknya. Hari-hari ada masalah takkan tak reti-reti nak settle. Kata hidup berdikari. Jadi, buktikan tanpa keluhan.
Allah maha mengetahui.



20hb ni, Asma Ruqaiyah akan mewakili sekolahnya dalam pertanding Musabaqah Tilawah Al-Quran peringkat daerah Keningau. Semoga dia terus berusaha selepas exam this week. Saya pernah menjuarainya dua tahun berturut-turut. Dan saya peserta pertama yang dapat menewaskan peserta dari sekolah agama bahasa arab. Saya menjadi tumpuan ketika itu. Sekolah saya buat pertama kali memenangi pertandingan tersebut. Bangga siut!... Kalau Asma Ruqaiyah berjaya mengulangi rekod kakaknya bermakna sudah dua orang anak Liyor masuk carta sekolah. Bezanya AR lebih pintar daripada SJ dalam akademik. AR berusaha untuk masuk aliran sains tulen demi cita-citanya, SJ pula belajar saja - mana-mana pun boleh. Dapat masuk aliran sains tulen tapi result hampeh...cukup makan. Nasib baik dapat juga kerja kerani kewangan. Mungkin sebab maths dapat A. Syukurlah.

Mengantuk pula tunggu maghrib.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou