Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Jumaat, 29 November 2013

Akruan - Gold Coast Morib


Kursus Perakaunan Akruan Bil. 2 Tahun 2013, bertempat di Gold Coast Morib International Resort, Sepang pada 27 - 29 Nov 2013. Bagus kursus ni. Specially people like me. But so hard for me because saya tidak mempunyai asas perakaunan. Can you imagine? Study about principal of account, double entry, jurnal. Bukan itu saja. Lejar, imbangan duga, pelarasan, penyata pendapatan, penyata kedudukan kewangan. Walaupun stress...migrain mari tetap mencuba untuk terus memahami satu demi satu. Ada ketikanya rasa nak menjerit. Apa-apa pun yang penting ilmu bertambah. Dan the most important maybe all these could help me to make a preparing to entrance exam w27 next year and on. Insya-Allah. Nasib baik juga penceramah jemputan cool-cool belaka. I think mereka pun stress sama. Hahahaaa.... But i like cara En. Siva. Cuma too fast. (minturug tulu ku...). Terima kasih banyak-banyak kepada puan Zuriati Azwa dan puan Hijrah kerana banyak membantu. (saya rasa saya perlu berguru dengan korang... Bulih ka?)Pertama kali datang kursus di Hotel ni....biasa-biasa saja pun. Bagi yang suka mandi-manda tu mungkin best kot. Terutamanya budak-budak. Lagipula sekarang ni cuti sekolah. Lebih kurang tiga hari kursus - makanannya tiap-tiap hari sama. Terasa sungguh kebosanan. Standardnya macam makan di cafe C1. Jadi tidak payah bangga sangat yer....hehehee.... Eerrmmmm... Kata orang hotel ni hebat....(tak tau apa yang hebat...). Apa yang hebatnya? Perkara yang paling tidak boleh tahan....udara di sekelilingnya tidak segar. Apa tidak berbau najis ayam. Siasat punya siasat - aaaa....rupanya berdekatan dengan penternakan ayam. Astaghfirullah. Jiwa saya terganggu. Tak sabar nak balik. Mungkin mereka-mereka sudah biasa dengan bau-bauan seperti itu. Nak buat macam mana kan?..... Apa-apa pun sekarang sudah sampai rumah...barang lama jangan dikenang. Hahaha....aeeekkk...tapi study ulangkaji akaun tu wajib...kata penceramah ulangkaji tiga puluh minit seminggu. Saya akan cuba untuk meningkatkan kefahaman. Insya-Allah. Ok lah... Itu saja.... Saya nak makan dulu... Byeee.... Assalamualaikum. 



Welcome to Celcom MMS
An MMS has been sent to you containing the following attachement(s)

Sabtu, 23 November 2013

FINAL AJL 28 & MAMA Hongkong 2013

FINAL AJL 28

1) Hazama / penglipur lara
2) Black / takkan terpisah
3) Hafiz / bahagiamu deritaku
4) Salam muzik / aku pelat. (tak suka lagu ni..)
5) Aizat & Noh / in love with you. (Lagu aizat ft yuna lagi best tp tak terpilih..)
6) Stacy / Bosan (yes...harap2 kali ni ko ada rezeki..)
7) AwiRafael ft Ultimet / kalau aku kaya (kalu sa kaya sa mo beli ni Malaysia...)
8) Hyperact / hanya aku
9) Azlan typewriter / tanda tanya
10) Najwa latif / sahabat
11) Jacklyn victor / ikut rentakku (lagu jaga diri tak berjaya...)
12) Alyah / kau yang terindah

@apa-apa pun yang penting kumpulan Bunkface tak masuk final. Hahaha....
@lagu kembali tak berjaya... Kali ni memang semua lagu hebat belaka.



MAMA 2013 Hongkong
Saya tak tumpu tengok...sekejap tengok sekejap buat kerja lain. Banyak juga part yang terlepas. Antara yang tertengok (hahaha...)

Vokal Terbaik lelaki
; Lee Seung Gi (i love u. Persembahan bersama okestra memang terbaik...)

Vokal Terbaik (P)
; Ai Lee

Kumpulan Terbaik (L)
; Infiniti

Artis Terbaik (P)
; Lee Hyo-Lee

Best Live Performance
; Lee Seung Chul

BC-Unionpay artis 2013
; G-Dragon (tak suka tapi diakui tarian dan vokalnya memang hebat.)

BC-Unionpay album of the year 2013
; EXO

@hebat persembahan Aaron Kwok.
@Kim Yuna semakin tak cantik. Tambah plastik ka?
@Lee Dong Wook sentiasa nampak tampan. Love u...
@RAIN- Ready of the moment ; 06.01.2014. Miss u. Persembahan dan tarian masih mantap.
@duet antara Steve Wonder, Aaron Kwok, Hyroin - menyentuh hati.
@penyanyi dari Norway, Ylvis (tak tau ejaan...) Juga dapat award tapi tak ingat kategori apa.
@woww...Paris Hilton pun ada.
@G-Dragon menang besar...kalah PSY...gentlemen...
@artis pilihan Indonesia adalah kumpulan Smash. Malaysia tiada ka?
@super junior senyap jer...tak masuk senarai terbaik ke?

Ok la... Itu saja...hebat betul warga Hongkong...bersama MAMA selama 4 jam...music makes one. Ya ka? Tidur dulu lah...























Jumaat, 22 November 2013

PUASA SUNAT 2013-2014 - Sepanjang 1435 H



Senarai PUASA SUNAT 2013-2014 - Sepanjang 1435 H

#maklumat ni saya copy dari...ntah lupa....#

1. PUASA 1-9 MUHARAM = 5-13 NOV 2013

2. PUASA HARI ASYURA iaitu PADA 10 MUHARAM BERSERTA SEHARI SEBELUMNYA IALAH PADA 13 - 14 NOV 2013

3. PUASA HARI ISNIN DAN KHAMIS : MANA-MANA HARI ISNIN DAN KHAMIS KECUALI HARI TASYRIK 11 ZULHIJJAH = 6 OKT 2014 (ISNIN)

4. PUASA HARI PUTIH PADA 13, 14 DAN 15 HARI BULAN SETIAP BULAN HIJRAH SPR BERIKUT:
MUHARAM = 17-19 NOV 2013
SAFAR = 16 -18 DIS 2013
RABIULAWAL = 15-17 JAN 2014
RABIULAKHIR = 13-15 FAB 2014
JAMADILAWAL = 15-17 MAC 2014
JAMADILAKHIR = 13-15 APR 2014
REJAB = 13-15 MEI 2014
SYAABAN = 11-13 JUN 2014
SYAWAL = 09-11 OGOS 2014
ZULKAEDAH = 08-10 SEPT 2014
ZULHIJJAH = 08-10 OKT 2014

5. PUASA SUNAT REJAB = 1-29 MEI 2014

6. PUASA SUNAT SYAABAN ( KECUALI HARI SYAK 30 SYAABAN) = 30 MEI- 27 JUN 2014

7. PUASA ENAM ( PUASA MANA-MANA ENAM HARI SYAWAL KECUALI 1 SYAWAL IALAH antara 29 JULAI - 26 OGOS 2014

8. PUASA 1- 8 ZULHIJJAH = 26 SEPT-3 OKT 2014

9. PUASA HARI WUQUF
(BAGI MEREKA YANG TIDAK MENUNAIKAN HAJI) = 4 OKT 2014

Semoga Allah mempermudahkan urusan ibadat kita kepadaNya dan menerima amalan puasa kita.

Allah telah memberitahu kepada Nabi saw di dalam sebuah hadith yang maksudnya, “Setiap amalan anak Adam adalah untuk dirinya sendiri kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu untuk aku (Allah) dan akulah yang langsung membalasnya.” (riwayat al-Imam al Bukhari dan Imam Muslim)




mkbs - cuba untuk terus berusaha... melatih diri...mengamalkan puasa sunat. Sebenarnya, saya memang terlalu liat untuk berpuasa sunat. Cabaran haus air tu yang tidak mampu dilawan. Tapi time ramadan dapat pula bertahan...kelakar. Kalau bukan kerana puasa ganti confirm saya tak puasa. Ermmm....

Jumaat, 8 November 2013

Malam Cinta Rasul

7 Nov 2013 : Assalamualaikum.... Tadi saya dan kawan2 pigi Presint 3, Putrajaya. Saya pun tidak tau apa program ni. Saya tak ambil port sangat... But bila kawan2 kata nak pi tengok aku pun nak join juga (naik moto tu yang gigil sikit...hehehe...nasib baik ada yang sudi tumpangkan...) . Majlis ilmu kan.... Ada siaran langsung di TV Hijrah. Bukan senang nak datang. Tapi al-Hamdulillah. Temanya "Malam Cinta Rasul". Persembahan jemputan Sheikh Habib dan Ustaz Don Danial. Sheikh Habib dan geng2 dia...berqasidah selama sejam...hebatnya. Selingan ucapan Ustaz Don - peringatan dan di hujungnya ada doa. Bergenang air mata mendengar dan mengaminkan doanya. Terima kasih Ustaz Don. Yang kelakarnya, saya mati2 ingat Sheikh Habib Habib Syech tu orang Mesir. Ada part2 lagu guna bahasa melayu...dalam hati, wow...pandai bahasa melayu... Tup tup tup dia bercakap bahasa melayu Indonesia... Hahahaaa....orang Indon rupanya...sama dengan Opick. Tertipu...siapa suruh tidak search dulu sebelum datang majlis...kwang kwang kwang... Muka dia denga serban sebiji macam muka arab ba kenogi...mangkali kacukan tu...heheheee..... Adam AF pun ada datang.... Sejuk mata menengok kebanyakkan para lelaki memakai jubah putih. Nampak suci sangat. Orang belakang saya bukan main menjerit lagi menyanyi YA HANANA.... Sakit telinga sa....sudahlah tidak sedap...tapi positif saja...bagus durang...punya semangat tinggi walaupun nyanyi tak sedap... Hujung minggu nak pigi lagi la.... Katanya ada Maher Zain. Adakah yang sudi bawa saya?....heheheeee...... YA HANANA YA HANANA YA HANANA YA HANANA.... Selamat tidur.


Welcome to Celcom MMS
An MMS has been sent to you containing the following attachement(s)

Selasa, 5 November 2013

LAPORAN RAND 2007



Rancangan Twins Of Faith di tv9 - menarik minat saya apabila disebutnya Laporan Rand. Oh... Apakah itu laporan rand? Saya tidak pernah tahu. Sesungguhnya saya jauh ketinggalan. Lalu saya pun google. Banyak info yang saya perolehi daripada pelbagai blog dan web terutamanya dari Indonesia. Untuk lebih puas hati anda dipersilakan mencari dan membaca sendiri kandungan buku tersebut. (harap-harap saya akan jumpa buku tu...) Laporan RAND Corporation 2007 - telah menjalankan kajian di kebanyakkan negara islam untuk tujuan menilai kekuatan umat islam. Hasil laporan tersebut telah diserahkan kepada Amerika Syarikat. (RAND Corporation mempunyai kontrak dengan Amerika Syarikat). Seperti yang kita sedia maklum, Zionisme mempunyai berbagai cara untuk melemahkan ideologi umat islam. Dari cara kasar sampai ke misi-misi halus demi untuk menghancurkan penganut agama islam. Mereka sedar bahawa dalam melumpuhkan seluruh umat islam tidak cukup hanya dengan cara penangkapan dan pembunuhan. Jika dibunuh mujahid masih akan muncul lagi. Maka cara paling utama yang mereka mahu lakukan adalah memesongkan pemahaman syariat islam dan jihad yang difahami oleh umat islam secara menyeluruh. Radikalisasi merupakan projek jangka panjang yang tidak akan berhenti hingga akhir zaman. Hasil daripada kajian tersebut, RAND Corporation telah mengklasifikasikan umat islam dengan 4 kelompok iaitu Fundamentalist, Tradisionalist, Modernist dan Secularist. Keempat-empat kelompok ini akan dilaga-lagakan supaya berpecah-belah, tidak bersatu dan bermusuhan. Kelompok Fundamentalist adalah mereka yang pro menegakkan syariat islam, berjuang untuk menegakkan khalifah islamiah, anti demokrasi dan anti barat. Kelompok ini amat berbahaya kepada Barat. Cara menanganinya, bunuh dan hapuskan. Kelompok Traditionalist, pada dasarnya pro terhadap syariat islam dan khalifah tetapi mereka masih boleh menerima demokrasi. Bagi Barat kelompok ini tidak berbahaya tetapi perlu berwaspada. Maka cara yang dimainkan oleh Barat adalah adu domba bagi melaga-lagakan umat islam. Bagi kelompok Modernist dan Secularist, kelompok ini berstatus aman dan sangat aman. Mereka adalah kelompok yang berada di belakang barisan fundamentalist dan traditionalist. Mereka pro demokrasi, tidak setuju syariat islam dan penegakkan khalifah. Meskipun mereka anti barat namun kelompok modernist masih boleh dibina. Tujuannya untuk dijadikan pemimpin di negara-negara islam. Mereka bukan sahaja mensasarkan kalangan modernist tetapi juga mujahid. Salah satu pendekatan yang dimainkan adalah ekonomi. Bukan itu sahaja maklumat yang saya jumpa....yang ini juga.... Laporan RAND Corporation 2007 juga menyorot 2 nama Muslim Moderat yang tersohor iaitu Anwar Ibrahim (Malaysia) dan Abdurrahman Wahid aka Gus Dur (Indonesia). Malah nama Gus Dur disebut beberapa kali dan turut dimuatkan tulisan Gus Dur bertajuk "Right Islam vs Wrong Islam" yang pernah disiarkan dalam The Wall Street Journal pada 30 disember 2005. Yang menarik juga disebut John Esposito dan John Voll merupakan guru Anwar Ibrahim. Kedua-dua tokoh ini diiktiraf oleh Laporan RAND Corporation 2007. Kedua-dua tokoh ini juga diiktiraf oleh orientalist. Mereka pernah diklasifikasikan sebagai Muslim Moderat oleh John Esposito sejak tahun 1998 dalam bukunya "Makers Of Contemporary Islam" (Oxford University Press, 1998). Dua negara yang berbeza, strategi dan tindakan cara yang berbeza dengan matlamat yang sama. Gerak-geri Gus Dur bersifat terbuka di Indonesia tetapi Anwar lebih berhati-hati di Malaysia. Namun Anwar tidak mampu berselindung selama-lamanya. Beliau sendiri membuat pengakuan menjadi tenaga penting dalam menggerakkan IFC dalam temubual dengan majalah Aliran Monthly pada 5 jun 2007. Kata Anwar, untuk menyelesaikan masalah pertikaian agama di Malaysia cara terbaik adalah "terima IFC". Sudah tentu sekiranya anda bertanya saya, ini adalah negara bebas". Naik darah saya. Memanglah Malaysia negara bebas beragama tetapi agama islam adalah agama rasmi. Majoriti penduduk Malaysia adalah beragama islam. Majoriti itu peneraju dan mengetuai... Seperti juga Amerika Syarikat. Majoriti penduduknya bukan islam. Maka mereka menerajui negara mereka. Persoalannya, mengapa Anwar menyokong gerakan RAND Corporation 2007 untuk menakluki Malaysia? Mengapa Anwar tidak membantu umat islam yang tertindas di Amerika Syarikat menakluki negara itu? Jawapannya senang saja...sebab Anwar tergolong dalam kelompok Modernist. Kelompok modernist mudah dibina untuk dijadikan pemimpin. Pada waktu yang sama pula Anwar bercita-cita menjadi Perdana Menteri Malaysia. Mereka saling bergantung dan saling memperguna bukan?.... Masing-masing ada motif dan agenda. Motif RAND Corporation adalah untuk menghapuskan penganut agama islam di seluruh dunia manakala Anwar mahu jadi Perdana Menteri Malaysia. (Anwar penganut agama islam bukan?) Di antara mereka siapa yang akan terkorban dan dikorbankan?... Sudah tentu Rand Corportion takkan jatuh terkubur....kecuali orang-orang dalam tu mendapat hidayah daripada Allah SWT. Insya-Allah. Jika satu hari nanti saya terjumpa Anwar Ibrahim, saya mahu bertanya kepadanya 'adakah En. Anwar sangat puas hati?'. Jika ketika itu dia sudah uzur tidak berdaya saya mahu ucapkan 'terima kasih kerana masih hidup'...... Pemerintahan Najib mungkin banyak kelemahan namun saya yakin dia pasti berjaya menghadapi dan menyelesaikannya. Insya-Allah. Saya mahu Islam tetap kukuh di Semenanjung Malaysia. Saya juga berharap Islam akan kukuh di Sabah. Saya tahu di Sabah ramai anti-islam. Itu perkara biasa kerana majoriti penduduknya non-muslim. Kita hanya mampu berdoa semoga kita semua mendapat perlindungan dari Allah SWT. Semoga Allah menggagalkan semua agenda musuh islam. Amiinn...



Hari ini 1 Muharam 1435H bersamaan 5 November 2013. Semua orang islam tidak lupa mengucapkan Salam Ma'al Hijrah. Namun saya sedikit keliru dengan tulisan Dr. MAZA melalui laman webnya berkaitan hijrah. Adakah saya yang tersalah faham atau sebaliknya?.... Dr. MAZA memang orang terpelajar.... Ketinggian ilmunya diperlukan. Cuma kadang-kadang saya rasa dia ni agak keterlaluan. Kadang-kadang saya rasa dia ni suka mencari perhatian orang ramai. Entahlah... Tapi saya masih suka mengikuti dan membaca webnya. 



Selama ini saya mendengar ilmuan kata, kalau nak tahu akhlak seseorang itu baik atau tidak tunggu ketika dia lapar. Ustaz Kazim kata, kalau nak tahu baik atau tidak akhlak seseorang tengok ketika dia marah. Hahahaaaa..... Kalau setakat lapar tiada penyakit (gastrik) pasti seseorang tu mampu bersabar. Kalau setakat marah tanpa ada hasutan seseorang itu pasti mampu bersabar. Semua itu bergantung kepada tempat, masa, situasi dan kemahuan. Susah bha mo nilai tahap kesabaran urang. Yang penting jangan terlampau. 



Esok 6 Nov 2013, adikku Leng Leng akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Saya harap dia dapat melakukan yang terbaik demi masa depannya. Doaku sentiasa mengiringimu. Insya-Allah.

Isnin, 4 November 2013

Little Black Dress And ME

LITTLE BLACK DRESS, mengingatkan saya zaman persekolahan dan sebelum umur mencapai 30 an. Kisah kehidupan persahabatan. Ada yang bernasib baik ada yang bertungkus lumus ada yang 'just go on' dan sebaliknya. Ada yang berjaya ada yang masih mencuba dan ada yang terus mencuba. Walaupun sibuk dengan kehidupan masing-masing perhubungan masih berterusan. Seronok kan? Drama ini memang berjaya mencuit hati saya. Hahahaa..... Sedihnya, orang yang paling sibuk yang ingat tarikh lahir kawan. Perlu ke? Jealous pula saya. Tiba-tiba teringat kawan-kawan sekolah kawan sekampung kawan sekeluarga. Walaupun mereka jauh di mata mereka dekat di ingatan saya. Namun masa merubah segala. Semua kawan yang saya rapat - tarikh lahir mereka saya simpan. Maklumlah dulu-dulu tiada telefon saya utus surat untuk bercerita dengan kad ucapan hari jadi sekali. Mula-mula tu berbalas selepas tu senyap. Dan saya pun senyap. Selepas saya dapat kerja dan berjaya membeli telefon bimbit, setiap tahun saya hantar pesanan ringkas 'Happy Birthday......'. Sampaikan satu tahap ada seseorang tu balas pesanan ringkas saya 'ucapan je ke? Bungkusan tiada?'. Saya terkedu sambil tersenyum. Dalam hati saya, ucapan sudah cukuplah. Saya tidak pernah berniat untuk memberi hadiah. Kenapa pula saya kena buat begitu? Kamu-kamu bukannya pernah ucap 'happy birthday' untuk saya. Saya buat begitu pun sebab saya terjumpa tarikh lahir kamu-kamu dalam buku nota kecil saya zaman sekolah menengah. Heheheee..... Tapi sejujurnya saya memang suka hantar ucapan sebab hanya itu yang saya mampu. Semua tarikh lahir mereka saya simpan dalam telefon. Kemudian pada pertengahan tahun 2012 telefon saya telah rosak. Maka semua data itu telah hilang. Hilang semuanya. Dan saya tidak mencari lagi. Bermula dari itu saya telah berhenti menghantar pesanan ringkas 'happy birthday'.... Saya hanya hantar melalui facebook. Itu pun kalau saya buka akaun facebook. Saya tidak kisah dengan semua itu lagi. Sebab mereka semuanya sudah ada masjid. (durang bukan ingat saya pun...) Mula-mula bina masjid masih contact - lama kelamaan senyap begitu saja. Mungkin sebab saya yang tidak berusaha untuk terus menghubungi mereka. Maklumlah mereka kan sibuk. Sejujurnya iya. Saya malas sudah. Saya yang perlu menunggu kekosongan jadual mereka semata-mata untuk berbual saja. Saya sudah bosan asyik menunggu saja. Saya sudah bosan asyik saya saja yang bertolak ansur. Saya sudah bosan asyik bersabar saja. Paling menyedihkan (agak menyakitkan hati jugalah...), hantar sms 'datanglah rumah sekarang my hubby tolong jaga anak...' Bila saya sampai belum sampai 5 minit berborak husbandnya datang bagi anak. Perlu ke begitu?. Kata husband tolong jaga anak. Saya batalkan plan dengan adik-adik dan dapat layanan seperti itu. Kalau saya yang datang sendiri tidak apa juga. Dia yang jemput saya....so..????.. Seorang lagi hantar pesanan juga 'datanglah rumah. Husband saya turun pekan. Saya sudah bagitau ko mo datang...' Panas-panas tu matahari pun saya sanggup jalan kaki. Semata-mata nak jumpa kawan. Tapi baru sekejap bersembang husbandnya balik.... Saya ditinggalkan dan dibiarkan seorang seorang....terus menunggu sehingga kerjanya selesai....nak balik tapi tak boleh selagi tak ucap salam. Tunggu berjam juga lamanya. Masa tu tak merungut pun sebab dia ni susah nak jumpa cuma bosan... Yang seorang lagi, hantar pesanan 'datanglah rumah sekarang...saya tunggu...' Saya bukan main cepat lagi...yalah mo jumpa kawan kan..... Tup tup tup sampai rumah dia....mereka kata, dia turun pekan. Tunggu sekejap. Kamu rasa perlu tunggu ke?..... Saya tak tunggu lama. Pulang. Terasa oh saya. Tapi tidak apalah. Lagipun dia hantar sms minta maaf. Seorang lagi, 'ko mesti datang rumah arr. Kalu ko tidak datang sy nda mo kawan ko...' Saya bukan main semangat lagi mo datang. Tip tip tip bila sampai...duduk dan makan...tunggu hampir dua jam... Dia tidak datang pun bertegur sapa dengan saya. Lalu lalang depan saya dan tetamu lain begitu saja macam tidak kenal.... Hanya tuhan saja yang tahu perasaan saya. Macam dipermain-mainkan. Saya pun balik....mulut tidak merungut tapi hati mengeluh. Sabar sajalah. Tahun seterusnya saya tidak datang lagi.... Mereka jemput saya jawab, tingulah kalau mood baik saya akan datang. Mungkin juga durang terasa kan.... Biarlah. Durang masih ramai kawan lain. Lagipun saya bercuti balik kampung setahun dua kali sahaja. Masa-masa itu wajib dihabiskan bersama keluarga. Mereka-mereka, jika mereka masih ingat akan saya mereka pasti akan datang bertegur sapa. Dan sejujurnya, saya balik cuti di kampung just for my family not for them. Sehingga kini perhubungan persahabatan itu sudah tiada. Apabila balik kampung dan kebetulan terjumpa di mana-mana just say hi or beri salam. Keadaan itu lebih baik kan?.... Kesimpulannya, kawan baik or bestfriend itu tidak penting dalam hidup. Lebih baik kawan seperti biasa kawan seagama kawan senegara kawan senegeri kawan sekampung - datang dan pergi. Tolong-menolong apabila perlu dan hormat-menghormati sesama. Kerana bagi saya bestfriend itu menyakitkan dan menyusahkan... Saya rasa bahagia dengan keadaan ini kerana saya juga tiada apa-apa kelebihan yang boleh menyebabkan mereka mereka berkawan rapat dengan saya. Semoga mereka mereka kawan kawan saya or bekas bestfriend saya or kawan yang pernah anggap saya bestfriend semoga kamu sihat-sihat selalu. Jagalah masjid yang telah kamu bina... Saya pernah tidak puas hati sama kamu dan kamu juga pernah tidak puas hati sama saya. Jadi kita seri. Hahahaaaa..... Kata seorang doktor '..........mereka mungkin memaafkan tetapi belum tentu melupakan..'. Namun bagi saya selagi tidak dilupakan selagi itu tiada maaf. Bukan bermaksud dendam cuma berharap kamu akan dibalas oleh orang lain. Heheheeeee...... Poyo jer mengimbau masa lalu.... Apa-apa pun hari ni saya sungguh gembira sebab Kelantan telah tewas 0-1 kepada Pahang dalam perlawanan bola sepak Piala Malaysia. KOTOH!!! KETEEE!!!!!.... Padan Muka kamu!!! Lain kali berlagak lagi. Bumi flat hijau pun aman saja. Tiada suara-suara jeritan kuat. Hahahahaaaa...... Tahniah buat Negeri Pahang. Ooowwwaaahhh....suda pukul 2 setengah pagi rupanya. Beberapa jam lagi untuk masuk kerja. Ok la...have a nice dream. Tidur - lelap mata sambil dengar ceramah Ustaz Kazim Elias.


Welcome to Celcom MMS
An MMS has been sent to you containing the following attachement(s)