Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Isnin, 4 November 2013

Little Black Dress And ME

LITTLE BLACK DRESS, mengingatkan saya zaman persekolahan dan sebelum umur mencapai 30 an. Kisah kehidupan persahabatan. Ada yang bernasib baik ada yang bertungkus lumus ada yang 'just go on' dan sebaliknya. Ada yang berjaya ada yang masih mencuba dan ada yang terus mencuba. Walaupun sibuk dengan kehidupan masing-masing perhubungan masih berterusan. Seronok kan? Drama ini memang berjaya mencuit hati saya. Hahahaa..... Sedihnya, orang yang paling sibuk yang ingat tarikh lahir kawan. Perlu ke? Jealous pula saya. Tiba-tiba teringat kawan-kawan sekolah kawan sekampung kawan sekeluarga. Walaupun mereka jauh di mata mereka dekat di ingatan saya. Namun masa merubah segala. Semua kawan yang saya rapat - tarikh lahir mereka saya simpan. Maklumlah dulu-dulu tiada telefon saya utus surat untuk bercerita dengan kad ucapan hari jadi sekali. Mula-mula tu berbalas selepas tu senyap. Dan saya pun senyap. Selepas saya dapat kerja dan berjaya membeli telefon bimbit, setiap tahun saya hantar pesanan ringkas 'Happy Birthday......'. Sampaikan satu tahap ada seseorang tu balas pesanan ringkas saya 'ucapan je ke? Bungkusan tiada?'. Saya terkedu sambil tersenyum. Dalam hati saya, ucapan sudah cukuplah. Saya tidak pernah berniat untuk memberi hadiah. Kenapa pula saya kena buat begitu? Kamu-kamu bukannya pernah ucap 'happy birthday' untuk saya. Saya buat begitu pun sebab saya terjumpa tarikh lahir kamu-kamu dalam buku nota kecil saya zaman sekolah menengah. Heheheee..... Tapi sejujurnya saya memang suka hantar ucapan sebab hanya itu yang saya mampu. Semua tarikh lahir mereka saya simpan dalam telefon. Kemudian pada pertengahan tahun 2012 telefon saya telah rosak. Maka semua data itu telah hilang. Hilang semuanya. Dan saya tidak mencari lagi. Bermula dari itu saya telah berhenti menghantar pesanan ringkas 'happy birthday'.... Saya hanya hantar melalui facebook. Itu pun kalau saya buka akaun facebook. Saya tidak kisah dengan semua itu lagi. Sebab mereka semuanya sudah ada masjid. (durang bukan ingat saya pun...) Mula-mula bina masjid masih contact - lama kelamaan senyap begitu saja. Mungkin sebab saya yang tidak berusaha untuk terus menghubungi mereka. Maklumlah mereka kan sibuk. Sejujurnya iya. Saya malas sudah. Saya yang perlu menunggu kekosongan jadual mereka semata-mata untuk berbual saja. Saya sudah bosan asyik menunggu saja. Saya sudah bosan asyik saya saja yang bertolak ansur. Saya sudah bosan asyik bersabar saja. Paling menyedihkan (agak menyakitkan hati jugalah...), hantar sms 'datanglah rumah sekarang my hubby tolong jaga anak...' Bila saya sampai belum sampai 5 minit berborak husbandnya datang bagi anak. Perlu ke begitu?. Kata husband tolong jaga anak. Saya batalkan plan dengan adik-adik dan dapat layanan seperti itu. Kalau saya yang datang sendiri tidak apa juga. Dia yang jemput saya....so..????.. Seorang lagi hantar pesanan juga 'datanglah rumah. Husband saya turun pekan. Saya sudah bagitau ko mo datang...' Panas-panas tu matahari pun saya sanggup jalan kaki. Semata-mata nak jumpa kawan. Tapi baru sekejap bersembang husbandnya balik.... Saya ditinggalkan dan dibiarkan seorang seorang....terus menunggu sehingga kerjanya selesai....nak balik tapi tak boleh selagi tak ucap salam. Tunggu berjam juga lamanya. Masa tu tak merungut pun sebab dia ni susah nak jumpa cuma bosan... Yang seorang lagi, hantar pesanan 'datanglah rumah sekarang...saya tunggu...' Saya bukan main cepat lagi...yalah mo jumpa kawan kan..... Tup tup tup sampai rumah dia....mereka kata, dia turun pekan. Tunggu sekejap. Kamu rasa perlu tunggu ke?..... Saya tak tunggu lama. Pulang. Terasa oh saya. Tapi tidak apalah. Lagipun dia hantar sms minta maaf. Seorang lagi, 'ko mesti datang rumah arr. Kalu ko tidak datang sy nda mo kawan ko...' Saya bukan main semangat lagi mo datang. Tip tip tip bila sampai...duduk dan makan...tunggu hampir dua jam... Dia tidak datang pun bertegur sapa dengan saya. Lalu lalang depan saya dan tetamu lain begitu saja macam tidak kenal.... Hanya tuhan saja yang tahu perasaan saya. Macam dipermain-mainkan. Saya pun balik....mulut tidak merungut tapi hati mengeluh. Sabar sajalah. Tahun seterusnya saya tidak datang lagi.... Mereka jemput saya jawab, tingulah kalau mood baik saya akan datang. Mungkin juga durang terasa kan.... Biarlah. Durang masih ramai kawan lain. Lagipun saya bercuti balik kampung setahun dua kali sahaja. Masa-masa itu wajib dihabiskan bersama keluarga. Mereka-mereka, jika mereka masih ingat akan saya mereka pasti akan datang bertegur sapa. Dan sejujurnya, saya balik cuti di kampung just for my family not for them. Sehingga kini perhubungan persahabatan itu sudah tiada. Apabila balik kampung dan kebetulan terjumpa di mana-mana just say hi or beri salam. Keadaan itu lebih baik kan?.... Kesimpulannya, kawan baik or bestfriend itu tidak penting dalam hidup. Lebih baik kawan seperti biasa kawan seagama kawan senegara kawan senegeri kawan sekampung - datang dan pergi. Tolong-menolong apabila perlu dan hormat-menghormati sesama. Kerana bagi saya bestfriend itu menyakitkan dan menyusahkan... Saya rasa bahagia dengan keadaan ini kerana saya juga tiada apa-apa kelebihan yang boleh menyebabkan mereka mereka berkawan rapat dengan saya. Semoga mereka mereka kawan kawan saya or bekas bestfriend saya or kawan yang pernah anggap saya bestfriend semoga kamu sihat-sihat selalu. Jagalah masjid yang telah kamu bina... Saya pernah tidak puas hati sama kamu dan kamu juga pernah tidak puas hati sama saya. Jadi kita seri. Hahahaaaa..... Kata seorang doktor '..........mereka mungkin memaafkan tetapi belum tentu melupakan..'. Namun bagi saya selagi tidak dilupakan selagi itu tiada maaf. Bukan bermaksud dendam cuma berharap kamu akan dibalas oleh orang lain. Heheheeeee...... Poyo jer mengimbau masa lalu.... Apa-apa pun hari ni saya sungguh gembira sebab Kelantan telah tewas 0-1 kepada Pahang dalam perlawanan bola sepak Piala Malaysia. KOTOH!!! KETEEE!!!!!.... Padan Muka kamu!!! Lain kali berlagak lagi. Bumi flat hijau pun aman saja. Tiada suara-suara jeritan kuat. Hahahahaaaa...... Tahniah buat Negeri Pahang. Ooowwwaaahhh....suda pukul 2 setengah pagi rupanya. Beberapa jam lagi untuk masuk kerja. Ok la...have a nice dream. Tidur - lelap mata sambil dengar ceramah Ustaz Kazim Elias.


Welcome to Celcom MMS
An MMS has been sent to you containing the following attachement(s)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou