Rancangan Twins Of Faith di tv9 - menarik minat saya apabila disebutnya Laporan Rand. Oh... Apakah itu laporan rand? Saya tidak pernah tahu. Sesungguhnya saya jauh ketinggalan. Lalu saya pun google. Banyak info yang saya perolehi daripada pelbagai blog dan web terutamanya dari Indonesia. Untuk lebih puas hati anda dipersilakan mencari dan membaca sendiri kandungan buku tersebut. (harap-harap saya akan jumpa buku tu...) Laporan RAND Corporation 2007 - telah menjalankan kajian di kebanyakkan negara islam untuk tujuan menilai kekuatan umat islam. Hasil laporan tersebut telah diserahkan kepada Amerika Syarikat. (RAND Corporation mempunyai kontrak dengan Amerika Syarikat). Seperti yang kita sedia maklum, Zionisme mempunyai berbagai cara untuk melemahkan ideologi umat islam. Dari cara kasar sampai ke misi-misi halus demi untuk menghancurkan penganut agama islam. Mereka sedar bahawa dalam melumpuhkan seluruh umat islam tidak cukup hanya dengan cara penangkapan dan pembunuhan. Jika dibunuh mujahid masih akan muncul lagi. Maka cara paling utama yang mereka mahu lakukan adalah memesongkan pemahaman syariat islam dan jihad yang difahami oleh umat islam secara menyeluruh. Radikalisasi merupakan projek jangka panjang yang tidak akan berhenti hingga akhir zaman. Hasil daripada kajian tersebut, RAND Corporation telah mengklasifikasikan umat islam dengan 4 kelompok iaitu Fundamentalist, Tradisionalist, Modernist dan Secularist. Keempat-empat kelompok ini akan dilaga-lagakan supaya berpecah-belah, tidak bersatu dan bermusuhan. Kelompok Fundamentalist adalah mereka yang pro menegakkan syariat islam, berjuang untuk menegakkan khalifah islamiah, anti demokrasi dan anti barat. Kelompok ini amat berbahaya kepada Barat. Cara menanganinya, bunuh dan hapuskan. Kelompok Traditionalist, pada dasarnya pro terhadap syariat islam dan khalifah tetapi mereka masih boleh menerima demokrasi. Bagi Barat kelompok ini tidak berbahaya tetapi perlu berwaspada. Maka cara yang dimainkan oleh Barat adalah adu domba bagi melaga-lagakan umat islam. Bagi kelompok Modernist dan Secularist, kelompok ini berstatus aman dan sangat aman. Mereka adalah kelompok yang berada di belakang barisan fundamentalist dan traditionalist. Mereka pro demokrasi, tidak setuju syariat islam dan penegakkan khalifah. Meskipun mereka anti barat namun kelompok modernist masih boleh dibina. Tujuannya untuk dijadikan pemimpin di negara-negara islam. Mereka bukan sahaja mensasarkan kalangan modernist tetapi juga mujahid. Salah satu pendekatan yang dimainkan adalah ekonomi. Bukan itu sahaja maklumat yang saya jumpa....yang ini juga.... Laporan RAND Corporation 2007 juga menyorot 2 nama Muslim Moderat yang tersohor iaitu Anwar Ibrahim (Malaysia) dan Abdurrahman Wahid aka Gus Dur (Indonesia). Malah nama Gus Dur disebut beberapa kali dan turut dimuatkan tulisan Gus Dur bertajuk "Right Islam vs Wrong Islam" yang pernah disiarkan dalam The Wall Street Journal pada 30 disember 2005. Yang menarik juga disebut John Esposito dan John Voll merupakan guru Anwar Ibrahim. Kedua-dua tokoh ini diiktiraf oleh Laporan RAND Corporation 2007. Kedua-dua tokoh ini juga diiktiraf oleh orientalist. Mereka pernah diklasifikasikan sebagai Muslim Moderat oleh John Esposito sejak tahun 1998 dalam bukunya "Makers Of Contemporary Islam" (Oxford University Press, 1998). Dua negara yang berbeza, strategi dan tindakan cara yang berbeza dengan matlamat yang sama. Gerak-geri Gus Dur bersifat terbuka di Indonesia tetapi Anwar lebih berhati-hati di Malaysia. Namun Anwar tidak mampu berselindung selama-lamanya. Beliau sendiri membuat pengakuan menjadi tenaga penting dalam menggerakkan IFC dalam temubual dengan majalah Aliran Monthly pada 5 jun 2007. Kata Anwar, untuk menyelesaikan masalah pertikaian agama di Malaysia cara terbaik adalah "terima IFC". Sudah tentu sekiranya anda bertanya saya, ini adalah negara bebas". Naik darah saya. Memanglah Malaysia negara bebas beragama tetapi agama islam adalah agama rasmi. Majoriti penduduk Malaysia adalah beragama islam. Majoriti itu peneraju dan mengetuai... Seperti juga Amerika Syarikat. Majoriti penduduknya bukan islam. Maka mereka menerajui negara mereka. Persoalannya, mengapa Anwar menyokong gerakan RAND Corporation 2007 untuk menakluki Malaysia? Mengapa Anwar tidak membantu umat islam yang tertindas di Amerika Syarikat menakluki negara itu? Jawapannya senang saja...sebab Anwar tergolong dalam kelompok Modernist. Kelompok modernist mudah dibina untuk dijadikan pemimpin. Pada waktu yang sama pula Anwar bercita-cita menjadi Perdana Menteri Malaysia. Mereka saling bergantung dan saling memperguna bukan?.... Masing-masing ada motif dan agenda. Motif RAND Corporation adalah untuk menghapuskan penganut agama islam di seluruh dunia manakala Anwar mahu jadi Perdana Menteri Malaysia. (Anwar penganut agama islam bukan?) Di antara mereka siapa yang akan terkorban dan dikorbankan?... Sudah tentu Rand Corportion takkan jatuh terkubur....kecuali orang-orang dalam tu mendapat hidayah daripada Allah SWT. Insya-Allah. Jika satu hari nanti saya terjumpa Anwar Ibrahim, saya mahu bertanya kepadanya 'adakah En. Anwar sangat puas hati?'. Jika ketika itu dia sudah uzur tidak berdaya saya mahu ucapkan 'terima kasih kerana masih hidup'...... Pemerintahan Najib mungkin banyak kelemahan namun saya yakin dia pasti berjaya menghadapi dan menyelesaikannya. Insya-Allah. Saya mahu Islam tetap kukuh di Semenanjung Malaysia. Saya juga berharap Islam akan kukuh di Sabah. Saya tahu di Sabah ramai anti-islam. Itu perkara biasa kerana majoriti penduduknya non-muslim. Kita hanya mampu berdoa semoga kita semua mendapat perlindungan dari Allah SWT. Semoga Allah menggagalkan semua agenda musuh islam. Amiinn...
Hari ini 1 Muharam 1435H bersamaan 5 November 2013. Semua orang islam tidak lupa mengucapkan Salam Ma'al Hijrah. Namun saya sedikit keliru dengan tulisan Dr. MAZA melalui laman webnya berkaitan hijrah. Adakah saya yang tersalah faham atau sebaliknya?.... Dr. MAZA memang orang terpelajar.... Ketinggian ilmunya diperlukan. Cuma kadang-kadang saya rasa dia ni agak keterlaluan. Kadang-kadang saya rasa dia ni suka mencari perhatian orang ramai. Entahlah... Tapi saya masih suka mengikuti dan membaca webnya.
Selama ini saya mendengar ilmuan kata, kalau nak tahu akhlak seseorang itu baik atau tidak tunggu ketika dia lapar. Ustaz Kazim kata, kalau nak tahu baik atau tidak akhlak seseorang tengok ketika dia marah. Hahahaaaa..... Kalau setakat lapar tiada penyakit (gastrik) pasti seseorang tu mampu bersabar. Kalau setakat marah tanpa ada hasutan seseorang itu pasti mampu bersabar. Semua itu bergantung kepada tempat, masa, situasi dan kemahuan. Susah bha mo nilai tahap kesabaran urang. Yang penting jangan terlampau.
Esok 6 Nov 2013, adikku Leng Leng akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Saya harap dia dapat melakukan yang terbaik demi masa depannya. Doaku sentiasa mengiringimu. Insya-Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou