Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Isnin, 20 Januari 2014

Langkah Ceria - stress lagi??




Hari ni saya dan kawan serumah Tija join langkah ceria & kibarkan bendera wilayah persekutuan. Kawan2 lain cuti balik kg...yang lain lagi malas nak jalan kaki... mula2 risau juga sebab seperti yang diwar2kan PM akan datang. Maklumlah...kalau PM datang majlis agak2 mula tepat masa ka? Belum pernah lagi saya tengok menteri2 tepat masa. Tak akan ada punya. Sedangkan KPPA pun tak tepat masa. Mereka2 semua ni bangga ditunggu orang lain. Semakin lama ditunggu semakin tinggi dadanya. Nak tunjuk kuasa nak tunjuk sibuk. Dengar ucapan menteri wilayah Ku Nan kehadiran peserta seramai tujuh ribu lebih. Woww.. apa tak ramai warga felda dari Negeri Sembilan dan Pahang pun turun padang. Maklumlah felda penaja bersama. Kalau tak ....tak dapatlah kitaorng baju free. Hehehe.... Berjalan sejauh 6.8KM. Rasa macam dekat. Tapi sakitnya tapak kaki. Mungkin kesan daripada memijak batu refleksi selama dua hari berturut2. Berusaha untuk tamat. Namun memang diakui...pergerakan ku lambat. Before this, 5KM - 1 jam but 6.8KM - 1 jam 30 minit. Tak sempat nak dengar cabutan bertuah... sampai di garisan penamat dah cabut hadiah utama. Awalnya mereka mula sedangkan masih ramai peserta yang belum sampai. Huhuhu... Ingatkan Ku Nan akan ikut jalan kaki...rupanya berjalan tak sampai 100meter dah stop tepi jalan siap melambai2 bagai. Eeelleeehhh.... dengan muka bedak tebal perut buncit tak henti mengunyah ada hati tanya peserta 'ok ke tak?'.... sakit hati tengok clearner tu...time lagu negaraku boleh pula dia berjalan selamba depan stage utama. Saya harap pengerusi perbadanan akan pandang serius ni... jurukamera juga sama. Sebelum lagu negaraku relaks jer...bila nyanyi lagu negaraku bukan main rancak lagi tangkap gambar. Why? Penting sangat ke gambar orang menyanyi lagu kebangsaan? Mentang2 dorang dapat kebenaran... tersengeh2 ambil gambar. Eeeiiiyyeee.... Aaaahhhh....lupakan. Beberapa jam lagi nak mula kerja - sesungguhnya aku stress masuk ofis. STRESS! TENSION! STRESS! dengan semua tentang ofis. #sunny


Welcome to Celcom MMS
An MMS has been sent to you containing the following attachement(s)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou