Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Rabu, 1 Januari 2014

Malam Kesenian Islam 2014 Putrajaya

Malam Kesenian Islam Ambang 2014, Masjid Putra Putrajaya. Tetamu jemputan seperti Imam Muda Fakhrurrazi & Ustaz Irwan Zamhuri, kumpulan qasidah Anwarul Madad, kumpulan nasyid Shoutul Iltizam - 6 pelajar sekolah putrajaya dan kumpulan Shoutul Amal. Solat maghrib berjemaah diikuti solat hajat dua rakaat kemudian bacaan Yassin seterusnya solat isyak berjemaah. Saya datang berdua dengan Maisarah jer. Geng lain uzur. Kalau datang ramai-ramai mesti best. Makan malam disediakan - makan di atas tikar gitu. Teringat bulan puasa. Celoteh berkaitan azam baru diselangseli dengan persembahan qasidah dan nasyid. Kata Ustaz Irwan, tanamkan dalam hati kita mahu mengaji menambah pengetahuan berkaitan fardhu ain. Ustaz siap menyoal lagi.... Siapa jawap dapat hadiah. Soalan pertama, berapa jenis najis yang keluar dari kemaluan lelaki? Soalan kedua, berapa jenis najis yang keluar dari kemaluan perempuan?.... Jenuh saya mengira...oopppssss... Siapa dapat jawap bagitau saya... Saya bagi hadiah juga. Kata IM Fakhrurrazi, sambutan tahun baru diharuskan oleh ulama dengan syarat sambutan tersebut tidak berkaitan dengan agama (contohnya meraihkan kelahiran anak tuhan...), hiburan yang baik, pengisian majlis tersebut dan tiada pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Tidak salah menyanyikan lagu-lagu selain daripada nasyid tetapi pilih lirik yang baik-baik maksudnya. (ustaz Fakhrurrazi nyanyi lagu korea u....sedapnya sora...). Hati jiwa minda kita perlu dicas selalu agar kita sentiasa bertenaga. Maka itu selalulah hadir di majlis ilmu. Jangan biar jiwa kita kosong. Saya suka ketegasan suara ustaz Irwan. Selepas ni nak cari koleksi ceramahnya (kalau adalah....). Saya lupa nama moderator tu... Segak orangnya. Dia dan ustaz Fakhrurrazi serta dua orang lagi membuat persembahan nasyid. Nama kumpulan mereka ialah Shoutul Amal. (selepas ni nak carilah.....) Yang kelakarnya, moderator tu masa bercakap banyak betul celotehnya..pandai mengenakan orang....masa menyanyi berdiri tegak jer... Kawan-kawan yang lain bukan main lagi menarik suara dia dengan muka selambanya...macam tiada perasaan. Tapi suara sedap. Masa moderator tu kata sementara menunggu bunga api kita bersama-sama mendengar rangkaian selawat medley dari kumpulan Anwarul Madad. Terdetik dalam hati, ada bunga api ke?... Kawan kata, tumpang bunga apai kat presint 3. Oooo....lupa. Saya lupa di Presint 3 ada sambutan tahun baru. Artis jemputan kebanyakkannya ada gelaran Dato'. Beruntung saya....dipilih menghadiri majlis ilmu ni. Al-Hamdulillah. Detik 12.00 am, kami berdiri beramai-ramai dan mengucapkan 99 nama agung Allah iaitu Asmaul Husna. Masa tu juga bunga api bergemerlapan. Rugi siapa yang tak datang majlis ni.... Jam 12.15am, kami pun balik. Nasib baik naik moto. Sesak giler... Wowww... Saya terlupa yang kami balik serentak dengan pengunjung di presint 3. Rupa-rupanya, begini keadaannya sambutan tahun baru. Aduiduiii.... Kalau naik kereta boleh ambil gambar... Sukar digambarkan.... Budak-budak hip hop pun ramai. Mereka sibuk melepak di tepi jambatan. Saya rasa kedua-dua jambatan utama tu dipenuhi orang ramai. Jangan buat maksiat sudah. #tiba-tiba teringat masa sampai masjid tadi. Salah seorang pelancong asing tanya, masuk waktu maghrib dalam bahasa inggeris....saya tiba-tiba pening nak jawap 7.20 dalam bahasa inggeris macam mana ya...? Hahahaaa....bengong. Nasib baik tindakan refleks cepat. Geleng kepala sendiri.
Setakat itu sajalah. Dah mengantuk dah... Banyak perkara yang nak dikongsi tapi malas nak taip.

 

Welcome to Celcom MMS

An MMS has been sent to you containing the following attachement(s)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou