Secantik Bunga Semanis Madu, Jauh Melangkah Ingat Pesan Ibu, Sekeras Kerikil Semangat Harus JITU... MAWAR KASTURI BIDADARI SYURGA terus melangkah selagi mengerti arah sendiri....
About Me
Halaman
"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"
Isnin, 29 Jun 2020
MATI DATANG BILA-BILA MASA
Semua manusia dengan sangat pasti tahu dan percaya mati itu boleh datang tiba-tiba dan itulah pengelaman yg dialami oleh setiap orang.
Ada yg mati bermula dgn sakit yg tenat dan akhirnya menemui ajalnya. Tetapi tidak kurang juga pengalaman mengajar kita ada yg rapat degan kita semalam sihat sihat bersama dgn kita tapi tiba tiba hari ini dia bertemu ajalnya. Ini membuat kita syok. Tapi biasanya peristiwa itu hanya syoknya bertahan paling lama seminggu lepas itu lupa dah. Begitu lah kita manusia yg serba serbinya sibuk. Sebenarnya tidak lah sibuk sangat tapi sudah terbiasa budaya sibuk.
Sangat jarang antara kita yg berubah hidupnya dgn melihat peristiwa kematian itu kerana timbul semacam kesedaran bahawa kita juga mungkin bila bila masa akan di jemput Allah. Tiba tiba hati dan fikiran bertanya tanya, kalau aku mati sekarang ini agak agak kubur aku taman syurga atau gaung neraka?? Tersentap jiwa kita renungan secara mendalam pun terjadi fikiran terus memproses maklumat untuk mejawab pertanyaan itu..dan akhirnya tiba tiba air mata kita mengalir tanpa sebab tidak dapat di bendung, hati mula dilanda rasa sayu dan sedih.. Hati mengiakan jawaban akal kita yg berfakta, akal kita memberi jawabanya dgn jelas dan jujur yg kubur kita pasti gaung neraka.
Hati setuju, sangat jujur kita masa itu, air mata kita bertambah banyak mengalir, rasa sebak mula menguasai relung hati yg paling dalam, rasanya ingin menjerit sekuat hati.. Yaaa Allah.. Selamatkanlah aku yaa Allah.. Aku sedar ya Allah.. Aku sedar.. Dengan terketar ketar suara kita mengaduh dgn Allah..
Yaa Allah selamatkanlah aku yaa Allah.. Ampunkanlah aku ya Allah...
Jika engkau jemput aku sekarang tentu dan pasti neraka Mu lah tempat kembaliku ya Allah..
Aku..aku..tidak mampu menanggung azab neraka mu ya Allah..
Jangankan azab neraka Mu ya Allah.... Azab Mu di dunia ini pun aku tidak mampu menghadapinya yaa... Allah.. Ampunkanlah aku yaa... Allah..ampunkanlah aku... Aku juga hamba Mu yaa.. Allah, aku juga ingin hidup di atas pimpinan Mu yaa Allah, seperti mereka yg lain yg engkau pimpin mereka, yaa Allah... Pimpinlah aku ya Allah. Hanya engkau satu satu harapan yg aku ada yaa.. Allah..
Janganlah engkau ketepikan aku ya Allah, aku juga hamba mu, aku sedar yaa Allah.. Aku memang jijik di sisi mu, tapi aku juga hamba mu yaa Allah. Tolong lah yaa Allah janganlah engkau abaikan aku, pimpinlah aku, didik lah aku ya Allah.. Yaaa Allah.. Yaa Allah Yaa Allah.. Kita pun tertidur dalam tangisan yg paling pilu dalam sejarah hidup kita..
Esoknya kita sudah ada kesedaran baru untuk kembali kpd Allah untuk meperbaiki diri, dengan mahu brmula menuntut ilmu agama bermula dari asas kata hati kita. Alhmdulillah jauh di sudut hati terasa yg Allah mendengar tangisan kita... Bermulalah sejarah panjang perjuangan dalam menuntut ilmu, tetapi Allah beri kita satu semangat yg luar biasa. Semoga engkau kekalkan aku dalam jalan Mu yaa Allah, matikan lah aku di atas jalan Mu ini sebagai matinya seorang hamba Mu yg mukmin. Hidup semakin hari kita akan terasa sangat berertinya hidup ini. Hati kita terus berkobar kobar untuk menempuh jalan menggapai madratillah.. Aminn.
#MohdbinAbdullah
#sitinurjannah
Isnin, 8 Jun 2020
BURUHLAH KEDUDUKKAN DI SISI ALLAH
BURUHLAH KEDUDUKAN MU DISISI ALLAH.
Jika mahu ada kedudukan di dunia
Buruhlah pangkat, harta dan darjat.
Belajarlah mcm mana mahu jadi orang yg berpangkat kpd orang orang yg berpangkat.
Belajarlah macam mana mahu jadi orang yg hartawan kpda orang orang yg sudah jadi hartawan
Belajarlah mcm mana mahu ada darjat kpd orang orang yg berdarjat
Jika mahu ada kedudukan di kehidupan akhirat burulah keimanan dan ketqwaan.
Carilah alim ulama minta bimbingan dan pimpinan untk menjadi orang beriman dan bertqwah.
Tetapi jika mahu ada kedudukan disisi Allah tempuhlah jalan mendekat itu.
Apa itu jalan mendekat, jalan mendekat itu ialah jalan yg bermula di maqom syriaat dan berakhir di maqom marifah.
Tidak ada kenderaan yg boleh menyampaikan ke maqom marifah itu melainkan hanyalah kalimah toybah itu dengan bimbingan guru yg mursyid.
Mereka inilah yg di gelar golongan mukarobin, mereka ini tidak memburu kedudukan di dunia dan di akhirat tetapi Allah anugerahkan semua itu kpd mereka.
Manusia yg cerdik adalah yg memilih untk memburu kedudukan disisi AllahNya.
0.9 am jumt 5.6.20
Mohd&Jienah
PENDIDIKAN KEROHANIAN
PENDIDIKAN KEROHANIAN.
Dalam pendidikan memanusiakan manusia roh manusia itulah mediumnya bukan akalnya atau tubuh badannya.
Sedari bayi lagi di telinga kanannya dilaungkan kalimah azan dan yg dikiri dilaung kalimah ikomah.
Itulah didikan kerohanian, nama Allah tidak dikenal oleh akalnya dan memang pun akal bayi belum berfungsi hanya rohaninya shja.
Tapi itulah namanya didikan kerohanian, nama Allah itu sangat dikenal oleh rohnya.
Inilah didikan rohani, didiklah anak dengan mengingat ingatkannya akan nama itu iaitu Allah nama Tuhannya.
Rohnya kenal siapa itu Allah, kerja ibu ayahnya melazimkan shja mengingat ingatkannya akan nama itu.
Bila si anak melakukan kebaikan ingatkan dia Allah suka yg mcm itu.
Bila si anak buat yg tidak baik ingat ingatkan dia Allah tidak suka yg mcm itu.
Biar rohnya berimaginasi dengan sang pemilik nama itu dan biarkan ia terus berkembang begitu.
Biarkan rohnya hanya faham apa shja yg dia lakukan hanya Allah yg suka dan Allah yg tidak suka.
Jangan racuni rohani anak dengan menakut nakutkanya kpd selain Allah, apa shja ketakutan yg selain takut kpd Allah itu racun kpd rohani anak.
Menjelang anak mencecah akil baligh bawalah dia merasai segala nikmat yg dia dapat itu Allah yg bagi sebb Allah sayang.
Ujian yg menimpanya seperti sakit semua itu Allah juga yg bagi sebb Allah nak bagi ingat kesalahannya, bukan Allah benci tapi sebb Allah sayang.
Setelah dia balig bawalah dia merasai segala nikmat yg manusia dapat dan makhluk dapat itu semua Allah yg bagi kerana Allah sayang kerana mereka baik di mata Allah.
Juga merasai musibah yg menimpa mereka, dari Allah kerana Allah mahu mengingatkan mereka sebb Allah mahu selamatkan mereka dari azab nerakaNya.
Ingat ingatkan juga anak bahawa Allah juga ada nikmat yg bernama syurga iaitu tempat kembali manusia yg baik setelah menutup mata.
Hidupkan rasa harapnya hanya pada Allah, apa sahja hajat hatinya hanya Allah yg mampu menunaikannya.
Apa shja masalahnya hanya Allah yg mampu menolongnya sebb itu dia harus menempuh jalan mendekatkan dirinya kpd Allah.
Hanya orang yg ada kedudukan di sisi Allah shja mendapat pertolongan dan kurnia dari Allah di dunia dan di akhirat.
Untuk itu bekalkanlah dia ilmu marifatullah agar dia tidak tersesat dalam dia menempuh jalan mendekat itu.
Bila roh anak tumbuh subur dengan didikan sesuai fitrahnya, maka akal dan tubuh badannya akan tumbuh dgn baik kerana rohnya sudah baik, rohnya sudah bertauhid kpd Allahnya.
Inilah contoh contoh pendidikan rohani peringkat awal manusia untuk memanusiakan mereka.
tanpa didikan rohani begini anak akan mempertuhankan selain Allah dalam dirinya, ini akan menjadi awal bencana besar bagi dirinya.
7am 06. 06. 20
Mohd&Jienah
kalimah : LAA ILAHA ILLALLAH
KALIMAHNYA SAMA TAPI AKAN BERBEZA BEZA PENGERTIANYA SESUAI BERBEZANYA MAQOM ORANG YG MELAFAZKNYA.
MAQOM SYRIAAT
BAGI ORANG YG DI MAQOM SYRIAAT DIA MENGERTIKAN ERTI KALIMAH INI SEPERTI ZAHIR DARI SAYRIAATNYA LAFAZNYA SAHAJA, IAITU PADA KALIMAH "LAILAAH" ITU ADALAH PADA DIA MENAFIKN ADANYA TUHAN TUHAN SELAIN ALLAH.
DAN PADA KALIMAH "ILLALLAH" PULA IALAH DIA MENGISBATKAN ATAU MENEGASKAN HANYA ALLAH TUHAN YG SEBENAR BENARNYA. INILAH PENGERTIAN GOLONGAN YG DI MAQOM SYRIAAT.
MAQOM TARIKAT
GOLONGAN YG DI MAQOM TARIKAT PULA MEREKA MENGERTIKAN KALIMAH "LAILAAH" ITU IALAH PADA MENAFIKAN ADANYA KUASA SELAIN KUASA ALLAH. BAHAWA TIADA YG KUASA MENGHIDUPKAN SELAIN KUASA ALLAH, TIADA KUASA YG MEMATIKAN SELAIN KUASA ALLAH, TIADA KUASA YG BERI MUDARAT DAN BERI MANFAAT SELAIN KUASA ALLAH.
DAN PADA LAFAZ KALIMAH "ILLALLAH" ITU PULA IALAH PADA MENGISBATKAN HANYA ALLAH SAHAJA YG ADA KUASA. HANYA ALLAH YG PUNYA KUASA MEMATIKAN DAN MENGHIDUPKAN PADA SEGALA SESUATU, HANYA ALLAH SAHAJA YG PUNYA KUASA BERI MANFAAT DAN MUDARAT KEPADA SEGALA SESUATU.
MAQOM HAKIKAT
GOLONGAN YG DI MAQOM HAKIKAT PULA MEREKA MENGERTIKAN DENGAN HAKQUL YAKIN DAN MERASAI BAHAWA BENAR BENAR PADA LAFAZ "LAILLAH" ITU IALAH BENAR BENAR DIA MENAFIKAN BAHAWA TIADA YG LAIN YG MEMBERINYA HIDUP SELAIN ALLAH, TIADA YG LAIN YG MEMBERINYA KEKUATAN SELAIN ALLAH, TIADA YG LAIN YG MEMBERINYA KEMAHUAN SELAIN ALLAH, TIADA YG LAIN YG MEMBERINYA ILMU SELAIN ALLAH, TIADA YG LAIN YG MEMBERINYA NYAWA SELAIN ALLAH, TIADA YG LAIN YG MEMBERINYA PENDENGARAN SELAIN ALLAH, TIADA YG LAIN YG MEMBERINYA PENGLIHATAN SELAIN ALLAH, TIADA YG LAIN YG MEMBERINYA PERCKPAN SELAIN ALLAH, TIADA YG LAIN MEMBERINYA MUDARAT DAN MANFAAT SELAIN ALLAH.
PADA LAFAZ KALIMAH "ILLALLAH" ITU PULA DIA MENGISBATKAN DENGAN HAKQUL YAKIN BAHAWA HANYA ALLAH SAHAJA YG BENAR BENAR MEMBERINYA HIDUP, HANYA ALLAH SHAJA YG BENAR BENAR MEMBERINYA KEKUATAN, HANYA ALLAH SHAJA YG BENAR BENAR MEMBERINYA KEMAHUAN, HANYA ALLAH SAHAJA YG BENAR BENAR MEMBERINYA ILMU , HANYA ALLAH SHAJA YG BENAR BENAR MEMBERINYA PENDENGARAN, HANYA ALLAH SAHAJA YG BENAR BENAR MEMBERINYA PENGLIHATAN, HANYA ALLAH SAHAJA YG BENAR BENAR MEMBERINYA PERCKPAN, DAN HANYA ALLAH SAHAJA YG BENAR BENAR MEMBERINYA MUDARAT DAN MANFAAT. ERTINYA DIA HAKQUL YAKIN BAHAWA TIADALAH SIFAT PADA DIRINYA MELAINKAN SIFAT ALLAH SEMATA MATA, SIFATNYA FANA DI DALAM SIFAT ALLAH. INI KEDUDUKAN TAUHID YG SUDAH SUCI DARI SYIRIK YG HALUS. JIWA YG MUKHLIS YG MENDAPAT PERLINDUNGAN LANGSUNG DARI ALLAH DARI GANGGUAN IBLIS LAKNATULLAH.
bersambung..inshaallah..ta'alah..
#mohdabdullah
Khamis, 4 Jun 2020
Menjual Agama
RASULLULAH PERINTAKAN PARA SAHBATNYA YG BERDAKWAH KEWILAYAH YG LAIN PERTAMA TAMA IALAH MENGAJAK MANUSIA KEPADA LAAILAHAILLAH, JIKA MEREKA BERSETUJUH MAKA PERINTAHKAN MEREKA MENDIRIKAN SOLAT DAN MENUNAIKAN ZAKAT..
Laailahaillah itu bukan bererti hanya mengajak manusia mengucap laailahaillah tetapi pertama tama ialah menyampaikan kpd manusia ilmu tentang Allah seperti yg telah rasulullah perturunkan. Jika mereka membantah ajak lah mereka untuk berbahas dgn cara yg baik iaitu dalam kontek ilmia bukan keegoaan.
Setelah manusia itu memperlehatkan persetujuan mereka bahawa Allah itu memang ada dan menujukkan minat untk mengetahui lebih lanjut maka berbahslah pada mereka tentang tanda tanda kewujudan Allah dan tanda tanda maha kuasanya Allah swt keatas semesta alam serta adanya hari pembalasan iaitu hari akhirat. Setelah mereka benar benar telah memahami hakikat kewujudan dan kekuasaan Allah melalui tanda tanda itu barulah di ajak mereka untk bersyhadah dgn dua kalimah syhadah.
Setelah manusia itu bersyhdah dgn penuh keiklasan dihati maka peroses memurnikan ilmu tauhid mereka akan bermula, para daai wajib mempastikan ilmu tauhid di turunkan kpd mereka, jika para daai tiada kemampuan itu maka wajib para daai menghantar mereka kpd para guru guru yg alim dgn ilmu tauhid. Sebbp itu syriaat memberi tempoh bertenang untk para muallaf 3 tahun tidak d berati dgn hukum fardu ain, tempoh ini adalah untk mereka fokus menuntut dan menguasai ilmu tauhid. Mengapa ilmu tauhid, kerana ilmu tauhid itu ialah benihnya iman.
Setelah dipastikan ilmu tauhid itu telah mereka kuasai iaitu melalui ujian bertulis atau ujian soal jawab, maka mereka ini dilanjutkan lagi diturunkan kpd mereka tentang ilmu iman. Bermula syarat wajib iman, syarat sah dan batalnya iman, perkara perkara yg boleh merosakan iman dan cara cara meningkatkan serta menguatkan iman. Semua itu wajib d pastikan mereka menguasainya dalam tempoh 3 tahun.
Setelah dipastikan mereka telah menguasai ilmu tauhid dan ilmu iman melalui ujian ujian yg d lakukan maka barulah mereka ini sudah keluar dari status mualaf dan sudah naik kestatus mukalaf iaitu wajib keatas mereka kpd perkara perkara yg fardukan Allah swt. Waktu ini bermulalah mereka diajar tentang ilmu islam, bermulah yg asas dahulu ialitu yg menyangkut 5 rukun islam, bermula membahskan syrat sah dan batalnya islam.
Setelah dikuasai ilmu yg bersangkutan dgn 5 rukun islam itu maka peritahkan mereka mendirikan solat dan mengeluarkan zakat bagi mereka yg berharta. Peroses penurunan ilmu fardu ain wajib di teruskan iaitu ilmu taswuf, ini untk mempastikan pahalah amal ibadah mereka tidak terbatal kerana sifat sifat mazmumah mereka. Mereka wajib kenal sekurang kurangnya sepuluh sifat mahmudah dan sepuluh sifat mazmumah dan cara cara membung sifat mazmumah dan cara cara memiliki sifat mahmudah.
Inilah lebih kurang tertib yg perlu di ikuti untuk melahirkan muslim yg mukmin. Tanpa melalui tertib ini muslim yg mukmin tidak mungkin dapat d lahirkan, jika muslim yg mukmin pun x dapat dilahirkan janganlah bermimpi untk melahirkan muslim yg mutaqin apa lagi untk lahirnya mukmin yg muqrbin itu semua mimpi di siang hari. Melahirkan muslim yg mukmin ini sepatutnya tugas para alim ulama, tugas melahirkan muslim yg mutaqin dan muqrabin ialah tugas para alim ulam sufi. Sebbp itu rasul bersabda, ulama itu pewaris tugas para nabi. Ulama pada umatku setaraf dgn nabi bani israil.
Jadi umat rosak sebenarnya bukan kesalahan pada umat itu sendiri semata mata tetapi perlu dilehat juga sejauh mana para alim ulama yg Allah telah didik dan beri mereka ilmu itu menjalankan tugas medakwahi umat serta mendidik mereka untk menjadi muslim yg mukmin, mutaqin dam muqrabin. Sebbp itu ada pepata para ahli hukama, rosak nya ulamak membawa rosaknya umat, baik ulama maka baiklah umat. Ulama yg jahat itu lebi rasul takuti mudaratnya kpd umatnya dari pada dajal laknatullah. Siapa itu ulama yg jahat, seorang ulama itu di kira telah jatuh menjadi ulama yg jahat hanya jika hatinya suka dengan pujian orang keatas ilmu yg dia miliki. Betapalah ulama yg mencari makan, mencari pangkat dan mencari kekayaan dgn ilmu yg Allah beri, istilah yg tepat ulama yg menjual agama Allah.
#mohdabdullah
Langgan:
Catatan (Atom)